Sunday, December 14, 2008

Tahun baru dah nak datang.

Lagi 18 hari saja lagi kita bakal menyambut tahun baru iaitu tahun 2009 dan 16 hari je lagi dah nak sambut tahun Islam yang baru iaitu 1430H.Cepat sangat kan masa berlalu.Pejam celik,pejam celik...dah nak habis tahun.Ini bermaksud,"semuanya" semakin hampir.Macam mana azam tahun lepas?korang dah capai ke blom?Apa eak azam aku tahun lepas?ermmm...biasalah kan,semua ada azam,kalau tak silap azam aku,nak cuba kurangkan hutang-hutang mana yang ada tu lah,pastuh nak cuba perbaiki ilmu agama aku,nak jadi isteri yang baik buat suami aku,dan yang paling aku nak adalah of course lah Anak.Tapi apa nak buatkan,dah blom rezeki me and hubby.

Azam aku untuk tahun depan lak,nak cepat-cepat habiskan hutang keter pastuh yahooooo....leh la pulak pikir keter baru,wahhh.Pastuh,nak jadi orang yang lebih berpikiran waras.Selama ni tak waras ke???Tak adalah,orang kata bila usia dah masuk 30 ni pikiran kita akan lebih matang sketkan dan apa-apa keputusan yang diambik pun akan dikaji sebetul-betulnya.Lagi apa eakkk...Ermmm nak kumpul duit banyak-banyak lepas tuh nak settle mana-mana hutang yang tertunggak cepat-cepat.Sebab target aku di tahun 2010 dah tak ada apa-apa hutang,jadi bolehlah nak tambah kereta baru dan nak beli rumah pulak.Aku pun berharap bakal business hubby akan menjadi dan lebih murah rezeki di tahun depan.

Dan lagi satu,aku harap sangat kami dah tak berdua lagi tapi bertiga di tahun depan.InsyaAllah kalau itu dah tertulis,mesti akan dapat jugak tahun depan kan.Benda yang bukan kita buat,kenalah bersabar banyak-banyak kan.For hubby pulak,I hope dia akan lebih tabah untuk menghadapi tahun depan setelah melalui saat-saat yang paling sukar di tahun sebelum-sebelum ni.Ma harap segala cita-cita papa untuk buat perniagaan sendiri akan berjaya.Opssss...berniaga apa eak????Shhhhh....nantilah bagi tahu.Hiksss.

3 comments:

Sall said...

Good Luck tuk Sue ngan Nuar... cepat betul masa berlalu kan...

Anonymous said...

moga2 harapan menjadi kenyataan di tahun 2009 yer Sue....Amin

Hotmama said...

ermmm...mintak-mintak lah kan