Tuesday, December 21, 2010

Ciri-ciri sahabat yang baik

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik?

-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

#Tetapi ingatlah manusia sentiasa terdorong oleh nafsu, aku akui ada beberapa ciri diatas yang aku terlepas pandang akibat perasaan marah, dendam dan sebagainya. Tetapi apa yang paling penting untuk menjadi sahabat baik adalah jaga Aibnya, jaga hatinya dan kita kena ingat yang sahabat kita tu bukan sahabat kita semata-mata. Sahabat kita tu bebas berkawan dengan sesapa juga dan bebas kemana-mana juga.

#Apa-apa pun aku akui yang aku ada kelemahan dan banyak yang perlu diperbetulkan. Tak ada manusia yang sempurna dimuka bumi melainkan Allah SWT. Tapi yang aku tahu, aku sayangkan kawan2 aku dan sentiasa menerima teguran walaupun pahit untuk diterima kerana kita tak boleh jadi cermin pada diri kita sendiri dimana kita selalu tak nampak apa kelemahan dan keburukkan kita. Konsep aku, teguran yang baik kita terima dan cuba betulkan diri kita tetapi kalau kita rasa teguran itu tidak boleh diterima, tak perlulah diheboh2kan...simpan diam-diam sudah lah.One more thing you have to remember, kekadang nak menegur seseorang yang kita kenal ni bukan senang sebab takut jadi salah paham jadi dont be surprised jika tiba2 ada terima teguran dari orang yang kita tak kenal identitinya tetapi orang itu adalah sahabat kita sendiri.

Wallahualam

No comments: