Showing posts with label my notes. Show all posts
Showing posts with label my notes. Show all posts

Friday, July 8, 2011

14 minggu sudah

Huh, beriya je aku nak update pasal pregnancy aku ni every week kan, mmg hampeh lah hotmama ni. Letih lah sejak pregnant ni, bukan sahaja blog...Fb pun aku dah tak berapa aktif. Kalau online pun setakat tengok update dari kawan-kawan je. Okaylah nak citer pasal pengalaman selama 14 minggu dah ni mengandung. Dah macam-macam aku tempuhi, suka ada duka pun ada. Tapi semua tu kan lumrah kehidupan.

Tapi pengalaman yang paling aku takleh lupakan masa minggu ke 12 kalau tak silap. Aku ada bleeding sket, panik tu tak tahu nak cakap lah. Pagi nyer tu aku pergi ke Klinik biasa untuk check dan doktor tu bleh cakap ni dah tanda-tanda nak gugur ni. Huh tak dapat aku bayangkan perasaan aku masa tu. Aku tak rasa doktor tu patut cakap macam tu tau, sepatutnya dia kena cakap benda-benda positif bagi patient rasa tak nervous kan. But its okay, dia bagi aku rest sehari tu. Balik je umah, aku relax ni...tido dan baring je atas katil. Lepas Maghrib tu aku tengok still ada bleeding nyer tapi tak banyaklah sket je but for me aku dah takut sesangat. Im decided untuk terus pegi hospital. Sebelum pergi hospital tu masa solat Maghrib, last sujud tu aku sujud minta tolong dengan Allah supaya selamatkanlah semuanya. Menangis2 aku masa mohon doa tu. Aku rasa semua orang akan rasa macam yang aku rasa jika ditempat aku. 4 tahun aku menuggu dan tak sanggup untuk aku kehilangannya.

Sampai kat emergency tu, kejap je aku dah dipanggil. Dia check darah dulu semua dan tak semena2 darah aku naik tinggi sangat. Tak pernah darah aku tinggi sebelum ni tapi maybe sebab aku stress dan rasa takut yang amat sangat kot. Terus nurse ambik kerusi roda dan tolak aku ke wad emergency. Dia suh aku baring kejap dan relaks kejap, dan mereka minta supaya aku bertenang. Lepas tu doktor pun datang dan buat pemeriksaan selanjutnya. Dia scan untuk tengok baby balik dan Alhamdulillah denyutan jantung dia masih ada. aku bersyukur sangat2 masa tu, dan dalam masa yang sama banyak lagi la yang diaorang buat untuk pastikan betul-betul everything's okay.

Dalam masa yang sama diaorang masih perhatikan tekanan darah aku dan Alhamdulillah tekanan darah akhirnya normal sebab kalau tak mahu aku kena tahan wad malam tu. Tapi esoknya aku direfer ke pakar dan Alhamdulillah semuanya okay. Doktor bagi aku ubat untuk kuatkan balik rahim aku dan juga MC selama 3 hari. Dia siap pesan tu, saya bagi MC ni jangan lak pi jalan2 kat shopping kompleks. hampeh tul tau doktor ni cam tahu2 je. Hehehe.... Actually since aku tahu yang aku ni pregnant, tak pernah aku gi jalan mana2 kecuali gi keje balik keje. Aku betul-betul jaga kandungan ini.

Jadi sekarang sudah pun 14 minggu dan dah nak masuk 15 minggu ahad ni. Perut tu dah nak nampk dah. Kelakarnya hubby cakap mama ni dah jalan mengenkang.Cess...sabar je lah. Aku rasa cam dah berat sangat perut ni tau. Ni baru nak masuk 4 bulan blom cukup bulan lagi tu. Lately ni aku kurang makan dan berat turun banyak jugaklah. Nurse ada gak tanya nape turun berat semua dan aku cakap tak lalu makan nurse. Nasi campur biasa even aku masak sendiri pun aku tak lalu. Yang aku bleh makan kalau nasi, nasi kandar je. Memang keturunan anak mami betul..hehehehe.

