Thursday, December 18, 2008

HOTMAMA KENA SAMUN!!!

Pagi tadi jam lebih kurang 5.15am,aku ngan husband dikejutkan dengan 3 orang lelaki Indonesia yang bersenjatakan parang.Aku ingatkan aku cuma bermimpi,tapi rupa-rupanya kejadian ni betul-betul terjadi.Tak dapat aku bayangkan perasaan aku waktu tu,me and hubby masa tu diantara hidup dan mati je.Kaki dan tangan hubby kena ikat,dan aku tak diikat,aku dibiarkan lepas.Apa yang mampu aku buat masa tu,hanyalah memeluk husband dan tak tekup muka aku kat husband aku.Apa yang aku boleh buat masa tu,hanyalah mengucap dua Kalimah syahadah dan aku mintak ampun dan maaf dari hubby.Jika ditakdirkan nyawa aku sampai situ saja,aku redha dan sekurang-kurangnya aku pergi bersama suami tersayang.Alhamdulillah,mereka tak apa-apa kan kami cuma mereka paksa kami bagi barang dan duit.Semua barang kemas aku kena kebas.Paling aku sedih bila rantai hadiah birthday dari hubby dan cincin perkahwinan aku di ambil mereka. Handphone aku dan hubby pun kena kebas jadi sekarang ni kalau sesapa nak hubungi aku,especially my friends boleh call opis yer atau antar email kat aku.

Lepas je diaorang berambus dari umah kitaorang, aku ngan husband gi kejutkan jiran sebelah suruh tengokkan umah kejap sebab kami nak ke balai untuk buat report. Rupa-rupanya,ni bukan kes pertama untuk minggu ni tetapi dah tiga kes yang sama berlaku untuk minggu ni.Petang ni,lepas Asar aku nak balik Penang ngan hubby untuk berehat sekejap sebab kami masih lagi trauma dengan kejadian ni.Dalam masa yang sama juga,aku nak cari rumah lain sebab dah tak selamat tinggal kat situ.Lepas balik dari Penang,kami akan mencari rumah dan pindah secepat mungkin.

Disini aku nak share sedikit tips ngan korang.Tips ni diberi oleh Pegawai Polis yang menyiasat kes ni tadi.Dia cakap,semua pintu rumah lebih elok jika kita pasang selak.Korang tahukan selak tu apa.Dan yang paling penting,pasang selak kat dalam bilik tidur utama.Pasanglah sebanyak mungkin selaknya,sepuluh pun tak kisah.Biar kita susah nak buka,tetapi ianya memberikan masa untuk kita bertindak telefon polis jika kejadian ini berlaku.Bila dah pasang selak sampai 10,confirm depa hentak ngan tong gas pun susah nak terbuka kan.Jadi,masa nilah kita bertindak menelefon.Tips kedua,letak semua barang yang penting terutamanya handphone dalam bilik tidur sebab bila jadi macam ni,kita boleh cepat-cepat telefon.Macam aku memang tepon kat sebelah,tapi kalau dah kena hulur ngan parang apa leh buat?cuma kita boleh guna bila pintu bilik yang dipasang selak sampai 10 susah nak buka.Akhir sekali,Polis tu cakap kita patut simpan no telefon bilik gerakkan sebab kalau benda macam ni jadi,kita leh call depa direct.

Kejadian pagi tadi betul-betul buat aku trauma.Aku masih terbayangkan kejadian pagi tadi.Kat opis ni pun sebab nak isi borang cuti dan telefon orang-orang tertentu untuk inform hal ni.Kejadian ni betul-betul menguji keimanan aku.Husband ada cakap,biar apa yang berlaku kita kena ingat bahawa Allah masih sayangkan kita sebab tu dia uji kita macam ni.Ini semua untuk kami ingatkan Dia.Kadang-kadang kita memang ingat,tapi kita lupa untuk buat apa yang disuruhNya.Kita alpa dengan keseronokkan dunia dan bila seronok sangat susah kita nak buat apa yang Dia suruh.

14 comments:

mizz^lady^muack said...

ya Allah...
betui kak????
sabar ye kak...
umah sy pown...
da 2 kali org masuk....
satu intai akak sy mandi...
satu lagik xtau dye uatpe...
tp luar umh...still lam kawasan umah...

Hotmama said...

tulah dik,dok negara sendiri pun macam dah tak selamat lagi dah.

Sall said...

Ya Allah Sue.. nasib baik tak ape2 yer... siannya ko.. sabar ye. takut tul Sall dengar.. baca tajuk je dah berdebar dah... take care ok...

kheirul said...

sabar...
ni dugaan Allah.. dia nak uji kita..

penyamun tu tak boleh pergi kemana pon... mari kita ramai-ramai laknat kat penyamun tuh sampai muntah darah...

ni bukan buat lawak ni.. kalau 40 orang cakap laknat muntah darah.. mesti penyamun tuh kene punye...


satu nasihat...
kalau boleh.. dibacakan Surah Al-Baqarah... complete... untuk masuk rumah baru..
kalau nak bagi rumah or harta benda selamat ... selalulah baca Surah Al-Mulk tetiap hari...

nak selamat dari godaan syaitan... Ayat Kursi..+ 3 Qul....

InyaAllah Selamat

Hotmama said...

Sall;
Thanks.Kau pun hati-hati especially bila abg zafran tak ada.

Kheirul;
Thanks.

Y u Z z 9071 said...

Ya Allah...

seram sejukkkk dengar.

su dgn hubby ok kan....alhamdulilahh sgt2

Eina said...

Ya Allah Sue....takutnyer k ina baca....nasib baik kan Sue n hubby selamat....barang depa nak amik...amik lah kan janji diri kita selamat...insyaAllah ada hikmah sebalik kejadian tu Sue...banyak sabar and rest lah kat kampung dulu yer...kereta depa x amik kan?

sabrinaabubakar said...

ka su ok?alamak pasal lah bebenda macamni jadik nih...ish carik umah kat kawasan yang ramai oranglah kak su.Umah kak su tu kan agak sunyi and lagi plak kat ujung jalan and end lot..takpelah bayar mahal sikit janji tak bahaya..bila free saya email kat kak su k...

Jaafar-Fezah-Izzati-(Izzah) said...

Salam Sue & An

Sorry to hear about the incident. Baru bukak blog and baru perasan news ni. Sabar banyak2 yerk. Nasib baik dua2 selamat. Hati2 yer...

Wassalam

mama mya said...

salam ziarah.. alhamdulillah sume selamat.. yer tul meh kita ramai-ramai laknat kat penyamun tuh sampai muntah darah...

Hotmama said...

Salam semua;
Thanks atas komen semua2.Dah balik dari Penang ni dah rasa tenang sket pikiran.Alhamdulillah su and hubby dah boleh terima kenyataan apa yang jadi.

wany said...

kak suraya.. sorry 2 hear bout dat..xpe,everything happens 4 a reason..be strong!!

miMiE aZim@Sk ^V^ said...

sabar yer.. dugaan tuhan nie.. apa pun take care..!!!

Hotmama said...

hai mimi...thanks yer