Saturday, December 25, 2010

Mood : Tak larat sebab demam

Aku start demam ni since Monday lagi. Hari Selasa aku MC dan bila aku tulis status aku kat FB aku MC sebab demam, ramai yang comments kata tu alasan yang baik untuk cuti. Anyway, thanks kengkawan atas comments yang MEMBINA itu. Rasanya kalau aku dah nazak pun orang masih akan cakap itu adalah alasan yang baik untuk ponteng keje kot kan. Ermm...biarlah, abaikan je lah.

Semalam masa kat opis, aku rasa nak tumbang je, tetap gagahkan diri pergi keje sebab tak nak la nanti dikatakan bagi alasan lagi kan. Kepala berdeyut2, sejuk toksah cakaplah. The worst part is bila semput pun join skali dalam aktiviti demam ni. Minggu ni langsung tak gi kelas aerobik sebab takut kang lagi teruk semput ni.

Pagi ni bila bangun je tido, kepala rasa berat sangat tapi gagahkan juga bangun dengan niat nak kemas umah tapi seriously aku tak larat. Cuma ambik baju2 kotor dalam bakul dan masuk je dalam washing machine untuk cuci. My hubby lak tak der, ntah...ada keje dia ler tu. Lately ni my hubby soooo busy so malas nak kacau dia sangat2. Lagipun boleh bergerak sendiri lagi, kalau dah tak boleh bergerak sendiri esok, ermmmmm.....paham2 lah.

My status now Im so sad sebab kalau kat kampung, kalau sakit....ada org jaga...mak akan sediakan makanan dan lepas tu mak akan tuam kepala ngan air asam untuk sejukkan kepala. Tapi sebab kena buat semua sendiri ni, rasalah sedihnya sket.

No comments: