Showing posts with label open house. Show all posts
Showing posts with label open house. Show all posts

Saturday, October 11, 2008

Last Open House in Penang

Ha,last skali open house kat umah abang aku yang second.Menunya adalah mee rebus,ermm..dia ala-ala cam mee jawa la jugak.Open house kali ni aku decide tak nak pakai lawa-lawa sebab tempat ku sudah pasti di dapur.Tak apalah bukan orang lain nyer umah,abang aku jugak.Kalau bukan umah abang ngan akak aku sendiri,confirm tak dernyer aku nak melangkah ke dapur tu.Memanglah ramai yang datang...Jom Tengok


Tudia bahan-bahan dia

Dalam ramai-ramai tu,adalah jugak yang nak buat perangai.Aku suh diam,dia tak ndak so aku ambik gambar dia dan aku cakap nanti makndak letak dalam blog baru dia tau.Lagi lah bebal,and FYI ni anak akak aku.


Okay dah habis dah open house umah kakak dan abang-abang aku kat sini.Kat KL nanti sapa eak nak buat open house?jangan lupa roger yer kat saya ni yer.

Friday, October 10, 2008

At my sister house

Kan dah cakap,lepas open house umah abang aku umah kakak lak.Umah dia buat open house pada hari berikutnyer.Main menu kali ni pulak adalah satay N Roti Jala.Memang lah ada sorang hamba Allah ni suka kutuk aku.Biarlah kan.Bukan selalu balik kampung.Raya Haji ni lom tentu lagi balik.Okay back to open house nyer citer.
Kipas Satay yer bang...Sian hubby aku.Kena tempah untuk bakar satay.


Aku pulak kena goreng nugget and buat air.Nyesal pakai lawa-lawa tau,last-last kena buat kerja.

Gelagat hubby and anak menakan sebelum tetamu-tetamu datang.




Ha,pasnih ada lagi satu umah.Nak tahu umah sapa?Tungguuu yer.

Wednesday, October 8, 2008

Open House kat umah big bro

Kan dah cakap,pas je aku buat open house my big brother pulak nyer giliran.Menunyer adalah Char Kuey Teow.Abang aku memang pandai buat dan sedaplah jugak.Takleh bagi 5* sebab dia suka complaint aku masak walaupun dah sedap.
Tengah siap-siap sebelum pergi.Ni ngan anak2 kakak.


Ha,tudia aktiviti makan-makan pun bermula.nak tangkap gambar abang tengah goreng ,dia tak bagi.



Ni gelagat anak-anak buah



Yang ni lak anak menakan yg last skali.Baru jer lahir.Geram tul ngan budak ni tau...eeeiiii


Next open house will be at my sister house lak.Tunggguuuuu......

Mini Open House

As scheduled,last Sunday kena buat sup tulang.Nama je mini open house tapi dua periuk besar jugaklah dan yang datang rasanya adalah 100 lebih.Aku pagi-pagi lagi dah start masak,yerlah nak wat sup tulang ni kena rebus lama sket sebab kalau tak,tulang-tulang gear box tu susah nak sedut.Ni first time aku buat tau dan Alhamdulillah tak der apa-apa masalah.Tetamu start dah datang dalam pukul 12 tengah hari sampailah dalam kul 9 malam cam tu.Nak tercabut rasanya kaki ni tapi aku puas hati sebab dapat buat makan-makan ni.
Ni masa all my family makan dulu.Yang baju putih tu my big bro.

That is my mom.

Yang nongkat dagu tu my satu-satunyer kakak,sebelah dia yang pakai spek tu my anak sedara yang sulung dan dok kusi ujung tu my sister In law,wife to my big bro.

Sedapnyer makndak aku masak,sampai macamtu lah anak menakan aku ni hirup kuah sup.Sadis betul makndak kau nengok.Hihi

Ni semua kawan-kawan aku and hubby.Yang pompuan tu,anak tauke mee ketam yang paling sedap kat Penang ni.Kedai dia kat ceruk To'kun.


