Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Update terkini untuk minggu ke-10

Alhamdulillah buat masa ni belom ada tanda-tanda alah kepada apa-apa. Cuma pagi tadi aku asyik bau yang bukan-bukan. Dalam keter aku bau macam sampah dan paling kelakar dalam bilik aku bau hanyir ikan. Ermm, tapi masih boleh bertahan dan masa jalan nak masuk opis tadi rasa cam pening semacam je. Badan rasa cam nak melayang pun ada, but I still kuatkan hati sebab kalau ikut hati teruk aku nak keje macam mana kan.

Kalau kerja sendiri leh la ambik cuti setahun terus campur ngan lepas pantang. Lately ni juga hati ku cepat sangat tersentuh. Pantang tengok citer sedih-sedih sket, air mata kira nak bergelinang je. Lepas tu aku cepat risau tak tentu pasal, dan lepas tu boleh pulak nangis sorang-sorang. Nak nangis tu kena cover jugak sebab yerlah satgi apa lak kata laki den. But so far tak adalah over sangat kan. Hati aku cepat sangat tersentuh la lately ni. Mood pun kekadang swing jugaklah tapi aku ni kan pandai control lagi so no problem so far.

Last Thursday dah start pergi check-up kat Hospital sebab I kan ada athma so doktor kena careful la sket kan. Mengikut doktor kalau kes macam aku ni, baby tak der masalah untuk tumbesaran dia, cuma problem ni dekat ibu nya sahaja especially masa nak bersalin nanti. But so far doktor cakap kes-kes yang macam ni masa bersalin tak der masalah, well I hope so. Hari tu dah scan lagi skali and dah nampak baby tu dah sket. So small macam kacang tapi doktor kata jantung dia dah berdegup dan doktor bagi aku dengar degupan tu. Besttt sangat, sebab this is my first time experience kan. According to doc, mengikut kepada size dan degupan jantung, baby berada dalam keadaan yang normal. Yerlah kan, kecik sangat lagi mana boleh nak tengok lebih-lebih.

Okaylah, sekian sahaja update untuk minggu ke-10 ni. Lepas ni setiap minggu insyaAllah I will give an update yer. Salam....

Friday, June 10, 2011

Penantian 4 tahun akhirnya membuahkan hasil

Alhamdulillah, itu saja kata-kata yang keluar bila dah sah dan diconfirmkan oleh doktor. Kegembiraan ku dan suami tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang tahu betapa happy nyer aku sebagai seorang wanita pada saat itu.

Meh nak citer cerita kejadian macam mana aku dapat tahu tentang kehamilan aku ni. Pada 23hb May, petang tu aku nekad nak gi beli pregnancy test sebab bukan nak kata aku memang yakin yang aku ni pregnant tapi saja gatai...hehehehe. Sebelum ni dah banyak kali delay period dan bila check tak pernah positif pun tapi hari tu aku nekad sangat-sangat. Aku gi sorang-sorang ni kat Watson, cari punya cari....dok pikir nak ambik hat mahal ke murah punya sebab aku dah set kat mind aku yang kalau murah punya bacaan dia kurang accurate. Tapi at last aku ambik hat paling murah punya juga sebab aku rasa biarlah sebab kalau confirm ada memang akan confirm ada jugaklah, tak kira mahai ke murah.

So pagi-pagi keesokkan harinya tu lepas bangun tido, berdebar-debar jugaklah nak check sebab yerla kalau -ve frust lagi akuuu. Skali naik dua line daa.....Ya beda bedu...Allahuaakbar, Alhamdulillah itu je yang keluar dari mulut aku mula2. Terus bawa gi jumpa bang Nuor, at first dia macam blur-blur, apa kes bini aku macam monyet kena belacan pagi-pagi ni kan. Bila tunjuk je dia alat test tu dia pun terus tanya dengan excitednya "mama ngandung ka"?...aku pun yer sayang...last-last dua2 macam monyet kena belacan...hahahahhaha.

Itulah kuasa Allah, dia sentiasa mendengar doa hambanya, kita minta dan kena penuh sabar menunggu sebab kalau dah tu rezeki kita, insyaAllah adalah rezeki kita tu. Jadi sebelah petangnya masa balik dari keje, bang Nuor ambik dan kami terus ke Klinik berdekatan untuk mendapat pengesahan. Alhamdulillah it is confirmed that Im pregnant dan dah nak masuk 6 minggu. Lihatlahhhh, ni masa2 my first scan. Oh betapa gembiranya dan tarikh yang kami dapat tahu yang aku ni pregnant adalah tarik anniversary kami yang ke empat.

Aku amat-amat bersyukur dan aku sentiasa doakan semoga anak dalam kandunganku ini akan lahir dalam keadaan yang selamat dan sempurna. Aku juga doakan semoga anak ini boleh menjadi anak yang soleh dan taat kepada Ibu bapanya.

Sekali lagi Alhamdulillah buat masa ni, aku belum alah teruk lagi sampai tak boleh nak bangun. Setakat sakit2 belakang tu biasalah untuk orang mengandungkan. My Fav food now is buah apple hijau tu. Susu buat masa ni tak berapa rasa nak minum, tapi aku lebih suka minum susu soya. Friends, please doakan me and my baby sihat yer. Doa kalian amatlah saya harapkan.

Wednesday, February 9, 2011

Baby...Baby...Baby

Ermm...suka sangat tgk baby ni, especially yang baru2 lahir ni kan. Tadi satu opis buat rombongan Cek Kiah pi melawat my lovely office mate ni kat SJMC. She sepatutnya due on 17th tapi yerlah it just an expecting date kan. Jom jom tengok baby dia...comeiii owww.



Baby ni baby gurl...baru lahir pukul 5.30 pagi tadi...berat 3.46kg...semangat kan, macam dah 2-3 bulan usianya. Alangkah baiknya kalau aku yang bersalin kan kan kan.hehehhehe

Tuesday, October 28, 2008

Comel tak???

Tengoklah gambar baby ni,comel tak?



Ha,ni ler bakal menantu gua.Hihihi...Nama dia Houriel Harissa,anak kepada kakak angkat aku.Ni pulak gambar mak and ayah baby Houriel ni.Ataupun dalam erti kata lain,bakal besan aku.

Hihi,suka-suka hati je yer.Leh dak Kak Lela nak jadikan Houriel menantu ni?Memang lah anak tak der lagi tapi nak cup awal-awal sebab comel sangat.

Thursday, September 25, 2008

Tembamnyerrr

Last Tuesday,Aku pergi HQ kat Subang.Masa on the way balik tu sempatla jugak menyinggah umah kakak angkat aku and hubby aka office mate aku la.Tapi dia based kat subang HQ.Dia tengah cuti bersalin tapi dah habis pantang pun.Aku dah lama nak pergi tapi tak der masa so,kebetulan Selasa lepas my hubby tak kerja,so kitaorang pun pergilah melawat.Aku geram betul tengok anak dia,pipi punyalah tembam.Nama baby dia Hurail Huraisya.Betul ke?kalau tak silap lah.Cuba tengok baby ni...


Geram acik tengok pipi kau Hurail...