Showing posts with label hotmama. Show all posts
Showing posts with label hotmama. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

Aunty Aini's - The Garden Cafe

Lunch tadi tak pasal2 aku gi Lunch kat Aunty Aini's. Memang famaous lah tempat ni kat area Nilai.Restaurant ni pernah direview oleh Anthony Bourdain seorang food writer untuk Asian Food Channel(AFC).Konsep dia kat sini adalah ala2 garden.Memang rasa relax je kat situ,sambil2 tu di alunkan dengan muzik2 yang amat romantik (Marah gak laki aku ni kang sebab mkn tak ajak dia.Xper pa,nanti kita mkn berdua je eak,baru romantic.) Sebab aku tak pasti makan apa yang best kat situ,kawan opis aku ni cakap yang paling best kat situ adalah Roasted Chicken with mashed potatoes.
Tapi sayangnya dah abis,leh order satu je,so aku pun orderlah New Pan Fillet o Fish with potatoes.
Member aku lak order side dishes ni,Mashed Potatoes.Rasanya tak macam mashed potatoes yang lain tau.
Memang sedap,dan harganya agak murah jika nak dicompared ngan tempat lain. Air yang aku order cam biasalah Ice Lemon Tea,sedappppp.....Ini lak dia nyer persekitaran dalam restaurant ni,memang bestlah senang citer.Kalau malam lagi cantik tau.
(
K

Sorrylah tak banyak sangat gambar ambik sebab orang agak ramai,dan lagi satu perut tengah lapar bangattt.

Monday, June 29, 2009

Entry Gedik

Wahhh...gedik tul aku hari ni.Saje je nak letak entry ni sebab aku xtau nak tulis apa kat blog hari ni.Nak tengok gmbr gedik kita org tak?lama kan,aku tak letak gambar camni. Ni ambik pagi tadi sebelum gi keje.Ni lagi satu gambar aku nak letak.Gambar hubby saya,Cam dah kurus je laki aku ni,perut pun dah hilang sket.Petuanya adalah amalkan meminum Teh Herba Orang Kampung setiap hari. Aku ni je malas minum,kalau tak leh kurus sket.Bukan apa,tak sedap lah rasa dia.Tapi kadang2 aku minum gak sebab tak tahan dengar leteran hubby.

Monday, June 22, 2009

I've got Influenza H1N1 Anti Vaks

Lega rasanya sebab dah dapat anti vaksin untuk Influenza H1N1 ni.Walaupun its not really for this particular vaksin,tapi it still can protect u from kena flu ni.Sakit siot kena inject,yerlah maklumlah dah lama tak kena injection kan.According to doctor,it takes about 7-9 days after injection untuk dia betul2 akan bertindak melindungi badan kita.And one more information yang berguna aku dapat tadi dari doc ni,dia kata kalau kita demam after injection,that means it is a good sign.At least dia kata kat aku,kalau hari ni aku inject dan kalau esok aku demam maka anti vaksin ni memang serasi ngan badan aku.So aku pun cakap lah ngan doktor tu,kalau macam tu esok saya insyaAllah akan demam kan,so why dont you just give me mc siap2,jadi esok dah tak yah aku gi klinik mtk mc lagi kan,yerlah kan demam.Doktor tu gelak jer...bukan apa,aku saja je buat lawak bodoh sebab sambil2 sembang dia inject,xderlah aku rasa sakit sangat.Even sampai skrg dok rasa lengah2 ni.Memang betul lah,badan aku dah mula cam sakit2 sket,cam dah nak demam je....Cehhh,alasan memanjang nak monteng keje kan kan kan.

Thursday, June 4, 2009

Menu sihat Hotmama

Wahh..ada hati nak diet no.Takpe2,selagi ada keinginan kita teruskan.Esok dah tak der keinginan akibat tak tahan godaan...kita tak yah dah ler diet.Okay,ni ada satu resepi menu yang agak sihat lah.I reka sendiri okay.Nama dia Wa tarak tau...korang pandai2lah nak letak apa nanti yer
.Nak tau cara nak buat dia camner??Sonang je,korang boleh guna apa je jenis mee atau bihun,kuey Teow ke.Tapi yang aku pakai ni,dia macam mee kering tau,rupa dia ala2 cam wantan mee gitu.Tapi bukan mee wantan.Ala..tak kisahlah,korang pakai je apa je yg korang rasa sedap.