Perut ni memanjang lapar tapi tak tahu nak makan apa. Especially tengah2 malam, lapar tak tahu nak cakap. I just spare biscuit dan milo je kat umah. Lapar sangat ngap tu je la. Susu memang takleh minum tapi air soya okay. Tengah dok naip ni tiba-tiba nak makan tau fu fa pulak. Nasib baik ada pasar malam kat umah hari ni. okaylah, takat ni je la kot yang nak diciterkan pasal my latest update ni kan. Nanti citer lagi yer....

Monday, April 18, 2011

Hasad dengki

Hari ni teman nak kabo sket, kisah ni berlaku malam minggu lepas ler masa teman ikut hubby pergi niaga. Alhamdulillah, walaupun penat tapi best sangat sebab habis makanan yang dijual.Rezeki Allah nak bagi kan. Ada sorang uncle ni, dia Chinese dan kalau teman (Iskkk, apa hal dok teman2 ni, kome orang penang lah)....aku tak silap umo dia dekat2 60an la kot. Dia ni customer tetap kami, tiap2 hari mai kalau makan mesti order 3 kepin untuk dia sorang. Tapi malam tu memang cipta sejarah...dia order sampai 5 keping. Aku ingat dia main2, rupanya betoi. Badan kecik je....ni kalau dia pi cek kolestrol confirm tinggi punya. Memang best lah tengok macam2 kerenah orang ni kan.

Tapi satu benda ni memang dah lama nak citer tapi tak jugak citer kan. Meh nak citer......macam ni, adat berniaga lah kan, orang berdengki tu wajib akan ada. Dengki sampai sihir2 pun ada jugak. Asalnya yang niaga dengan aku 3 kedai la...tapi sekarang satu kedai dah tutup kot. Jadi tinggal 2 kedai je lagi, aku dan sorang lagi ni...dia jual nasi campur. Abang yang berhenti ni, sebelum dia berhenti, mmg dia sakit...gi berubat dan sampai dia muntah keluar jarum. Wife dia cakap bila nak datang niaga je mulalah husband dia sakit2 badan, jadi malas dan lepas tu depa sampai bergaduh2.

Jadi, untuk elak benda tak sepatutnya jadi sebab tu depa stop sekejap atau stop terus tu aku kurang pasti. Kami ni pulak, memang ada sekali tu kami cuti sampai seminggu. Jadi malassss sangat2, dan yang obvious bila bang nuor gi niaga ngan anak menakan dia, tengah niaga depa tiba2 sakit kepala sangat2. Hari tu pernah sekali kuah yang baru aku masak malam tu dalam kul 9 malam, sampai kat kedai dalam kul 12 tgh malam...basi...Tapi nasib baik customer kami jenis paham, depa makan jugak roti walau tak dak kuah.

Lama2 tu, dah asyik cuti je kan, aku tahu ada benda tak kena dan customer kami sendiri mai bagi tau yang kedai kat depan tu selalu dok ambik gambaq kami dari jauh. Kedai depan tu kantin....tapi customer kami dah boring makan situ sebab depa kata tak sedap dan mahal. Jadi semua orang mai kat kami jadi dengkilah tauke depan tu. Actually kami tak tahu tujuan apa dia dok ambik gambaq tapi customer dok citer kat kami sapa2 yang niaga kat dalam ni selalu tak kekal lama sebab benda2 ni lah. Sakit lah...malas lah, last2 tutup kedai.

