Monday, December 22, 2008
Just came back from Kampung
Pertama skali,aku nak ucapkan many thanks to all my readers yang tak henti-henti bagi komen dan kata semangat for me and hubby.Tak dinafikan amat susah pada aku untuk lupakan kejadian yang dah jadi.Tapi life must go on,perit macam mana pun kita tetap kena teruskan hidup dan jangan patah semangat.Me and hubby menganggap ini satu ujianNya dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.Sepanjang kat kampung ni,aku dapat banyak kata semangat especially dari family dan yang paling-paling adalah dari my mom sendiri.Aku bersyukur sekurang-kurangnya Allah SWT masih panjangkan umo kami berdua untuk kami lebih matang dalam meneruskan kehidupan ini.Ada ketenangan dalam jiwa ni selepas balik dari Kampung.Ermmm...balik kampung bukan dok je tau,ada la jugak aku pi jalan-jalan especially gi belah Pulau yang dah hampir setahun tak sampai.Sempat gak lah borong DVD kat area Batu Feringghi tu.Lepas tu gi ambik angin kat Gurney Drive.3 hari je kat kampung memang rasa tak puas tapi aku gembira balik kali ni sebab ntahlahhh,tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.Walaupun masih Trauma dengan kejadian yang baru menimpa tapi tetap ada rasa kegembiraan dalam hati ni lepas pulang ke kampung kali ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
apa yg syok sgt tu sue? hehehe
bkn apa kak ina,rasa satu ketenangan kali ni bila balik kampung.Memang susah nak digambarkan dengan kata-kata.
Ya Allah Su, Sue baru tahu last Friday dari kak Sall coz Sue pi outstation dari last thursday...kebetulan Jumaat lepas sampai pagi ahad lepak umah kak Sall....Sue harap banyakkan bersabar yea Su,...syukur Su and husband tak ape-ape berlaku...kuatkan semangat dan berdoa padaNya semoga kuatkan iman untuk mendapatkan semangat semula ye Su.....
.. aku pun macam ko orang jugak .. hanya dapat bersimpati dari jauh ..
thanks su,Men..
simpati korang tu lah menjadi penguat semangat aku tau.thanks a lot.Im okay sue,cuma trauma tu still lagi ada dan su cukup menyampah tengok indon skrg ni.
Post a Comment