Air tu rebus je sampai mendidih,pastu masukkanlah bahan apa2 yg korang nak letak.Macam aku just letakkan vegie fish ball dan carrot.Lepas tu buh black pepper,garam cukup rasa dan cili padi sket.Dah okay semua,masukkan mee tadi.Pada yang suka telur...leh lah letak telur.Macam aku,i dont like.Yang ada telur ni hubby punya.

Dah siap,boleh hidang dan apa lagiiik...Yummm..Yummm ler.

Tuesday, June 2, 2009

Hari kalam kabut

Huhu...aku hari ni cam org gila tau 2 kali ulang alik dari parking keter kat KLIA ke opis.Alkisah nyer camni,aku ada paper nak kena hantar kat satu bangunan lain dari KLIA ni,tp taklah jauh mana,dekat je.Jauh opis ngan parking keter adalah lebih kurang 1.5KM aku rasa.Atau dalam erti kata lain,memang jauh lahhhhh.Aku dah sampai kat level 3,aku baru teringat kunci keter aku tak ambik.Takperlah patah balik.Dan yang paling sedih dan aku rasa cam nak nangis bila dah sampai level 2 dan dah hampir nak sampai parking pun,aku tertinggal kad parking aku kat dalam opis.Nak kena patah balik lagi????Nak tak nak,kena nak jugak sebab tanpa kad tu,keter aku takleh kluar.Bayangkan aku berjalan tadi dah hampir ngan 5km.Kesimpulannya adalah : "Papa.....tak yah jogging petang ni sebab mama dah jalan 5km tadi".

Monday, June 1, 2009

Yes!!! I Won

Lama benar aku tak jengah blog dan email aku.Tapi bila masuk je opis pagi tadi,Terkezuttt siot sebab aku menang One year E-Biz Gold Webhosting plan worth RM399 from Exabytes.com.Ni semua sebab aku join contest Sawanila.com nyer anniversary Dasat kan,tapiiiii aku tak tau camner nak register dan kalau nak import semua entry blog lama masuk boleh ke tak ha???Yat N Kyoll,korang kena tolong aku.Tak pe,nanti aku gi umah korang untuk menuntut ilmu.Ada pengeras dak????

Opss,lupa nak habaq...sori na sebab I dah lama sangat tak update blog ni. Bukan apa,Minggu lepas I went somewhere dan kat mana tu,mintak maaf yer I cant reveal kat sini.Hanya yang terdekat je yang tahu.Sorry,bukan tak nak citer tapi atas sebab2 tertentu maka I CAN'T.Lagipun last week kan,My 2nd wedding anniversary.Ermmm....Ha,nak tengok tak me and hubby nyer happy face???Jap nak tunjuk...
Opsss...abaikan kepala laki ku yang botak itu yer.Apa-apa pun we really enjoy last week walaupun asyik kena kacau je dari opis.Tepon tak berhenti2....rimas aku tau.Tak bagi chance langsung nak bercuti.

Monday, May 11, 2009

Rindunyer nak berblogging

Perghh,lama tul aku tak berblog ni.Last week kan aku update kata nak update soon kan,Last2,hari Jumaat tu aku demam balik.Kali ni paling teruk dan tak pernah aku demam seteruk tu.Aku start demam balik hari Khamis petang tu lepas balik dari PJ.Mungkin masa balik tu,cuaca panas teramat2 kan,jadi effect la kat diri aku ni.Lepas tu,hubby cakap pergi klinik lain lak sebab dah ke klinik yang sama dua kali tapi tak jadi apa-apa,makin teruk aderlah.Jadi aku pun ikut jerlah cakap dia,pergilah ke klinik kat area Bandar Baru Nilai.

