Monday, May 11, 2009

Rindunyer nak berblogging

Perghh,lama tul aku tak berblog ni.Last week kan aku update kata nak update soon kan,Last2,hari Jumaat tu aku demam balik.Kali ni paling teruk dan tak pernah aku demam seteruk tu.Aku start demam balik hari Khamis petang tu lepas balik dari PJ.Mungkin masa balik tu,cuaca panas teramat2 kan,jadi effect la kat diri aku ni.Lepas tu,hubby cakap pergi klinik lain lak sebab dah ke klinik yang sama dua kali tapi tak jadi apa-apa,makin teruk aderlah.Jadi aku pun ikut jerlah cakap dia,pergilah ke klinik kat area Bandar Baru Nilai.

Masa sampai tu dalam kul 6.10 petang macam tu.Sib baik orang tak ada,jadi takderlah nak tunggu lama-lama kan.Aku masuk dulu sbb hubby gi park keter.Bila aku masuk je,dia leh cakap..."Kak,leh tak mai balik kul 7.30pm nanti?", aku cakap lah ngan dia,tolonglah dik,akak ni dah setengah nak pengsan ni,setakat sorang takkan takleh.Yerlah,waktu tu kalau korang tengok muka aku memang org dah tahu betapa teruknyer demam aku.Dengan Menggeletarnya,takkan yang tu dia tak nampak kan.Pastuh,kawan dia sorang ni cakap,oklah ambik jerlah pastuh minah yang sekor ni macam dah nak membebal lah kan.Dia duduk pastuh cam hempas2 dia nyer mouse kat pc dia tu.Pastuh dia cam membebel kat kawan dia sebab dia dah nak balik dulu.Aku apa lagi,hangin satu badan lah.Aku ambik balik buku rawatan aku tu pastuh aku terus sound,Takyahlah kalau camni,wat keje nak membebel baik tak payah.Jadi aku apa lagi,blahlah kluar.Husband aku terpinga2 tengok bini dia yg tengah sakit kuat leh lak marah-marah.Hihihihi...

Dia ajak aku masuk balik,dan dia yang uruskan semua.Aku menyampah tengok muka pompuan tu.So,lepas jumpa doktor semua,dan lepas ambik ubat,kitaorg pun balik jer lah kan.Nak tahu naper aku bengang sangat2???Dah kalau nak tutup,sign kat depan clinic tu tukarlah kepada "Close".Kalau dia tukar,aku pun tak marah,ini dak..Dok biar tulis "Open".Jadi itulah nak citer sket apa yang berlaku minggu lepas.Ada banyak lagi entry nanti ni nak citer....Tunggu eak.

1 comment:

Y u Z z 9071 said...

dorang ni buat kerja x ikhlas kadang2..


patut pun kena