Monday, December 27, 2010

Kasih yang tiada penghujungnya

Kasih sayang tak dapat dipisahkan dalam hidup semua orang. Samada lelaki, perempuan...tua,muda....miskin,kaya....semua sama sahaja. Tanpa kasih dan sayang, rasa tak sempurna hidup kita kan. Bayangkan hidup kita sebatang kara. Tiada keluarga, tiada kawan-kawan, terasa sunyi yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Antara kasih yang selalu kita dengar :
1. Kasih kepada Allah
2. Kasih kepada Nabi dan Rasul
3. Kasih kepada Ibu Bapa
4. Kasih kepada keluarga
5. Kasih kepada Suami ataupun Isteri
6. Kasih kepada anak-anak
7. Kasih kepada sahabat taulan

dan banyak lagi...Kalau nak senaraikan,ermmm jenuh gak nak senaraikan. Hidup kita perlu semua ini. Jangan jadi manusia Ego yang dirinya rasa dia boleh hidup seorang diri tanpa perlu ada sesiapa. Dan jangan jadi manusia yang hidup dalam berpura-pura dimana kasih nyer itu tidak pernah ikhlas.

No comments: