Alhamdulillah buat masa ni belom ada tanda-tanda alah kepada apa-apa. Cuma pagi tadi aku asyik bau yang bukan-bukan. Dalam keter aku bau macam sampah dan paling kelakar dalam bilik aku bau hanyir ikan. Ermm, tapi masih boleh bertahan dan masa jalan nak masuk opis tadi rasa cam pening semacam je. Badan rasa cam nak melayang pun ada, but I still kuatkan hati sebab kalau ikut hati teruk aku nak keje macam mana kan.
Kalau kerja sendiri leh la ambik cuti setahun terus campur ngan lepas pantang. Lately ni juga hati ku cepat sangat tersentuh. Pantang tengok citer sedih-sedih sket, air mata kira nak bergelinang je. Lepas tu aku cepat risau tak tentu pasal, dan lepas tu boleh pulak nangis sorang-sorang. Nak nangis tu kena cover jugak sebab yerlah satgi apa lak kata laki den. But so far tak adalah over sangat kan. Hati aku cepat sangat tersentuh la lately ni. Mood pun kekadang swing jugaklah tapi aku ni kan pandai control lagi so no problem so far.
Last Thursday dah start pergi check-up kat Hospital sebab I kan ada athma so doktor kena careful la sket kan. Mengikut doktor kalau kes macam aku ni, baby tak der masalah untuk tumbesaran dia, cuma problem ni dekat ibu nya sahaja especially masa nak bersalin nanti. But so far doktor cakap kes-kes yang macam ni masa bersalin tak der masalah, well I hope so. Hari tu dah scan lagi skali and dah nampak baby tu dah sket. So small macam kacang tapi doktor kata jantung dia dah berdegup dan doktor bagi aku dengar degupan tu. Besttt sangat, sebab this is my first time experience kan. According to doc, mengikut kepada size dan degupan jantung, baby berada dalam keadaan yang normal. Yerlah kan, kecik sangat lagi mana boleh nak tengok lebih-lebih.
Okaylah, sekian sahaja update untuk minggu ke-10 ni. Lepas ni setiap minggu insyaAllah I will give an update yer. Salam....
No comments:
Post a Comment