Aku cakap ngan bang Nuor, kita tawakal pada Allah. Rezeki kita Dia yang tentukan dan bukan depa tu. Kalau kita sakit dan ada perasaan malas ke apa, istighfar banyak2. Alhamdulillah, bang nuor boleh tahan cuma setiap 3 hari niaga, dia akan cuti sehari sebab dia letih sangat dan aku tak nak paksa dia. At least okay dari kami cuti seminggu dulu kan. Lepas tu Bang Nuor geramm, satu hari bang nuor bawa camera dan pergi tangkap gambaq depa balik...terkejut depa.hahahhahaha

Tapi nak dijadikan citer, malam minggu lepas ada orang kantin depan tu datang makan kat kami. Okay fine, kami tak syak apa2 lagi. Dia order cam biasa, roti telur dan kopi -0. Masa tu tak berapa ramai orang. Aku dok lah melepak ngan bang nuor dan anak menakan aku ni. Lepas tu aku buka lagu kat handset, lagu rancak lah. Lepas lagu tu kluar lagu Nasyid nama2 Allah. Lepas tu, mamat ni tadi tiba2 jadi gelisah dan dia buka lagu kat handphone dia jugak, lagu rock lah. Aku ngan bang nuor tengok je sesama sendiri then bang nuor geleng kepala. Aku dah rasa cam ada benda tak kena ni. Then, dah habis nasyid tu aku tutup dulu radio dan dia still buka lagu kat handset dia. Aku dah panas hati ni, aku buka zikir yang kat dalam handset aku tu...zikir tu panjang dekat dengan 30 minit. Lepas tu ada orang mai dok ngan dia, dok sembang2 lah...masa tu aku tengok mata dia masyaAllah, merah menyala. Then masa bang nuor dok tebar roti, dia dok tengok je bang nuor tau. Lepas tu dia nak bayar, dia bagi duti 50 ringgit. harga makan 5 ringgit lebih je sebab dia bayar ngan orang yg dok makan ngan dia.

Aku cakap tak yah sebab tadi dah ada orang bayar kan. Okay fine, dok lamaaa sket...dia order lagi roti tapi bungkus 4 keping. Masa tu aku dah syak something..aku pesan ngan bang nuor dan anak buah aku...kalau dia nak bayar satni guna duit 50 dia tu jugak...jangan ambik, kata je kita tak dak duit tukar. Sebab apa tau, kenapa dia order lagi sedangkan dia makan pun tak habis...kopi-0 yang dia order pun minum tak habis sedangkan mata merah menyala macam mengantuk. Nak kata tak sedap, orang lain semua minum ok je..licin.

Last2 masa nak bayar tu, dia mmg nak bagi duit 50 dia, so bang nuor kata tak palah..bayar lain kali..harga makan dia tu cuma rm3.20 jadi kami tak dak tukar duit kecik. Dia cam tak puas hati tau. Muka dia memberi gambaran segala2nya...cewahh, pandai je aku. Aku cakap ngan bang nuor, esok kalau dia nak mai bayaq pun...jangan ambik duit dia. Bukan nak pikir buakn2, tapi benda dah nyata.

Kesimpulan yang boleh dibuat kat sini adalah, orang kita ni suka sangattt lah berdengki....Okay sekian.

Friday, April 15, 2011

Quick Update

Sorry, tak dapat nak update. Banyak benda nak citer actually. Just nak uolls tau yang start next monday sampai jumaat (29hb), Its travel time...yeay!!!Ni senarai tempat dan date i nak pergi yer....

18-19 -Langkawi
21-22 -Penang
25-26 -Kuching
26-29 -Kota Kinabalu - Untuk ini, bang nuor ikut sekali...yeay, bleh honeymoon sehari sebab 27hb tu i ambik cuti. 28&29 keje.....tapi takpe, asal bleh travel sama2 hubby tersayang.

Opsss...on 30hb i ada dinner ngan my girls kat Bagan Lalang....really tak sabar tau nak jumpa depa ni. Rinduuu sangat. Dan lepas dinner tu nak balik Penang kejap ngan hubby. Niat dihati nak ambik bonda tercinta datang sini.Tengoklah camner kalau dia nak datang.Tapi balik kejap je lah Penang tu sebab kebetulan on 2nd May kan cuti, ganti labour day yang jatuh pada ahad tu.

Memang bulan ni adalah cuti cuti mesia. Sambil keje, sambil jalan2......