Masa sampai tu dalam kul 6.10 petang macam tu.Sib baik orang tak ada,jadi takderlah nak tunggu lama-lama kan.Aku masuk dulu sbb hubby gi park keter.Bila aku masuk je,dia leh cakap..."Kak,leh tak mai balik kul 7.30pm nanti?", aku cakap lah ngan dia,tolonglah dik,akak ni dah setengah nak pengsan ni,setakat sorang takkan takleh.Yerlah,waktu tu kalau korang tengok muka aku memang org dah tahu betapa teruknyer demam aku.Dengan Menggeletarnya,takkan yang tu dia tak nampak kan.Pastuh,kawan dia sorang ni cakap,oklah ambik jerlah pastuh minah yang sekor ni macam dah nak membebal lah kan.Dia duduk pastuh cam hempas2 dia nyer mouse kat pc dia tu.Pastuh dia cam membebel kat kawan dia sebab dia dah nak balik dulu.Aku apa lagi,hangin satu badan lah.Aku ambik balik buku rawatan aku tu pastuh aku terus sound,Takyahlah kalau camni,wat keje nak membebel baik tak payah.Jadi aku apa lagi,blahlah kluar.Husband aku terpinga2 tengok bini dia yg tengah sakit kuat leh lak marah-marah.Hihihihi...

Dia ajak aku masuk balik,dan dia yang uruskan semua.Aku menyampah tengok muka pompuan tu.So,lepas jumpa doktor semua,dan lepas ambik ubat,kitaorg pun balik jer lah kan.Nak tahu naper aku bengang sangat2???Dah kalau nak tutup,sign kat depan clinic tu tukarlah kepada "Close".Kalau dia tukar,aku pun tak marah,ini dak..Dok biar tulis "Open".Jadi itulah nak citer sket apa yang berlaku minggu lepas.Ada banyak lagi entry nanti ni nak citer....Tunggu eak.

Thursday, May 7, 2009

Update soon

Mintak maaf yer semua sebab dah beberapa hari tak update blog ni.First sebab hari tu hubby demam teruk kat ngan dua hari dan lepas je dia demam berjangkit la plak ngan aku dan dah 2 hari pun ha MC.Hari ni bila dah okay,biasalah banyak sangat keje yang tertangguh kan.Jadi maknanya aku kena siapkan keje dulu barulah update apa2 yang patut.Lagipun hari ni boss baru dah masuk....Waaaa,Cek tak suka sebab dah takleh nak berpoya2 macam dulu dah.Okaylah aku nak gi wat keje dulu.See u soon....Daaa.

Sunday, May 3, 2009

AIM Vs ABPH.

setiap tahun aku mesti akan tunggu untuk tengok AIM.Pernah gakla dulu sanggup cancel appointment semata mata AIM.Sama gaklah malam ni,aku dok tunggu2 AIM seperti biasa.Sanggup tak nak pimana2 sebab nak tengok AIM.Malangnyer malam ni adalah diantara AIM yang paling bosan selama 16 tahun dia ditayangkan.Dia nyer persembahan pun ntah apa2,bosan dan pastu lawak2 pun macam kurang.Aku rasa ABPH lagi best dan bertenaga.Jadi aku suggestkan AIM di tahun2 akan datang akan lebih bertenaga.

Tuesday, April 28, 2009

Durian dan Mentimun

Jap lagi nak ke Subang ada meeting ngan 2 orang bosses.Arghh tensen lah nak meeting ngan depa ni.Sat lagi ada je benda yang tak kena dan mesti macam2 yang nak diminta.Kekadang aku menciklah ngan GM aku,dia suka sangat bagi arahan kat sesapa pun yang dia suka.Kekadang aku rasa keje tu bukan level aku yang patut buat.Sepatutnya manager aku yang buat tapi semua nak dilepaskan ke aku.Apa hal bos2 dapat gaji banyak tapi keje orang bawahan yang gaji tak seberapa ni yang nak kena buat.Nak cakap lebih-lebih susah,yerlah depa kan durian dan aku pulak ibaratkan mentimun.Sekali kena gilis,hancur.Tapi masih ada setengah bos yang berhati mulia dan kenapa aku tak dapat bos macam tu???Bos macam ni kan sanggup turun padang buat keje sama2 ngan anak buah dia kan.Iskkk bila eak nak dapat?Ermmm...aku rasa sampai kucing bertanduk pun aku tak dapat dah kot.Dulu ada tapi dia dah pun tukar department lain sebab naik pangkat.

