Showing posts with label my journal. Show all posts
Showing posts with label my journal. Show all posts

Thursday, March 12, 2009

Mana lagi penting???

Hari ni aku nak cerita pasal satu benda.Actually it really happened cuma aku tak naklah citer details sangat sebab its very confidential.I just cant imagine how's professional and Honest nyer this person hinggakan sanggup tolak satu tawaran yang agak lumayan lah income nyer.Jawapannya senang je,which is if they involve in this case,it will againts their code of ethics and it would also compromise their reputation as a ##%5#@@*** Agency.

Aku sedih dengan sesetengah pihak sanggup wat apa saja demi duit dan nak nama cepat naik but at the end, maruah tercalar.Prides is everything,once maruah tercalar maka segala-galanya hancur.Tak kiralah selama ni kau bagus ke atau terbaik ke,tapi bila maruah tercalar,semua tu dah tak bermakna apa-apa.

Moral of the story,nak buat apa menipu.Buat lah kerja dengan jujur sejujurnya kerana tak rugi mana pun kalau buat kerja jujur ni.Mungkin akan lambat terkenal atau lambat naik tapi sekurang-kurangnya bila dah berada diatas dengan titik peluh sendiri dan tanpa penipuan,maka kita boleh berada diatas dalam tempoh yang agak lama.Tapi jika dilakukan tanpa kejujuran,sekejap je kita akan rasa keseronokkanya dan yang lebih memalukan,maruah akan tercalar dan bila mula tercalar,tak senang untuk pulihkannya kembali.

Monday, October 20, 2008

A chaotic day

Hari ni aku betul-betul kalam kabut.Dari pagi tadi lagi,aku ntah apa-apa je.Hari ni kat ngan 5 kali aku betulkan tudung,asyik tak jadi je.Pastu pulak dah kluar umah sekerat jalan,tertinggal barang yang penting so nak tak nak,kenalah patah balik.Dah lah aku memang dah lambat hari ni.Janji ngan member opis lagi,kalam kabut betul aku.Nak tau masa aku naik parking nak park keter kat KLIA ni,tiba-tiba je kad parking aku leh melayang keluar dari keter sebab aku lupa nak tutup tingkap keter balik pas masuk parking.Nak berhenti terus tak boleh sebab masa tu aku tengah naik ramp.Kenalah jugak aku parking keter dulu pastuh baru gi cari pas parking tu.Aku dah lambat giler waktu tu,member dah tunggu kat stesen bas dah.Kebetulan lepas je aku park keter adalah staff yang jaga parking ni lalu naik motor,so dengan tak ingat malu dah aku pun mintaklah tolong dia ambilkan pas parking tu.Dia terpaksa pusing dua kali sebab nak ambik je ada keter nak naik,sian dia.Apa-apa pun takat tu je lah yang aku jadi kalam kabut dan lepas tu semuanya berjalan lancar seperti sedia kala.