Monday, April 11, 2011

Salam 1 Malaysia

Wahh..macam dah pemberita TV je aku rasa...so kelassss. Actually terasa bersalah sesangat sebab lama dah tak berupdate blog ni. Nak kata busy sangat2, ermmm boleh la tahan. Nak kata pemalas, ooo itu tidak...no no no. Actually the main reason kenapa aku kurang update adalah sebab no idea. Ikutkan banyak je peristiwa yang menarik berlaku, tetapi...ermmm..ntahlah mungkin yerlah kot...antara sebab2nya adalah malas (at last ngaku jugak).

Minggu ni boleh dikatakan aku masih free, tapi start minggu depan dengan minggu lagi satu, rasanya jumpa hubby sekali sekala je kot. Ni yang aku tak sanggup ni...time gaduh suka jalan sorang-sorang, yerlah nak tenangkan pikiran. Tapi time tengah loving2 ni....rasa macam tak sesuai je. Apa kata kalau papa ikut mama, nak tak? tapi sponsor by poket seluar sendiri lah na.

Oklah, nak sambung buat keje ni. Dah la Jumaat lepas MC, sebab aku nyer alahan ni makin menjadi2. Salah makan sket, mula batuk tak berhenti...aishhh, rimas betoilah. Tak pernah jadi macam ni.Tetiba je nak jadi macam ni. Tak palah, mungkin dugaan Allah untuk uji kesabaran aku. Jadi aku terima seadanya.

Tuesday, February 22, 2011

True Friend

Huh...sejak dua menjak ni I really busy at work. Dalam 2-4 bulan ni aku nak kena cover my office mate yang tengah cuti bersalin. So dah cover hat yang tu....I kena travel a lot la and at the same time I can meet a lot of friends too. Macam semalam aku baru balik dari Langkawi. Best nyer staff2 kat sana, very friendly dan layan aku macam tetamu. So, walaupun first time pergi sana untuk keje, but I felt like at home tau. Macam dah lama sangat kenal depa ni. This Friday nak pi Penang lak, lepas tu apa lagi....cabut balik kampung ler kejap, Ahad baru fly balik KL. Monday nyer plak, nak gi Kota Kinabalu pulak for two days. Best sangat2... Sometimes aku bersyukur sangat aku masih bekerja, boleh bersosial...tapi ada batas beb (clubbing excluded). Even dulu aku agak jahat tapi since dah pakai tudung penuh ni dan most important, dah berkahwin kan....clubbing2 semua tu out of thinking terus. Buat apa, dah bertudung2 semua tapi mulut masih dok teringat maksiat2 lama2 dulu yang pernah buat. Aishhhhh tak paham betoi ngan sesetengah manusia ni. Bangga sungguh yang dulu pernah pi clubbing. Awat tak pi cerita yang dulu sedap dok bermaksiat bagai....Yang tu tau plak tutup kan. Biasalah manusia macam2 pe'el nyer.

Alamak, dah out of topic ni, mukhadimah panjang benar. Actually saja nak share pasal pemahaman aku mengenai makna "true friend" atau orang melayu cakap "kawan sejati".
True friend ni kan, adalah seorang yang akan jaga hati kawan dia. Sedikit pun takkan menyakitkan hati kawan dia. Dan yang paling penting dia kena ingat...kawan dia tu bukan hanya untuk dia. Kawan dia berhak dan bebas untuk berkawan dengan sesapa yang dia suka dan kemana saja yang dia suka.

Aku nak bagi contoh lah..baru2 ni ada kawan aku ni yang agak rapat and sekarang dah BFF pun. Bila dia turun KLIA ke kan, dia mesti call cakap nak jumpa. Tak derlah pulak dia bagi alasan macam2.....takut aku tido lah bagai. Yang penting dia call dan bagi tahu that she was here....lepas tu up to me la, samada boleh pergi ke tak. And as her BFF too....op course I will go and meet her kalau dah memang waktu tu aku free. Itu baru "true friend".

