Thursday, July 2, 2009

Kalau jadi kat korang camner????

Aku nak citer sket pasal pengalaman yang tak leh aku lupakan sampai sekarang.Alkisah camni,kejadian ni berlaku lebih kurang 4 tahun yang lepas lah.Masa tu aku keje ngan Synovate lagi kat Penang. Tapi boleh dikatakan 2 minggu skali aku akan turun KL untuk attend briefing bagi apa2 new project.Normally aku akan drive ke Ipoh dan dari Ipoh,aku akan ke KL dengan area manager aku.

Mula2 dulu,aku akan ke Ipoh dengan ditemani hubby aku(tapi masa tu boyfreind lagi lah).
Kitaorang kalau briefing kat KL,akan balik hari.So,kalau area manager aku tu tak ke KL,aku kena direct ke KL sendiri samada by keter or by flight.Sebabkan kalau naik flight kena guna duit sendiri dulu,so better aku naik keter.

Tapi masa hari kejadian,aku naik keter ke Ipoh dan masa tu aku tak bagi husband aku ni ikut.Iyerlah aku sian kat dia,hantar aku kat Ipoh pastuh dia nak kena lak lepak sampai malam tunggu aku balik dari KL.Jadi aku pun cakap tak yahlah ikut,biar aku belajar berdikari sebab takkan selalu nak ikut,habis dia tak yah keje??

Jadi,aku pun dilepaskan dengan rasa berat hati,jadi lepas dah habis briefing semua,balik ke Ipoh dan aku pun bertolak lah nak balik ke Penang.Masa tu dalam pukul 9 atau 10 malam kalau tak silap.Masa aku tengah drive sorang2 yang dalam gelap tu,tiba2 lampu keter aku terpadam semua.Gelap gelitalah jalan,dahlah tengah2 highway yang dikelilingi ngan hutan.Aku berhenti bagi lampu emergency,dan call husband.Dia ajar aku sket2 lah nak wat camner.Bayangkan tengah gelap ni,tawakal jerlah.

Pastuh okay,aku pun bawa dan berhenti kat Sungai Perak,nak cari top up hp sebab kedit dah hampir nak abis.Hampeh,tak der satu kedai pun jual top up.Husband aku cakap insyaAllah,okay tu.Jadi dengan confidentnya,aku pun drive lah slow2 keluar dari Sg.Perak.Lebih kurang 20km dr sungai Perak,dia wat balik.bayangkanlah masa tu tengah hujan,dengan gelap,tengah hutan,aku call husband aku dan nangis2.Dia pun cam gabra gaklah kot,tapi dia wat cool je.Lepas tuh dia kata nak mai kat aku.Masa tu aku kat Taiping,dia kat Butterworth.Dahlah dia naik motor dan hujan lak.

Aku berhenti kat tepi highway dan nangis tak stop lagi ni,adalah keter peronda lalu dan berhenti tanya aku naper?AKu pun Alhamdulillah sebab ada penyelamat gaklah waktu tu.Dia pun tolong aku buat apa yang patut dan akhirnya menyalalah balik lampu tu cam biasa.Alhamdulillah aku pun apa lagi,blahlah terus selepas mengucapkan terima kasih kat abang2 peronda tu.

Masa aku sampai dah kat tol Juru,husband aku call tanya camner,dan dia masa tu dia dah otw dan dah sampai Simpang Empat Tasik.Aku nak bagi tau dia,aku dah habis kedit nak call.AKu cakap aku dah kat Juru dan dia suh aku berhenti kat hentian juru dan dia patah balik.Masa dia sampai tu,YaAllah...sian tul tengok dia,dahlah basah kuyup,kecut habis tangan dia.Masa tu,aku dapat rasakan betapa sayangnyer dia kat aku...hihihihi(ayat poyo).

Uishh panjang siot aku citer,harap korang tak bosan eak baca.Maaf kalau ada salah grammar ke apa ke,sebab mls nak check balik.Keje banyak ni,tapi sebab nak update gak blog ni,maka inilah yang boleh aku letak.Harap korang bacalah dengan penuh perasaan yer.

8 comments:

Fariena said...

Ya Allah Sue, beraninyer la...sorang² tgh malam, gelap n hujan...kalau akak mampus dah keriau bagai nak rak time tuh...

Hotmama said...

kak ina;
ermmm..tuhan je yg tau masa tu

Sall said...

Hai Sue, ni memang pengalaman mengerikan la... Sall pun belum tau berani kalau camni.

Sayang betul Nuar kat ko... semoga korang akan kekal bahgia sampai hujung nyawa. INsyaAllah.

hazlin said...

hotmama,
kalau akak sanggup naik bas daripada drive.
respect kat u.

your hubby memang sayang kat u... itu maknanya cinta sejati..

u kena sayang dia lebih..

Muhammad said...

An Invitation -
Yoyooh.com Blogger Awards Night

Salam
Anda telah dijemput ke Majlis yoyoo.com Awards Night .

Utk makluman lanjut sila ke

yoyooh.com.


Terima Kasih

Anuor said...

SAPA TAK SAYANG BINI HOI....tak dpt bayang kan masa tu aku cammaner....dah ler jauh....nasib ada RXZ aku tu...

Anuor said...

http://www.fini18102008fuad.blogspot.com/

Y u Z z 9071 said...

dugaan tu....takutttt

tapi pergorbanan itukan tanda kasih sayang