Monday, December 8, 2008

Gulai Daging & Rendang Udang

Ingatkan mula-mula dah tak nak masak apa-apa,tapi cam sian je ngan hubby,yerlah dahlah first time raya berdua je ngan bini,alih-alih bini tak buat apa-apa,mesti tak patut kan.Jadi,aku pun dok pikir-pikir apa yer nak masak.Maka datanglah idea untuk nak buat Gulai daging ngan rendang udang.FYI,ini lah kali pertama aku masak dua-dua menu sebab selama ni asyik mak je yang masak bila raya.Tapi sekarang bila dah jadi bini orang ni,kenalah belajar-belajar sendiri semua tu.Actually gulai daging ni lebih kurang je cam kari ayam cuma kena tambah kerisik.Barulah sedapppp...Ha ni lah rupanya Gulai daging aku. Aku buat yang paling simple.I just blend rempah dia,campur ngan bawang besar,dua biji tomato dan juga kerisik.Lepas je tumis bawang ngan halia dan perkakas daging yang ditumbuk tu,aku masukkan je lah semua yang di blend tu.Lepas tu masukkan daging,lebih kurang 40 minit kemudian aku masukkan kentang dan akhirnya santan.
Sambil-sambil nak tunggu gulai aku masak,aku pun buatlah rendang udang.Macam masak rendang biasa,cuma kali ni letak udang.Cuma aku tak suka daun kunyit maka aku tak buh daun kunyit dan aku cuma letak daun limau purut untuk bagi wangi.

Kedua-duanya dimakan bersama ngan nasi impit.Aku nak makan ngan ketupat pulut tapi aku tak berani makan sebab lelah blom okay and hubby pun tak ndak.Kalau boleh buat roti jala makan ngan gulai tu kan best tapi itulah....ermmm,dah malam baru teringat dan tempat nak jalanya enggak ada.So,makan jelah ngan nasi impit tu.Yang paling bangganya adalah bila hubby bagi 5 bintang kat masakkan aku hari ni.Thank You papa..I love you...

3 comments:

Sall said...

Waaa... macam best je gulai daging tu.. :).

Men said...

...kalu dah kaki makan .. mmg la best ... hhmmm masak la apa pun ... mesti bedal abis nyerr ...

Hotmama said...

ala..kata org lebih,tang dia tu kaki mkn tak ckp...sorok2 konon.