Contoh yang kedua, kalau dia ada jual apa2....dan bila BFF dia ni menolak untuk tak nak cuba lagi ke apa...maybe waktu tu dia ada ekonomi problem ke kan...so as her BFF, kena terima. Tak yahlah pulak tup..tup kluar status kat FB siap tulis "wanna know your true friend, start your business". Apa ke jadah nyer tu?????tu bukan true friend....itu "tolol friend".

Last but not least, kalau dah kawan tu pi rumah hanya semata2 nak menghantar ole-ole la konon kan, dan kalau dia tak suka...tak yahlah tunjuk sangat. Awak tu bukan kawan yang bagus pun...orang tu dah ler selalu gi umah awak kan, awak tu gi umah dia..skali je????? tak perlah yang tu kan.

So, I've decided, since aku ni pun ada otak dan pergi sekolah kan.....tak yah lah berkawan ngan orang macam ni. Tak rugi pun. Sorang pergi....seribu mari.

P/s: Untuk sesiapa yang baca entry ni dan terasa....silalah muhasabah diri. Renung2 kan dan selamat beramal.

Tuesday, February 1, 2011

P.H.D

Aku heran sungguh la dengan kaum kita ni, asal maju sket ada lah yang nak berdengki. Salah ke bila sama2 maju? Asal nampak orang tu lebih sket, nak berdengki...Siap ada yang lagi busuk hati ni, sanggup pergi jumpa bomoh bagai hanya semata-mata nak jatuhkan orang lain. Aku malu la dengan bangsa aku sendiri.

Kalau orang lain, kalau berniaga tu kan, siap sebelah menyebelah lagi. Kekadang jual benda sama je tapi langsung tak dak sifat nak berdengki tu. Kekadang boleh pulak share meja, kerusi sama-sama. Kalau macam ni lah sikap orang kita ni, sampai bila-bila masyarakat kita ni tak maju dalam ekonomi. Cuba tengok bangsa lain, mereka nak bangsa mereka sama-sama maju dalam ekonomi, so that sebab itulah depa boleh bertahan berniaga bersama-sama kekadang mencecah berpuluhan tahun. Kekadang sampai ke cucu cicit ambik alih lagi.

Come on la bangsaku, tak yahlah nak berdengki-dengki. Mungkin hari ni rezeki orang yang niaga sebelah kita, esok2 rezeki kita la pulak. Tapi kalau sentiasa tak dak orang nak mai beli, do somethingla. Cari sebab kenapa, mungkin makanan yang kita jual tak berapa sedap dan mungkin harganya mahal sangat. Tapi ini idak, asal je tak dak orang mai makan...salah kan orang lain.

Ingat, bila satu jari kita tunding ke orang lain, lagi 4 tu tuju ke kita balik. Jadi sama-samalah kita bermuhasabah diri dan jadilah manusia yang terbaik kerana kita takkan hidup selama-lamanya dan wang ringgit yang kita dapat tu cuma hiasan dunia semata-mata.

Monday, December 27, 2010

Kasih yang tiada penghujungnya

Kasih sayang tak dapat dipisahkan dalam hidup semua orang. Samada lelaki, perempuan...tua,muda....miskin,kaya....semua sama sahaja. Tanpa kasih dan sayang, rasa tak sempurna hidup kita kan. Bayangkan hidup kita sebatang kara. Tiada keluarga, tiada kawan-kawan, terasa sunyi yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Antara kasih yang selalu kita dengar :
1. Kasih kepada Allah
2. Kasih kepada Nabi dan Rasul
3. Kasih kepada Ibu Bapa
4. Kasih kepada keluarga
5. Kasih kepada Suami ataupun Isteri
6. Kasih kepada anak-anak
7. Kasih kepada sahabat taulan

dan banyak lagi...Kalau nak senaraikan,ermmm jenuh gak nak senaraikan. Hidup kita perlu semua ini. Jangan jadi manusia Ego yang dirinya rasa dia boleh hidup seorang diri tanpa perlu ada sesiapa. Dan jangan jadi manusia yang hidup dalam berpura-pura dimana kasih nyer itu tidak pernah ikhlas.