Monday, April 27, 2009

BOHSIA

Semalam me and hubby kluar dating you...Dah lama wei tak kluar dating gi makan-makan,tengok wayang,jalan-jalan kat shopping kompleks.Balik je berniaga dalam kul 2pm camtu kami kluar.Aku dah lama dah cakap nak tengok citer BOHSIA.Hubby aku cam biasalah kalau citer melayu ni dia malas nak layan.Tapi sebab pujukkan wife dia yang power ni maka pergilah jugak kan.Tengoklah muka orang tak nak tengok citer BOHSIA. Aku lak beria-ia ni nak tengok.Yerlah sebab tengok dia nyer sedutan cam bestlah kan.

Oklah terus terang aku katakan aku cuma boleh bagi 3 markah je dari 10.Nak tahu nape????sebab bagi aku citer ni tak der kena mengena dengan tajuk langsung.Bohsia maksudnya seorang perempuan yang takkan ada pakwe atau balak.Dia juga takkan ada perasaan cemburu jika laki yang dia kawan ada pompuan lain.Dia akan main je ngan sapa yang dia nak.Haaa...itulah bohsia yang sebenar2nya.

Tapi dalam citer ni,kedua-dua pompuan ni iaitu Nabila(Tasha)dan Salina(Amy)ada balak masing-masing.Tasha takleh terima Shamsul(Mus) suka ngan pompuan lain iaitu Diana Danielle.Yang si Amy lak hidup dia yang pernah dirogol oleh bapanya sendiri telah berubah perangai menjadi agak sosial tapi dia cuma sosial dengan balak dia je.Bila dia diperangkap oleh bekas teman lelaki dia untuk tidur dengan laki lain dan diberi wang,dia menolak.Kalau betul2 bohsia,dia takkan menolak tawaran ini.Sebab bagi Bohsia duit adalah segala-galanya.

Jalan citer pun ntah apa-apa.Tiba-tiba munculnya Aaron Aziz sebagai bekas teman lelaki Amy yang juga bapa ayam menjadi tanda tanya aku lah kan.Apa kaitannya bapa ayam dengan bohsia?Penghujung cerita ni adalah bila Tasha frust selepas mengetahui Mus ada berkenalan dengan Diana Danielle,maka dia tidur dengan 3 lelaki sekali gus termasuklah balak si Amy ni.Mus yang berang balak AMy dah tido ngan Tasha ni angkat geng gi pukul balak Amy ramai-ramai hingga mati.Mus pun di tangkap Polis dan apa yang jadi ngan Tasha tak tunjuk pun.Amy lak selepas melarikan diri dari Aaron Aziz selepas diperangkap untuk jadi pelacur telah pulang kerumah dan dirogol sekali lagi dengan bapa dia.Sebabkan dah tak tahan,maka Amy pun bunuh lah bapa dia.Begitulah citer dia.

Hubby boleh lagi bagi 5 markah sebab ada adegan rempit dan ada motor RXZ.Boleg lak yer gitu.Kesimpulannya,bukan kita tak nak sokong citer Melayu ni tapi bila buat filem tak nak buat kajian terperinci dulu.

Friday, April 24, 2009

Gelap ke???

Ramai yang dok tegur muka aku makin gelap sekarang ni.Aaahh...mencik tau tapi tak kisahlah kan segelap-gelap aku,dah berlaki tau.Actually kisahnyer camni.Kan ke setiap hari minggu aku kena tolong hubby kat kedai.Kegelapan ni berpunca dari bahang panas dari dapur roti canai dan juga sebab tempat kami berniaga ni bertentang ngan matahari waktu pagi.Aku tak kisah lah sangat pasal gelap-gelap ni tapi menyampah je bila semua orang dok tegur.Apa-apa pun gelap ke apa ke,its happened with the reasons kan.Ala,gelap ke apa ke,laki I sayang tau.Tul dak papa???Ha lagi satu tolong abaikan pipi saya yang makin tembam itu yer.

