Sunday, December 14, 2008

Aku pun malas memblog

Aku rasa sekarang ni semua blogger yang aku dok baca blog diaorang ni dapat penyakit malas memblog kot.Jarang-jarang je aku tengok diaorang mengupdate.Hari ni aku baca Redmummy nyer blog,dia pun kena penyakit malas memblog.Ermmm..memang sah semua blogger kena penyakit malas sekarang ni.Maklumlah musim hujan kan,baik tidooo.Hihihi.Aku apa nak buat,kerja melambak kat opis.Buat kerja sekerat dan bila otak rasa cam nak beku sket,aku pun tulislah dulu apa yang terlintas kat otak ni.Ikut hati memang malas nak update,tapi tak bestlah kan sebab aku dah dikira sebagai blogger,so nak tak nak kenalah juga tulis sesuatu.Tapi penulisan aku lately nih kurang berinfo sketlah.Nantilah yer bila I dah settle kerja-kerja ni,I will blog something yang agak berinfo untuk kita semua berkongsi okay.Jadi sementara itu,jom layan music video dari satu-satu nya filem kegemaran aku.Ulanglah sejuta kali pun aku tetap layan.Citer Lord Of the ring ni,dari part 1 sampailah part 3 aku memang minat.Sebab apa eak?ntahlah tapi jalan cerita dia memang besttt dan memang class.Masa mula tengok part 1 tu kan,korang bayangkan nak tunggu setahun lak untuk part 2 and another 1 year untuk part 3.Apa-apa pun aku lah pengunjung panggung pada hari pertama dia kluar tau.Hubby aku tak layan sangat sebab masa aku kenal dia dah masuk part 3 jadi dia mula tengok kat part 3 lah.Lepas tu baru lah beli CD dan dia layan part 2 dulu dan pastuh baru part 1.Tak kisahlah cam mana dia tengok tapi kalau aku dapat tengok,memang aku akan layan ketiga-tiga part sekali arung.Dulu aku dah kumpul 3 part tuh tapi biasalah bila orang pinjam dan tak reti nak bagi balik maka ketiga-tiga cd tu hilang.Now nak pi cari balik lah sebab dah rasa ketagih nak tengok balik citer tu.Jom lah layan music video dia.I like this song sebab memang kena ngan jalan cerita dia.

6 comments:

Sall said...

Ye la Sue... Sall pun malas.. Sall dok tunggu ko jer update. Pun rupernyer kena penyakit yg sama... :D. Mungkin malam ni kalau rajin nak update lagi .. :D.

Anonymous said...

K Ina lak bukannya malas tp x sempat la Sue...x de masa la pulak. Ingat gi keje Jumaat lepas leh la update sikit rupanyer x sempat gak la...weekend lak sibuk ngan anak2 nak main game jer..banyak citer nie nak update tau..

Hotmama said...

k kak ina,su tak sabar nak baca ni.hihihi

Anonymous said...

aku pun mals sue............
cuma byk update back end jer

Anonymous said...

oh ya tak lama lagi nak buat forum dalam tuh.....

Sall said...

Bagus betul la ko ngan Kherul kan... rajin dan ada je idea..