Saturday, December 25, 2010

Mood : Tak larat sebab demam

Aku start demam ni since Monday lagi. Hari Selasa aku MC dan bila aku tulis status aku kat FB aku MC sebab demam, ramai yang comments kata tu alasan yang baik untuk cuti. Anyway, thanks kengkawan atas comments yang MEMBINA itu. Rasanya kalau aku dah nazak pun orang masih akan cakap itu adalah alasan yang baik untuk ponteng keje kot kan. Ermm...biarlah, abaikan je lah.

Semalam masa kat opis, aku rasa nak tumbang je, tetap gagahkan diri pergi keje sebab tak nak la nanti dikatakan bagi alasan lagi kan. Kepala berdeyut2, sejuk toksah cakaplah. The worst part is bila semput pun join skali dalam aktiviti demam ni. Minggu ni langsung tak gi kelas aerobik sebab takut kang lagi teruk semput ni.

Pagi ni bila bangun je tido, kepala rasa berat sangat tapi gagahkan juga bangun dengan niat nak kemas umah tapi seriously aku tak larat. Cuma ambik baju2 kotor dalam bakul dan masuk je dalam washing machine untuk cuci. My hubby lak tak der, ntah...ada keje dia ler tu. Lately ni my hubby soooo busy so malas nak kacau dia sangat2. Lagipun boleh bergerak sendiri lagi, kalau dah tak boleh bergerak sendiri esok, ermmmmm.....paham2 lah.

My status now Im so sad sebab kalau kat kampung, kalau sakit....ada org jaga...mak akan sediakan makanan dan lepas tu mak akan tuam kepala ngan air asam untuk sejukkan kepala. Tapi sebab kena buat semua sendiri ni, rasalah sedihnya sket.

Thursday, December 23, 2010

Cakap berbelit

Readers, hari ni i nak tanya lah kan, menyampah tak kalau baca blog orang yang suka cakap berbelit2 ni? I memang nyampah sebab orang yang tulis berbelit2 ni dia ingat readers dia ni low class kot. Mulanya cakap lain, lepas tu cakap lain plak....so mana satu yang betoi ni?Kalau dah tak ada idea nak tulis, just shut up and bila dah ada then tulis lah.Orang pun tak marah kan.

Dan lagi satu, lantaklah orang nak tulis apa pun, kalau dia nak bagi tau dia ada atau tak der idea skali pun biarlah kan. Ermmm I think itu orang tu nyer pasal lah kenapa nak ambik tahu dan kenapa nak condemn orang2 tu kan?

Well I think, mungkinlah orang yang macam ni sukakan publisiti murahan kot kan.Yerlah, bila dah tak ada orang suka baca blog dia maka inilah caranya nak naikkan traffic blog dia.Uppssss.....Ada orang terasa ke?anybody???

Sesungguhnya posting ini tidak ada kena mengena samada yang hidup mahupun yang mati.

Wednesday, December 22, 2010

Aku teringin....

Sesekali terasa teringin....cewahhh, hahahhaha
Actually sekarang ni aku rasa teringinnnnnn sangatttttt nak :-

1. Rest kat umah tanpa buat keje apa2 pun dan yang penting income tiap2 bulan masuk sekurang-kurangnya RM10k sebulan.

2. Nak makan gulai ikan yang dah dipanaskan beberapa kali dengan nasi panas2.

3. Meet my girlfriends (paham2 yer sapa tu)...dan bergosip sampai tengah malam.

4. Makan cheesecake buatan kak Ina .

5. Pergi honeymoon with my husband di tempat paling koman pun Switzerland dengan tiket business class.

6. Memanjakan diri di SPA yang five star.

7. Shopping all the designers handbag, baju, kasut dan lain2 with my girlfriends.

Udah ler....itu je yang I teringinnn sangat nak buat tapiiiiii....ntahlah bila tahun boleh dapat nyer. However, Im so happy with my current life iaitu I have lovely hubby, loving family and also the best girlfriends I ever had.
Muahhhh to all.......

