Aku nak citer sket kisah pagi tadi kat kedai.Biasalah kan kalau dah hari ahad,memang sibuk sesangat,Order pun banyak.Apa-apa pun aku bersyukur sangat atas rezeki Allah SWT.Cuma kat sini aku terkilan sketlah dengan sorang customer aku ni.Dia ada order roti nak makan satu.Tapi bila dia order aku pun dah tak ingat.Yerlah orang terlalu ramai dan yang buat kerja cuma aku ngan hubby.Aku sorang2 ni lah yang nak serve orang makan,nak bungkus dan nak basuh pinggan bila nak makan tak cukup.Hubby lak dia dah takleh wat yang lain sebab dia tebar roti.
Jadi kekadang ada lah yang tercicir dalam ramai-ramai tu.Memang dia ada hak nak marah bila order dia blom jugak sampai.Tapi salah ke sebagai orang yang sesama bangsa dan Agama ni cubalah bertolak ansur sket.Dia tak datang pun nak tanya kat aku tapi dia gi bising2 kat tuan kedai.Aku pun terkejutlah kan,bila masa dia order.Dari seorang wanita yang lemah lembut,sekejap je dia bertukar seorang yang susah aku nak gambarkan kat sini.Dia dengan anak dia je.Kebetulan dalam keadaan yang kalam kabut tu,gas plak habis.Hubby cakap kejap dia buat jugak kat akak tu dulu.Bila dah siap,aku hantar dan aku letak sebelah dia dan aku ada cakap minta maaf.Tapi dia sket pun tak paling muka tengok aku.Dia buat macam tu depan anak dia.Aku rasa cam nak nangis gak lah kan tapi biarlah.Lepas tu dia pergi kat akak kedai tu tanya mana kuah nak makan ngan roti.So akak kedai tu tanyalah aku,aku cakap ada kat situ lah skali ngan roti.Masa tu dia langsung tak nak tengok muka aku.Dalam dia senyum-senyum kat akak kedai tu dan bila aku cakap dia terus masam muka dan berpaling.Ya Allah,dalam hati aku rasa cam nak jerit je kat pompuan tu.Bodoh tul la awak ni...(Boleh gitu).
Aku rasa cam nak hangin satu badan gak lah kan bila dia wat muka camtu.Lepas tu dia terus blah camtu je tanpa bayar duit roti tu.Aku tanya ngan kak kedai tu pun,akak tu kata tak ada bayar pun.So,aku pun halalkanlah sebab yang makan tu anak dia.Kalau dia yang makan,sampai sudah aku tak nak halalkan.
Jadi kesimpulannya,janganlah kita tau nak main serbu orang je bila apa yang kita order tu tak datang.Tengoklah dulu keadaannya,kalau orang ramai sangat dan yang buat kerja cuma dua orang,tolonglah paham.Tapi kalau orang langsung tak dak tapi nak kena tunggu sampai kat ngan stgh jam gak,haaa...yang tu tolonglah pi sound tokey kedai tu ok.
Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts
Sunday, April 12, 2009
Thursday, April 9, 2009
Confession
Confession atau dalam bahasa Melayu nya ialah Pengakuan. Basically pengakuan ini berlaku bila mana kita nak mengaku sesuatu yang pernah kita buat dulu.Tak kiralah perbuatan tu salah ke betul ke tapi bila perkara itu menjadi rahsia peribadi dan tiba-tiba kita nak bagi tahu orang atas sebab-sebab kita nak defend diri kita dari dianiayai oleh orang lain maka itu adalah satu perbuatan yang dipanggil pengakuan.
Dalam hidup kita hari-hari mesti ada banyak rahsia yang dimana kita takleh nak kongsi ngan ramai orang kan.Apakah pengakuan paling berani yang pernah korang buat???Me personally ada banyak rahsia dan ada sesetengahnya I dont think I can share with other people except my husband. Sebab for me as husband and wife tak yah lah kita nak selindung apa-apa pun.Biar dia tahu dari mulut kita daripada dia tahu dari mulut orang.
Korang mesti heran apa hal lah minah ni melalut tak tentu pasal kan.Actually inilah pengakuan yang aku nak buat hari ni dimana aku betul-betul tak der idea nak tulis ni.Tak der bahan nak tuliss lah.Takkan nak biar blog aku ni mati kan so aku reka jer lah apa-apa pun buat tatapan korang semua.Boleh ke gitu???Jangan Marah eak.Ni kira satu pengakuan yang jujur tau.

Wednesday, February 18, 2009
Seksa dah lepas
Hampir 2 minggu aku memang busy tahap cipan.Hari-hari ulang alik Nilai - Subang.Nak baca blog tak sempat dan apatah lagi nak mengupdate blog.Yang 2-3 entry terbaru hari tu aku letak pun sebab aku dah ditahap tensen yang tak dapat nak diungkap dengan kata-kata.Rasa macam kepenatan ni nak cover ngan tido seharian pun tak cukup.Makanya hari Isnin lepas aku ponteng keje dan semalam aku ambik cuti(Tapi borang cuti lom isi).Hari ni dengan semangatnya aku sampai opis kul 7.45 pagi.Sampai je niat di hati nak tengok blog tapi pc lak internet down.Sekarang ni je baru leh pakai balik.So apa lagi kan,inilah kesempatannya untuk aku update sebelum aku nak wat keje lain-lain lagi.Nanti yer aku update banyak-banyak sebab now ada keje sket yang nak dibuat.Tunggguuu yerr.....
Subscribe to:
Posts (Atom)