Sunday, December 26, 2010

Tanjung Biru Condominium Port Dickson

Actually ni citer yang agak basi lah kan tapi its ok, my main objective adalah nak citer pengalaman kami menginap kat Tanjung Biru Condominium ni. Overall memang best giler dan tambahan pulak percutian kali ni melibatkan 3 family semuanya iaitu Kak Y dan Kak Ina. Salmah, terpaksa mengundur diri half way sebab2 yang tak dapat dielakkan. Rugi kau nyah.....hehehehhe.

Ok, kami semua bertolak masing2 dari rumah dan sampai kat PD lebih kurang pukul 12pm. Kak Y sesat, so dia sampai dlm pukul 2pm. Inilah pintu masuk Condominium tu, dan ada contact number lagi...jadi sesapa yang nak try nanti boleh je call untuk book tanpa dikenakan sebarang booking fees pun. Senang kan?
Disebabkan Sallmah tak jadi datang, maka menu tengah hari kami dah pun berubah dari nak makan masak merah ayam...ke sambal tumis sotong dan sotong goreng saja.Kak ina cam biasa bawa seperti yang dijanjikan.Masa mula2 kami sampai tu, air surut sket tapi lepas je Datin Y sampai...air terus naik...hahahahha.Cantikkan pemandangan dia?So, lepas makan2 tengah hari...kami semua naik ke apartment untuk nak relax2 kejap.Oppsss lupa nak bagi tau rate dia. Harga dia kalau hari biasa adalah RM150,Weekend lak RM200 dan kalau Public Holiday aku tak berapa ingat lah harga dia.Jadi ini adalah keadaan kat dalamnya.

Ini semua masa kat dalam, kami tengah lepak2 sambil makan kuaci lah, roti bakaq lah, kacang lah...Bestnya apartment ni semuanya ada tau...dapur, fridge, kuali ke semua ada.Cuma bilik air je ada satu, bilik tidur ada dua...Master bedroom besarrrrr, bilik lagi satu ada 4 katil.Ermmm...orait ler kan.Kena pada harganya.

Okay, ni pemandangan luar umah plak.


Waktu malam plak, kami buat BBQ kat tepi pantainya...Jarak apartment ke pantai tak jauh lah....5 minit je jalan.Ok, ini adalah salah satu menu untuk BBQ pada malamnya.
Semua preparation untuk BBQ ni kak Y and hubby yang buat, kak ina plak bawa tempat BBQ...Jom layan gambar2 masa BBQ.


Kami yang pompuannya makan je dan main pasir.....huhu

Tengah2 makan tu, hujan turun lebat selebatnya....nasiblah rumah dekat je kan...so ambik semua barang2 dan semua balik lepak je kat apartment...dan masa tu dah nak dekat kul 11pm dah pun.

Keesokkan harinya, lepas breakfast kat umah tu, dalam pukul 9am kami pi mandi pantai. Best tau mandi pagi2 ni....Time check out macam biasa pukul 12pm.So inilah muka2 kami kegembiraan dengan percutian iniLove u guys....harapkan lepas ni kita bleh buat aktiviti bersama2 lagi yer......

*Kredit gambar2 kepada En.Rahimi Osman dan myself.

3 comments:

Yatie Y said...

kedatangan mak sekeluarga membawa berkat kekdahnya :P

Hotmama said...

hahahhaha.....op course kak y

Anonymous said...

my family also lah hehehe