Thursday, April 16, 2009

Makna Hari dalam hidupku.

Seminggu ada 7 hari iaitu hari Isnin sampailah Ahad.For me,setiap hari tu ada makna tersendiri.Ada yang best dan ada juga yang kurang best.Okay nak citer sket kat korang apa makna hari-hari ni dalam kehidupan seharian ku.(Ni takdak ciplak dari mana-mana na.Originally from my otak).

1.Isnin - Aku paling tak suka hari Isnin sebab hari ni kan macam-macamlah yang akan jadi selalunya.Bila pi opis,macam-macam bos nak dan lagipun tempias mood Ahad dok ada lagi dalam diri aku ni hah.Cuma yang okay sket hari Isnin ni satu je iaitu tak yah bangun awal cam selalu iaitu kul 5.30 siot.Tapi hari Isnin ni,aku bolehlah bangun dalam kul 6.30 pagi.Walau macam mana pun aku tetap malas jugak nak keje hari Isnin ni dan oleh itu idea nak ambik EL sentiasa je dalam kepala ni.

2.Selasa - Ermmm..Selasa ni kira oklah sket kalau nak dibandingkan dengan hari Isnin.Tapi Selasa ni kan selalu je ada meeting tau.Aku suka meeting ni tapi bila datang ke bab nak wat preparation memang aku malas.Nak order makan aku,printing aku,nak wat presentation slide pun aku.Bos aku cuma datang tolong present pastuh makan dan kalau ada apa2 kerja tambahan,aku lah yang jadi mangsanya.

3.Rabu - Aku suka hari rabu sebab dia dah ditengah-tengah hari aku kerja.Hari Rabu normally aku akan lebih relaks la kat opis.

4.Khamis - Ha...ni lagi aku suka sebab esok dah Jumaat dan pastuh cuti.Hari Khamis ni kan,ha macam hari ni lah.Walaupun aku banyak keje macam mana pun,aku rasa aku cam leh handle je sebab mood nak cuti dan makin hampir.So,perhabiskanlah keje cepat-cepat.(Lagipun malam ni kan malam Jumaat.hihihihihi)

5.Jumaat - Yang ni toksah dok kata lah.Aku paling,paling,paling suka sebab esok dah cuti.Lagi satu lak hari Jumaat nyer rehat amatlah panjang iaitu dari kul 12.15 sampailah kul 2.45.Dan kekadang aku rehat sampai balik iaitu kul 5pm. :p

6.Sabtu - Yang ni semua orang suka kan.Aku pun suka cuma aku kena tolong hubby kat kedai.Alaa,kannya lama pun sampai kul 12pm je.Lepas tuh leh lah balik dan rehat.Nak tido ke apa ke kan.Normally hari sabtu aku akan masak untuk berniaga esok awal-awal iaitu petang kalau boleh.Jadi,malam aku dah boleh rehat tengok-tengok TV ke kan dan lagi satu leh tido awal sebab esok nak berniaga lagi.

7.Ahad - Antara semua-semua hari,hari Ahad lah yang paling ditunggu-tunggu.Sebabnya ialah petang tu lepas berniaga aku leh rehat tanpa berbuat apa-apa.Aku dah tak yah masak untuk hari esok sebab Isnin kan hubby cuti berniaga.Jadi petang tu lah me and hubby akan gunakan untuk jalan-jalan,dating-dating dan banyaklah lagi aktiviti.Tapi bila dipikirkan esoknya Isnin,lomah badan den.

Begitulah kehidupan seharian aku hari-hari.Apa-apa pun aku bersyukur sebab aku masih lagi bangun dan masih lagi hidup untuk menikmati hari-hari yang berikutnya.Penat macam mana pun,itulah lumrah kehidupan.

