Showing posts with label UITM. Show all posts
Showing posts with label UITM. Show all posts

Tuesday, April 7, 2009

Kenangan Yang Lama Menjelma

Cewahhh...tajuknyer meletup kan.Tak der menda lah sebenarnya,actually last sunday aku pergi rumah Yatie Sawanila. Dia ada buat Lunch Gathering dan ada few guest yang dia jemput.Tapi yang bestnyer aku dapat jumpa balik semua Ex-Housemate aku masa kat Uitm dulu.Okay jom tengok gambar yang diambil oleh my hubby.Sorrylah gelap sket especially me lah kan.Hihihihihi...
From the left is Sall, then Kak Eina , Kak Ita (kak Ita ada blog tak eak?) , Me and Yatie Sawanila aka tuan rumah bersama dengan anak dara nyer.Dan ada lagi sorang blogger yang tak sempat nak snap gambar iaitu Baby Boon @ Nina.Banyak makanan tapi aku dah tak sempat nak ambik sebab akulah tetamu yang paling last datang.Biasalah kan "anak" ramai kat umah, nak tinggal kannya senang. Apa-apa pun I really enjoy dan InsyaAllah I will do the same event kat umah I lak yer tapi bila akan diberitahu kelak.Jadi kalau dijemput jangan tak mai tau.

Tuesday, February 10, 2009

10 tahun tak masuk UITM

Semenjak hari Jumaat,aku berulang alik dari Sepang datang Subang dan hari-hari balik kul 1 pagi.Semalam lagi best dalam kul 1.45 pagi baru balik.Sejak dua menjak ni ada keje yang perlu disiapkan sebelum hujung minggu ni.Kerja yang aku buat ni agak berat bagi aku and my team.I need to do some statistic analysis againts one airport data for last year.

Memandangkan me and my team ada certain benda yang tak berapa clear untuk buat report maka kami pergilah mendapatkan khidmat nasihat dari seorang profesor dari UITM dan nama dia Dr.Rasimah.Actually dia pernah engage dengan MAB dulu untuk beberapa research.Tak yah citerlah yang tu eak.Tapi keje yang aku tengah buat is very2 serious lah jugak sampai terpaksa involve kan seorang profesor.Thats why aku tak banyak update blog ni sekarang.Korang banyangkanlah sampai umah kekadang kat ngan 2.30 pagi,pastuh nak masak kuah roti canai lagi.Since Saturday,tido ku cuma paling lama 3 jam.Aku mintak sangatlah kerja yang dibuat oleh my team ni tak sia-sia and can give some credit to MAB itself.

Nak citer balik ni pasal aku pi UITM tadi,memang lainlah sebab banyak sangat bangunannya.Aku pergi kat school lama aku iaitu Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif (TMSK).Aku gi ngan ex-supervisor aku dan also my manager.Jadi korang paham2lah kan nak ambik gambar banyak-banyak mana lah sempat.Tapi aku sempat ambik gambar yang ini iaitu kat tengah-tengah building tu.Memang mengimbau kenangan tul masa aku pi situ tadi.Teringat kawan-kawan lama,lecturer,dan macam-macam lagi lah.Aku rasa lepas ni akan kerap jugaklah aku akan kesana sebab kami dah engage Dr.Rasimah dalam satu project paper ni.Apa-apa pun hal,aku harap sangat korang doakan yang terbaik untuk me and my team untuk buat kerja ni.Jadi jangan lak boring-boring jenguk blog walaupun tak ada entry yer sebab insyaAllah until next week memang busy.