Monday, April 18, 2011

Hasad dengki

Hari ni teman nak kabo sket, kisah ni berlaku malam minggu lepas ler masa teman ikut hubby pergi niaga. Alhamdulillah, walaupun penat tapi best sangat sebab habis makanan yang dijual.Rezeki Allah nak bagi kan. Ada sorang uncle ni, dia Chinese dan kalau teman (Iskkk, apa hal dok teman2 ni, kome orang penang lah)....aku tak silap umo dia dekat2 60an la kot. Dia ni customer tetap kami, tiap2 hari mai kalau makan mesti order 3 kepin untuk dia sorang. Tapi malam tu memang cipta sejarah...dia order sampai 5 keping. Aku ingat dia main2, rupanya betoi. Badan kecik je....ni kalau dia pi cek kolestrol confirm tinggi punya. Memang best lah tengok macam2 kerenah orang ni kan.

Tapi satu benda ni memang dah lama nak citer tapi tak jugak citer kan. Meh nak citer......macam ni, adat berniaga lah kan, orang berdengki tu wajib akan ada. Dengki sampai sihir2 pun ada jugak. Asalnya yang niaga dengan aku 3 kedai la...tapi sekarang satu kedai dah tutup kot. Jadi tinggal 2 kedai je lagi, aku dan sorang lagi ni...dia jual nasi campur. Abang yang berhenti ni, sebelum dia berhenti, mmg dia sakit...gi berubat dan sampai dia muntah keluar jarum. Wife dia cakap bila nak datang niaga je mulalah husband dia sakit2 badan, jadi malas dan lepas tu depa sampai bergaduh2.

Jadi, untuk elak benda tak sepatutnya jadi sebab tu depa stop sekejap atau stop terus tu aku kurang pasti. Kami ni pulak, memang ada sekali tu kami cuti sampai seminggu. Jadi malassss sangat2, dan yang obvious bila bang nuor gi niaga ngan anak menakan dia, tengah niaga depa tiba2 sakit kepala sangat2. Hari tu pernah sekali kuah yang baru aku masak malam tu dalam kul 9 malam, sampai kat kedai dalam kul 12 tgh malam...basi...Tapi nasib baik customer kami jenis paham, depa makan jugak roti walau tak dak kuah.

Lama2 tu, dah asyik cuti je kan, aku tahu ada benda tak kena dan customer kami sendiri mai bagi tau yang kedai kat depan tu selalu dok ambik gambaq kami dari jauh. Kedai depan tu kantin....tapi customer kami dah boring makan situ sebab depa kata tak sedap dan mahal. Jadi semua orang mai kat kami jadi dengkilah tauke depan tu. Actually kami tak tahu tujuan apa dia dok ambik gambaq tapi customer dok citer kat kami sapa2 yang niaga kat dalam ni selalu tak kekal lama sebab benda2 ni lah. Sakit lah...malas lah, last2 tutup kedai.

Aku cakap ngan bang Nuor, kita tawakal pada Allah. Rezeki kita Dia yang tentukan dan bukan depa tu. Kalau kita sakit dan ada perasaan malas ke apa, istighfar banyak2. Alhamdulillah, bang nuor boleh tahan cuma setiap 3 hari niaga, dia akan cuti sehari sebab dia letih sangat dan aku tak nak paksa dia. At least okay dari kami cuti seminggu dulu kan. Lepas tu Bang Nuor geramm, satu hari bang nuor bawa camera dan pergi tangkap gambaq depa balik...terkejut depa.hahahhahaha

Tapi nak dijadikan citer, malam minggu lepas ada orang kantin depan tu datang makan kat kami. Okay fine, kami tak syak apa2 lagi. Dia order cam biasa, roti telur dan kopi -0. Masa tu tak berapa ramai orang. Aku dok lah melepak ngan bang nuor dan anak menakan aku ni. Lepas tu aku buka lagu kat handset, lagu rancak lah. Lepas lagu tu kluar lagu Nasyid nama2 Allah. Lepas tu, mamat ni tadi tiba2 jadi gelisah dan dia buka lagu kat handphone dia jugak, lagu rock lah. Aku ngan bang nuor tengok je sesama sendiri then bang nuor geleng kepala. Aku dah rasa cam ada benda tak kena ni. Then, dah habis nasyid tu aku tutup dulu radio dan dia still buka lagu kat handset dia. Aku dah panas hati ni, aku buka zikir yang kat dalam handset aku tu...zikir tu panjang dekat dengan 30 minit. Lepas tu ada orang mai dok ngan dia, dok sembang2 lah...masa tu aku tengok mata dia masyaAllah, merah menyala. Then masa bang nuor dok tebar roti, dia dok tengok je bang nuor tau. Lepas tu dia nak bayar, dia bagi duti 50 ringgit. harga makan 5 ringgit lebih je sebab dia bayar ngan orang yg dok makan ngan dia.

Aku cakap tak yah sebab tadi dah ada orang bayar kan. Okay fine, dok lamaaa sket...dia order lagi roti tapi bungkus 4 keping. Masa tu aku dah syak something..aku pesan ngan bang nuor dan anak buah aku...kalau dia nak bayar satni guna duit 50 dia tu jugak...jangan ambik, kata je kita tak dak duit tukar. Sebab apa tau, kenapa dia order lagi sedangkan dia makan pun tak habis...kopi-0 yang dia order pun minum tak habis sedangkan mata merah menyala macam mengantuk. Nak kata tak sedap, orang lain semua minum ok je..licin.

Last2 masa nak bayar tu, dia mmg nak bagi duit 50 dia, so bang nuor kata tak palah..bayar lain kali..harga makan dia tu cuma rm3.20 jadi kami tak dak tukar duit kecik. Dia cam tak puas hati tau. Muka dia memberi gambaran segala2nya...cewahh, pandai je aku. Aku cakap ngan bang nuor, esok kalau dia nak mai bayaq pun...jangan ambik duit dia. Bukan nak pikir buakn2, tapi benda dah nyata.

Kesimpulan yang boleh dibuat kat sini adalah, orang kita ni suka sangattt lah berdengki....Okay sekian.

3 comments:

hamba allah said...

saudari....
cubalah tanya ustaz tentang cara untuk mngelakkan dari disihir. ada ayat suci al quran untuk kita mngelakkannya, kalau tak salah surah alfurqan ayat 23. tapi sila tanya yang arif untuk kepastian.Mulakan dengan alfatihah dan ayat kursi. insya' allah

Hotmama said...

Salam;
terima kasih atas info yang diberikan. Memang yer ada surah dan bacaan yang boleh kita amalkan untuk mengelakkan sihir. Al-Fatihah sendiri adalah salah satu pengubatnya. 2 ayat pertama jika diamalkan sebanyak 21 kali sebelum tido, insyaAllah dapat hindarkan kita kita dari diganggu Syaitan dan Iblis. Nanti saya akan sharekan beberapa doa yang diberikan kepada saya untuk dikongsi kita bersama.

Looking for a Car? said...

great post. penat baca. haha