Tuesday, March 24, 2009

Come back soon

Mesti korang tertanya-tanya aku ni pi mana kan sampai nak come back soon ni.Actually aku busy giler yang teramat sekarang dan ditambahkan pulak athma aku menyerang lagi.Jadi semalam MC lah tapi kat umah jerlah berehat.Gi klinik kena sedut gas dan sekarang Inhaller dah jadi peneman sejati.Nak wat camner kan dengan cuaca sekarang yang tak menentu dan sejuk.Nasib baik my husband tak merokok kalau tak lagi parah lah jawabnyer.Aku kalau time athma ni bau asap rokok confirm makin teruk lah.Nantilah aku tulis lagi yer.Banyak benda nak citer sebenarnya cuma tak der masa je ni.See you then....Bye!!!

Thursday, March 12, 2009

Dah besar pun semua...

Semalam aku cuti tanpa isi borang cuti.Boleh gitu???Dah pun aku cuti kan,maka aku pun bercuti lah.Hihihi.Jadi dalam kul 8.30 dah pun bangun.Lepas kemas umah sket dan basuh baju,saja lah aku keluarkan anak-anak kucing aku ni dok kat balkoni umah.Saja nak bagi depa kena cahaya matahari pagi-pagi ni.Punyalah suka depa ni,berebut-rebut nak kena cahaya matahari tu.Sampailah akhirnya semua tertidor kat situ.So I just let them stay lah kat situ,dan dalam kul 12 aku masukkan balik depa dalam umah.Lagipun hari dah cam nak hujan.Jom tengok aksi-aksi sekor-sekor kucing aku ni.Makin comel lah bila dah besar dan sekarang baru aku perasan yang bukan semuanya jantan,ada dalam dua ekor ni betina.

Yang ni nama Comel
Ni lak nama Tam
Ni nama Tompok
Yang ni nama Boboy
Leka bermain 4 beradik
Best gak melayan kerenah depa ni,at least tak lah bosan sangat dok umah kan kan kan.

Tuesday, March 10, 2009

Yatie sawanila @ KLIA

Hari Ahad lepas,aku gi jumpa Yatie kat KLIA.Dia kan nak fly gi Holland untuk trainning.Jeles nyer cam nak ikut je sebab last year same day,aku fly gi zurich kan.Waktu ni kan still winter,rindu rasanya nak rasa salji tu semua.Tak perlah ada rezeki nanti sampailah lagi kot kan. Okay berbalik pada citer my best friend ni, First time dia travel alone tinggalkan family and anak-anak.Yat,aku tahu perasaan kau mesti nervous kan.Tapi tak pe,kan senang nak dapat peluang yang macam ni.Janganlah nangis yat,relaxlah...nanti dah balik leh gi bercuti ngan family kat Disneyland Hongkong kan.Ahhhh...jeles aku tau,nak ikut boleh??
Yang ni lak,aku tangkap gambar dia,dia lak tangkap gambar aku.Hiksss...Dan yang ini lak,our happy faces...Take care yer Yat,Risau tau aku kau gi travel sorang-sorang.

Friday, March 6, 2009

Kucing ku merajuk

Dua tiga hari ni kan,kucing ku ngada-ngada tul.Dah beli makanan dia tapi dia tak ndak makan.Aku heran gak sebab kalau tak suka benar dia ngan Whiskas ni.And then bila hubby aku tengok,lerr patutlah tak ndak makan sebab aku beli perisa ocean Fish.Dia selalu makan Tuna Fish,Iskkkk ngada tul tau.Fish jugak kan...makan jer lah.Dia still makan tapi tak banyak sangat lah macam selalu.Lepas tu bisinglah satu umah sebab lapar.Tengok lah ni kira tengah merajuk ler ni sebab kalau aku ambik gambar dia pantang mesti nak golek-golek.Aku pun pujuk-pujuk tapi tak makan pujuk.

Isk ikut hati malas nak melayan sebab makan dia memang banyak lagi.Tapi sian jugak sebab dia dok nyusu anak dia kan,of course ler dia lapar.Tengoklah esok camner...

Tuesday, February 10, 2009

10 tahun tak masuk UITM

Semenjak hari Jumaat,aku berulang alik dari Sepang datang Subang dan hari-hari balik kul 1 pagi.Semalam lagi best dalam kul 1.45 pagi baru balik.Sejak dua menjak ni ada keje yang perlu disiapkan sebelum hujung minggu ni.Kerja yang aku buat ni agak berat bagi aku and my team.I need to do some statistic analysis againts one airport data for last year.