Ni pulak keluarga hubby,diaorang datang jugak makan adik ipar diaorang masak.Ramai keluarga dia datang.Ni antara yang datanglah...


Itulah menunyer,nampak tak tulang gear box yang sudah dikerjakan.

This is my old fren,dah lama tak jumpa.Dah buncit perut hah.Itu husband dia,taukey santan.

Ni family meeting for the next open house.


Yang baju merah my 2nd bro dan yang macam muka jawa tu my brother in law.Sedap aku ngata orang yer.

Next will be my big bro house on the next day.Tunggggu for the entry ya.

Sunday, October 5, 2008

More Open House

Ni dah masuk 3 hari umah MIL buat open house.Masa raya pertama buat Nasi beriyani,Nasi Dagang dan Mee kari.Raya Kedua pulak buat Bihun Sup and Mee Kuah.Semalam raya ke-3 lak ada buat lontong dan apa ntah.Semuanya sorang sikit buat sebab kat keliling umah MIL kakak dan abang hubby stay.Diaorang akan pasang khemah dan semua makanan dari 3 umah akan diletakkan kat khemah tu.Sapa-sapa yang datang akan makan kat situ lah.Sebelum-belum ni aku tak sempat nak snap apa-apa but last night,sempat gaklah snap few pic.

Tengoklah gelagat laki aku yang kureng senonoh itu.Isk papa ni,kalau yer pun coverlah sket perut boroi tu.


Ni tetamu yang datang ler,kebanyakkan yang datang ni kawan-kawan anak-anak menakan laki aku.Relatives pun banyakalh.

Ermmm...A Happy couple.


Itulah my MIL dengan kucing-kucing dia.Nak tahu dah baper ekor dia bela????erm,dah 14 ekor tau.Dasyat betul ibu mertuaku ini.

Saturday, September 27, 2008

Bihun Sup Kaki Ayam

Apa yer nak buat esok?apa lagi,ngemas umah lah nak raya ni.Walaupun tak beraya kat sini tapi umah tetap kena maintain kemas.Mana tahu sekali masa nak balik sini,mak aku ikut dan kalau berselerak confirm aku kena bebel.Tukang yang menyokong dia adalah hubby aku sendiri.Actually umah taklah berselerak sangat tapi my mom very particular bab-bab kebersihan ni.Walaupun kemas tapi kalau lantai kotor atau berminyak2,baju tak lipat ke,toilet kotor sket pun harus aku dibebel nya.Aku sendiri pun tak suka rumah selerak ni tapi kalau angin malas datang,ermmm...paham-pahamlah yer.Dua hari ni akan digunakan sebaik yang mungkin.My hubby tugas dia adalah kemas laman kat luar,rumput tu dah makin tinggi sayang oii,bila nak tebas?Kalau kat kampung dulu,time nak raya ni aku akan tolong mak kemas umah,buat kuih,dan especially bila lagi sehari sebelum raya tu buat ketupat,rendang dan macam-macam lagi.Aku terpikir gak nak wat Open House kat umah Sungai Dua tu dan lagipun ni permintaan kawan-kawan aku yang kat Penang tu ler.Depa teringin nak makan bihun sup yang aku buat.Yang paling depa suka adalah Sup kaki ayam.(Kat bawah ni bukanlah bihun sup kaki ayam tu,tapi bihun sup daging.Bolehlah saja nak bagi korang terliur).

Walah...sedap tau.Hihik bak kata pepatah masuk bakul angkat sendiri yer.Tapi ni kisah benar tau,last aku buat 3 tahun yang lepas kalau tak silap.Memang ramai yang datang.Best sangat-sangat.Kebetulan masa tu hari jadi aku lak kan.Dapat lah hadiah,banyak gak tu.Kalau tak silap dekat ngan 7 kot.Akan dipertimbangkan untuk buat open house kat Sungai Dua tahun ni.Sesapa yang kat Penang tu bolehlah datang yer...Especially orang yang kuat makan tu.Hahahaha...