Friday, June 10, 2011

Penantian 4 tahun akhirnya membuahkan hasil

Alhamdulillah, itu saja kata-kata yang keluar bila dah sah dan diconfirmkan oleh doktor. Kegembiraan ku dan suami tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang tahu betapa happy nyer aku sebagai seorang wanita pada saat itu.

Meh nak citer cerita kejadian macam mana aku dapat tahu tentang kehamilan aku ni. Pada 23hb May, petang tu aku nekad nak gi beli pregnancy test sebab bukan nak kata aku memang yakin yang aku ni pregnant tapi saja gatai...hehehehe. Sebelum ni dah banyak kali delay period dan bila check tak pernah positif pun tapi hari tu aku nekad sangat-sangat. Aku gi sorang-sorang ni kat Watson, cari punya cari....dok pikir nak ambik hat mahal ke murah punya sebab aku dah set kat mind aku yang kalau murah punya bacaan dia kurang accurate. Tapi at last aku ambik hat paling murah punya juga sebab aku rasa biarlah sebab kalau confirm ada memang akan confirm ada jugaklah, tak kira mahai ke murah.

So pagi-pagi keesokkan harinya tu lepas bangun tido, berdebar-debar jugaklah nak check sebab yerla kalau -ve frust lagi akuuu. Skali naik dua line daa.....Ya beda bedu...Allahuaakbar, Alhamdulillah itu je yang keluar dari mulut aku mula2. Terus bawa gi jumpa bang Nuor, at first dia macam blur-blur, apa kes bini aku macam monyet kena belacan pagi-pagi ni kan. Bila tunjuk je dia alat test tu dia pun terus tanya dengan excitednya "mama ngandung ka"?...aku pun yer sayang...last-last dua2 macam monyet kena belacan...hahahahhaha.

Itulah kuasa Allah, dia sentiasa mendengar doa hambanya, kita minta dan kena penuh sabar menunggu sebab kalau dah tu rezeki kita, insyaAllah adalah rezeki kita tu. Jadi sebelah petangnya masa balik dari keje, bang Nuor ambik dan kami terus ke Klinik berdekatan untuk mendapat pengesahan. Alhamdulillah it is confirmed that Im pregnant dan dah nak masuk 6 minggu. Lihatlahhhh, ni masa2 my first scan. Oh betapa gembiranya dan tarikh yang kami dapat tahu yang aku ni pregnant adalah tarik anniversary kami yang ke empat.

Aku amat-amat bersyukur dan aku sentiasa doakan semoga anak dalam kandunganku ini akan lahir dalam keadaan yang selamat dan sempurna. Aku juga doakan semoga anak ini boleh menjadi anak yang soleh dan taat kepada Ibu bapanya.

Sekali lagi Alhamdulillah buat masa ni, aku belum alah teruk lagi sampai tak boleh nak bangun. Setakat sakit2 belakang tu biasalah untuk orang mengandungkan. My Fav food now is buah apple hijau tu. Susu buat masa ni tak berapa rasa nak minum, tapi aku lebih suka minum susu soya. Friends, please doakan me and my baby sihat yer. Doa kalian amatlah saya harapkan.

11 comments:

Martha said...

wah, good news. congratsss :) my sis also waiting for a very long time.. hope she will get a good new after this..

Hotmama said...

I'll pray for her too

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

waahhhh alhamdulillah... doakan utk saya pulak.. thn ke7 ini tahun.. masih menunggu berita indah.... :D

happy for you..
tahniah to both of you yaaa....


take good care..

Hotmama said...

Mimie, su doakan utk Mimi...insyaAllah, berkat kesabaran yang kuat akan ada jugak....

Anonymous said...

Saya doakan agar akak dapat cahaya mata yang akak idam2 kannn :)

Hotmama said...

Thanks...

Men TheGreatEmperor said...

sye masih igt .. awk penah mngadu kt sye yg awk nk ank2 sgt2 sbb ank itu penyambung kasih suami isteri.. awk dn nuar nk sgt zuriat.. apa yg mampu sy katakan pada awk ...hnya lah berdoa padaNya..asalkan kita jgn hilang keyakinan dn terus berusaha.
Skrng Allah telah memakbulkan pada awk.. segala prmintaan awk dn bersyukur kepadaNya bahawa Oadak dn Oadar itu adalah salah satu tunjang kpd rukun Iman.
Tahniah.,. sye jugak tumpang gembira dn bakal jadi UNCLE .. hik2.

Hotmama said...

Tq Men, wahhh dah jadi uncle yer. Bila nak jadi daddy lak?

Deeda said...

tahniah Su... take care.

Leeda said...

salam sis, sy blogwalking n jumpa awk cte psl pcos mula2. wah pg akhirnya. bestnya. sy x sure la pcos ke tak, dh 3 thn lbh usaha. awk pcos ke? blh share tak usaha awk till berjaya?

Hotmama said...

boleh tak kita chat kat FB ke...sini susah...add saya kat FB suraya sultan