Memandangkan me and my team ada certain benda yang tak berapa clear untuk buat report maka kami pergilah mendapatkan khidmat nasihat dari seorang profesor dari UITM dan nama dia Dr.Rasimah.Actually dia pernah engage dengan MAB dulu untuk beberapa research.Tak yah citerlah yang tu eak.Tapi keje yang aku tengah buat is very2 serious lah jugak sampai terpaksa involve kan seorang profesor.Thats why aku tak banyak update blog ni sekarang.Korang banyangkanlah sampai umah kekadang kat ngan 2.30 pagi,pastuh nak masak kuah roti canai lagi.Since Saturday,tido ku cuma paling lama 3 jam.Aku mintak sangatlah kerja yang dibuat oleh my team ni tak sia-sia and can give some credit to MAB itself.

Nak citer balik ni pasal aku pi UITM tadi,memang lainlah sebab banyak sangat bangunannya.Aku pergi kat school lama aku iaitu Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif (TMSK).Aku gi ngan ex-supervisor aku dan also my manager.Jadi korang paham2lah kan nak ambik gambar banyak-banyak mana lah sempat.Tapi aku sempat ambik gambar yang ini iaitu kat tengah-tengah building tu.Memang mengimbau kenangan tul masa aku pi situ tadi.Teringat kawan-kawan lama,lecturer,dan macam-macam lagi lah.Aku rasa lepas ni akan kerap jugaklah aku akan kesana sebab kami dah engage Dr.Rasimah dalam satu project paper ni.Apa-apa pun hal,aku harap sangat korang doakan yang terbaik untuk me and my team untuk buat kerja ni.Jadi jangan lak boring-boring jenguk blog walaupun tak ada entry yer sebab insyaAllah until next week memang busy.

Wednesday, February 4, 2009

Nationwide Express KLIA & Tie Rack Scafts

Ha,kalau korang semua nak tahu,lagi satu new service yang dah ada kat dalam KLIA ni adalah Nationwide Express.Mungkin courier service ni orang kurang guna kan tapi yang sebenarnya ok apa dia nya service,boleh track kita nyer shipment kat laman web jugak.
Apa sebenarnya tujuan aku citer pasal Nationwide ni eak???actually aku gunakan this courier service untuk hantar scafts yang dah diorder oleh my readers yang dok kat Brunei ngan USA.Wahhh...Internationalkan business i..jangan marahh....Tak adalah sebenarnya Alhamdulillah sebab setakat ni total semua scaft yang telah dibeli oleh my readers adalah dalam lebih kurang 25 helai.Untuk collection terbaru yang baru aku letak kat blog hari tu,ni dah masuk tudung yang Ke-10 dah terjual.

Yang ni order dari Brunei,Cantik kan.....Kay Mai,tunggu yer ur scafts sampai.
Yang ni lak untuk Aisyah dari US,Wait ya Aisyah....

Ni lak masa dok isi details kat consignment notes sebelum dihantarEh mana lak datang nyer teddy bear ni,Kawan aku ler ni....dia dapat teddy bear free tadi so suka je dia nangkap gambar.Jadi Mai and Aisyah....tunggu tau ur barang dan i dah bagi tracking number kan,so anything please email me okay.

Monday, February 2, 2009

Isnin yang malas

Hari ni hari Isnin.Hari yang memang malas kalau nak bekerja.Best kan kalau keje kat KL or Putrajaya,confirm hari ni cuti.Pagi tadi sampai opis lambat sebab terbangun lambat.Hubby keluarga berniaga pun terlambat.Inilah akibatnya kalau jam dah bunyi tapi tutup dan tido balik.Menyesal pagi tadi tak bangun on the spot bila jam dah berbunyi.

Walaupun dah lambat tapi tetap maintain tersenyum(hihhihihi)

Dah sampai opis,dah hampir seharian aku tak wat keje apa2 lagi.Eiiii..nape malas sangat hari ni nih????Tolongggggggggg