Disini aku ada satu article yang nak dikongsi dengan semua. Aku ambik article ni dari blog Anuarkarimz.
Tahukah anda bahawa kewujudan jin adalah lebih dahulu dari wujudnya Nabi Adam. Sebagaimana yang diterangkan di dalam al-quran bahawa iblis dan syaitan adalah tergolong dari keturunan jin. Gangguan yang datang dari jin ke atas manusia adalah satu perkara yang benar-benar berlaku.Menurut hadis sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, Rasullullah s.a.w telah bersabda
"Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari di dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah"
Selalunya makhluk yang bernama jin ini akan berada di dalam otak dan di tulang belakang berdekatan dengan urat saraf manusia. Oleh sebab itulah ia dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi manusia. Bila fikiran dan emosi terganggu akan menyebabkan seseorang itu mendapat tekanan jiwa.
Terdapat lima jenis gangguan yang berpunca dari jin iaitu :-
1. Gangguan akibat dari perbuatan sihir. Ia selalunya dihantar melalui medium perantaraan iaitu bomoh, pawang atau ahli sihir. Perantara ini akan mengarahkan jin untuk membawa benda-benda sihir atau racun santau ke dalam badan si mangsa.
2. Gangguan jin akibat lemah iman atau lemah semangat. Golongan ini mudah didampingi oleh makhluk-makhluk halus kerana ingkar kepada perintah Allah dan banyak melakukan dosa dan maksiat seperti meninggalkan solat, berzina atau minum arak.
3. Gangguan jin akibat amalan pemujaan. Ini ada bersangkut paut dengan amalan bagi memperolehi ilmu yang melibatkan makhluk jin seperti menuntut ilmu kebal, pemakaian susuk dan sebagainya. Oleh sebab itu golongan ini mudah untuk didampingi oleh makhluk ini.
4. Gangguan jin kepada pesakit terencat akal sejak dilahirkan. Kanak-kanak yang menghidapi penyakit terencat akal selalunya mudah untuk diganggu oleh makhluk halus. Ini kerana sistem pertahanan dalaman yang lemah yang disebabkan tiada kesempurnaan akal pemikiran mereka. Kebanyakkan yang termasuk di dalam kategori ini akan mendapat gangguan jin di tubuh badan mereka terutama di bahagian otak dan urat saraf.
5. Gangguan saka. Ia selalunya datang daripada jin belaan oleh keluarga mangsa. Saka ini telah dipelihara oleh nenek moyang sejak zaman dahulu dan akan turun kepada pewaris terdekat. Situasi gangguan ini wujud bila saka yang ditinggalkan tidak sempat membebaskan jin peliharaannya sebelum dia meninggal dunia.
Pada pendapat aku sendiri, memang betul apa yang dikupaskan oleh penulis ini. Tetapi apa yang pasti tiada kuasa lain lebih hebat dari kuasa Allah SWT.
No comments:
Post a Comment