Tuesday, December 23, 2008

Borong DVD dekat Batu Feringghi

Masa balik kampung hari tu,sempatlah jugak aku pi pasar malam Batu Feringghi. Mulanya nak pi pesta tapi biasalah mesti jem teruk punyalah.Malam tu malam minggu satu hal,pastuh lak jambatan Pulau Pinang kan tengah construction sekarang dari dua lane nak jadi tiga lane.Jadi me,hubby and anak buah hubby pi Batu Feringghi dalam pukul 10 malam.Nasib baik tak tutup lagi walaupun ada sesetengah yang dah tutup.Plan aku cuma nak gi cari DVD je.Nasib baik tak tutup lagi kedai-kedai DVD ni.Apa lagi,aku pun belilah 6 DVD dengan harga cuma RM20 dan gambar dia memang clear giler.Aku sungguh-sungguh puas hati.Nak tahu citer apa aku beli?okay ni ha senarai DVD yang aku beli:-
1.Lord Of the Ring 1,2,3.(Puas Hati aku dapat beli balik).

2.John Hancock

3.Iron Man

4.Get Smart (ni memang citer lawak).

Jadi total semuanya adalah 6 keping kan sebab lord Of The Ring dah 3 keping tu.Kalau kat KL,jangan harap lah...paling murah satu CD leh dapat RM6.Tu pun susah yang amat nak dapat.Ingat nak beli lagi tapi banyak citer yang dah tengok so ambik 6 ni pun tak tahu bila nak khatam semuanya.Lepas je borong DVD,pergi lak lepak kat Gurney Drive.Memang best lepak situ malam-malam dan especially malam minggu.Lepas gak hajat aku kali ni balik Penang untuk pi round Pulau.

6 comments:

yatie said...

ada lagi satu tempat murah.. kat mines... tingkat atas... selalu beli situ... mmg bos dia dah kenal dah muka budak 2 org ni ha

Nurhayati said...

hmm.. kalau balik penang mesti singgah bt. feringghi tu.. wajibbb
for sure borong dvd..nak2 series story. last beli masa bulan 6, sampai skang ni tak habis2 lagi tgk bole..hihihihi

yatie said...

Su, husband kak Y kalau balik Penang pun mesti borong beli DVD. Sebenarya,Kak Y suka balik penang, banyak tempat boleh pergi jalan2.:)

Jaafar-Fezah-Izzati-(Izzah) said...

Isk! Isk! Isk! seronok yerk beli DVD murah2. Kat sini mmg tak dapat la nak beli2 mcm tu semuanya original. Kalau nak tgk sewa la..cite2 baru NZD9 utk satu mlm..mahal kan. Bila la nak dapat borong DVD mcm tu...lepas tgk cite Lord of the rings, boleh la dtg sini lawat kawasan lord of the rings pulak.

Eina said...

amik awrad kat blog k ina yer...

anuar said...

banga nya aku....