Tuesday, February 1, 2011

P.H.D

Aku heran sungguh la dengan kaum kita ni, asal maju sket ada lah yang nak berdengki. Salah ke bila sama2 maju? Asal nampak orang tu lebih sket, nak berdengki...Siap ada yang lagi busuk hati ni, sanggup pergi jumpa bomoh bagai hanya semata-mata nak jatuhkan orang lain. Aku malu la dengan bangsa aku sendiri.

Kalau orang lain, kalau berniaga tu kan, siap sebelah menyebelah lagi. Kekadang jual benda sama je tapi langsung tak dak sifat nak berdengki tu. Kekadang boleh pulak share meja, kerusi sama-sama. Kalau macam ni lah sikap orang kita ni, sampai bila-bila masyarakat kita ni tak maju dalam ekonomi. Cuba tengok bangsa lain, mereka nak bangsa mereka sama-sama maju dalam ekonomi, so that sebab itulah depa boleh bertahan berniaga bersama-sama kekadang mencecah berpuluhan tahun. Kekadang sampai ke cucu cicit ambik alih lagi.

Come on la bangsaku, tak yahlah nak berdengki-dengki. Mungkin hari ni rezeki orang yang niaga sebelah kita, esok2 rezeki kita la pulak. Tapi kalau sentiasa tak dak orang nak mai beli, do somethingla. Cari sebab kenapa, mungkin makanan yang kita jual tak berapa sedap dan mungkin harganya mahal sangat. Tapi ini idak, asal je tak dak orang mai makan...salah kan orang lain.

Ingat, bila satu jari kita tunding ke orang lain, lagi 4 tu tuju ke kita balik. Jadi sama-samalah kita bermuhasabah diri dan jadilah manusia yang terbaik kerana kita takkan hidup selama-lamanya dan wang ringgit yang kita dapat tu cuma hiasan dunia semata-mata.

No comments: