Huh, beriya je aku nak update pasal pregnancy aku ni every week kan, mmg hampeh lah hotmama ni. Letih lah sejak pregnant ni, bukan sahaja blog...Fb pun aku dah tak berapa aktif. Kalau online pun setakat tengok update dari kawan-kawan je. Okaylah nak citer pasal pengalaman selama 14 minggu dah ni mengandung. Dah macam-macam aku tempuhi, suka ada duka pun ada. Tapi semua tu kan lumrah kehidupan.
Tapi pengalaman yang paling aku takleh lupakan masa minggu ke 12 kalau tak silap. Aku ada bleeding sket, panik tu tak tahu nak cakap lah. Pagi nyer tu aku pergi ke Klinik biasa untuk check dan doktor tu bleh cakap ni dah tanda-tanda nak gugur ni. Huh tak dapat aku bayangkan perasaan aku masa tu. Aku tak rasa doktor tu patut cakap macam tu tau, sepatutnya dia kena cakap benda-benda positif bagi patient rasa tak nervous kan. But its okay, dia bagi aku rest sehari tu. Balik je umah, aku relax ni...tido dan baring je atas katil. Lepas Maghrib tu aku tengok still ada bleeding nyer tapi tak banyaklah sket je but for me aku dah takut sesangat. Im decided untuk terus pegi hospital. Sebelum pergi hospital tu masa solat Maghrib, last sujud tu aku sujud minta tolong dengan Allah supaya selamatkanlah semuanya. Menangis2 aku masa mohon doa tu. Aku rasa semua orang akan rasa macam yang aku rasa jika ditempat aku. 4 tahun aku menuggu dan tak sanggup untuk aku kehilangannya.
Sampai kat emergency tu, kejap je aku dah dipanggil. Dia check darah dulu semua dan tak semena2 darah aku naik tinggi sangat. Tak pernah darah aku tinggi sebelum ni tapi maybe sebab aku stress dan rasa takut yang amat sangat kot. Terus nurse ambik kerusi roda dan tolak aku ke wad emergency. Dia suh aku baring kejap dan relaks kejap, dan mereka minta supaya aku bertenang. Lepas tu doktor pun datang dan buat pemeriksaan selanjutnya. Dia scan untuk tengok baby balik dan Alhamdulillah denyutan jantung dia masih ada. aku bersyukur sangat2 masa tu, dan dalam masa yang sama banyak lagi la yang diaorang buat untuk pastikan betul-betul everything's okay.
Dalam masa yang sama diaorang masih perhatikan tekanan darah aku dan Alhamdulillah tekanan darah akhirnya normal sebab kalau tak mahu aku kena tahan wad malam tu. Tapi esoknya aku direfer ke pakar dan Alhamdulillah semuanya okay. Doktor bagi aku ubat untuk kuatkan balik rahim aku dan juga MC selama 3 hari. Dia siap pesan tu, saya bagi MC ni jangan lak pi jalan2 kat shopping kompleks. hampeh tul tau doktor ni cam tahu2 je. Hehehe.... Actually since aku tahu yang aku ni pregnant, tak pernah aku gi jalan mana2 kecuali gi keje balik keje. Aku betul-betul jaga kandungan ini.
Jadi sekarang sudah pun 14 minggu dan dah nak masuk 15 minggu ahad ni. Perut tu dah nak nampk dah. Kelakarnya hubby cakap mama ni dah jalan mengenkang.Cess...sabar je lah. Aku rasa cam dah berat sangat perut ni tau. Ni baru nak masuk 4 bulan blom cukup bulan lagi tu. Lately ni aku kurang makan dan berat turun banyak jugaklah. Nurse ada gak tanya nape turun berat semua dan aku cakap tak lalu makan nurse. Nasi campur biasa even aku masak sendiri pun aku tak lalu. Yang aku bleh makan kalau nasi, nasi kandar je. Memang keturunan anak mami betul..hehehehe.
Perut ni memanjang lapar tapi tak tahu nak makan apa. Especially tengah2 malam, lapar tak tahu nak cakap. I just spare biscuit dan milo je kat umah. Lapar sangat ngap tu je la. Susu memang takleh minum tapi air soya okay. Tengah dok naip ni tiba-tiba nak makan tau fu fa pulak. Nasib baik ada pasar malam kat umah hari ni. okaylah, takat ni je la kot yang nak diciterkan pasal my latest update ni kan. Nanti citer lagi yer....
6 comments:
be xtra careful yer su..
hati2 buat keje tuh jugak
InsyaAllah kak ina
take care su..:)
tahniah su.....tumpang happy ;)
take care tauuu
hamil mmg memenatkan
Enjoy ur pregnancy ;-)
Post a Comment