Tuesday, December 21, 2010

Perempuan dan tudung...

Pernah dengar tak ayat ni, "Tak semestinya pakai tudung tu baik, so baik tak yah pakai tudung".Ermm, kalau didebatkan perkara-perkara ni confirm leh jadi gaduh-gaduh kan. Yerla, yang tak pakai tudung ni mesti nak kata dia betul dan hat yang pakai pun mesti nak betoi ke dia jugak.

Tidak dinafikan,ada yang pakai tudung pun buat silap, tapi yang tak pakai tudung pun buat silap jugak namun kenapa nak nampak yang bertudung je?jadi tolonglah jangan kaitkan tudung dengan kejahatan.

Konsep aku senang je, tudung memang wajib keatas setiap wanita jadi kenapa nak persoalkan tingkah laku selepas dia bertudung. Kalau dia nak buat jahat gak walaupun bertudung, itu antara dia dengan Allah tapi dalam masa yang sama, dia dah buat yang dituntut iaitu menutup auratnya.

Wallahualam.

Ciri-ciri sahabat yang baik

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik?

-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

#Tetapi ingatlah manusia sentiasa terdorong oleh nafsu, aku akui ada beberapa ciri diatas yang aku terlepas pandang akibat perasaan marah, dendam dan sebagainya. Tetapi apa yang paling penting untuk menjadi sahabat baik adalah jaga Aibnya, jaga hatinya dan kita kena ingat yang sahabat kita tu bukan sahabat kita semata-mata. Sahabat kita tu bebas berkawan dengan sesapa juga dan bebas kemana-mana juga.

#Apa-apa pun aku akui yang aku ada kelemahan dan banyak yang perlu diperbetulkan. Tak ada manusia yang sempurna dimuka bumi melainkan Allah SWT. Tapi yang aku tahu, aku sayangkan kawan2 aku dan sentiasa menerima teguran walaupun pahit untuk diterima kerana kita tak boleh jadi cermin pada diri kita sendiri dimana kita selalu tak nampak apa kelemahan dan keburukkan kita. Konsep aku, teguran yang baik kita terima dan cuba betulkan diri kita tetapi kalau kita rasa teguran itu tidak boleh diterima, tak perlulah diheboh2kan...simpan diam-diam sudah lah.One more thing you have to remember, kekadang nak menegur seseorang yang kita kenal ni bukan senang sebab takut jadi salah paham jadi dont be surprised jika tiba2 ada terima teguran dari orang yang kita tak kenal identitinya tetapi orang itu adalah sahabat kita sendiri.

Wallahualam

Monday, December 20, 2010

Whatever

Adoii...aku ni mmg jadi malas giler nak mengupdate blog lah. 2 bulan sekali baru lah nak mengupdate, tu pun kalau mai mood rajin lah kan.

So amacam korang punya matlamat untuk tahun 2010? ada tercapai ka? atau nak postpone ke 2011? Sedar tak next year kita dah masuk dekad baru, dekad keberapa nyer ntah la.....boleh je nak kira tapi knowing me yang lately ni malas sket nak berpikir.

All I can say is I can't wait for the new year because I want to start everything's back. I want new me...heheheh, new macam mana tak taulah. Nak kata kurus sket, insyaAllah sebab now dok aktif ngan kelas menari. Seminggu adalah dalam 3 kali maximum aku akan pergi.

Kalau orang tanya azam tahun baru aku apa.....Biasalah sama je macam tahun2 lepas.....nak kurussss....hahahhahahhaha.
Oklah, tunggu next entry ya coz banyak lepas ni info2 yang akan aku sharekan ngan semua pembaca. Erkk, ada lagi ke readers aku ni?Apa2 pun we just wait and see la yer.

W'salam