Okaylah aku nak story sket kat sini pasal kisah yang selalu berlaku kat Airport ni.My job kan memerlukan aku untuk berinteraksi ngan passengers yang guna KLIA ni.Ini adalah salah satu cara untuk KLIA memperbaiki apa-apa juga kelemahan dia supaya dia akan kekal sebagai Airport terbaik di dunia.Okaylah,so far banyak feedback yang aku dapat dan banyak lah jugak perubahan yang dilakukan dari masa ke semasa.Target passenger tak kira dari mana-mana negara sekali pun.Malaysian pun kami pilih jugak sebab yerlah,kita nak juga dengar pendapat orang Malaysia sendiri kan.Dari feedback yang kami dapat,Non-Malaysian tak banyak sangat complaint dan overall mereka amat berpuas hati dengan apa yang Airport kita ada.Tetapi macam negara jiran kita,mestilah bagi mereka their Airport is the best.Ermm...biasalah,tak kisahlah itu kan pendapat masing-masing.Tapi yang aku sedih sangat bila dengar orang Malaysia bagi feedback,punyalah tak munasabah.Bagi aku seolah-olah orang Malaysia ni macam manja sangat.
Last week,ada satu mamat ni complaint,naper susah sangat nak dapat parking yang dekat ngan pintu nak ke terminal?Hey come on Bro,nama pun International Airport dan laluan keluar masuk Negara,Of courselah sibuk dan ramai orang.Takkan nak satu parking khas untuk kau semata-mata?ataupun kalau dah manja sangat,bawa je keter tu sampai kat runaway dah tu,turun keter terus naik kapal.Kan senang camtu.
Lagi comment yang aku dapat,Ni dari Malaysian la jugak.Dia complaint parking rate kat KLIA mahal.Now aku nak korang cuba compare KLIA ngan other places kat KL ni contoh macam KLCC lah paling senang.Baper sejam kat KLCC?Kat Bintang Walk?Kat KLIA ni cuma RM3.50 sejam tau.Tu dah kira normal kalau nak dibandingkan ngan Changi ataupun other airport cam kat Zurich.
Another comment,orang kita selalu complaint pasal sekuriti kat KLIA ni ketat sangat.Hello,kalau tak ketat,kang ada orang bom Airport ni camner?Kalau jadi camtu,MAB juga yang salah.Kalau korang nak tahu,Europe country punya security lagilah ketat.Masa aku gi Zurich,bukan takat kasut kena buka,aku nyer blazer pun kena buka tau.Nasib baik kat dalam aku pakai baju lengan panjang juga,cuba kalau pakai baju yang takder lengan,camner???Kat sana tak ada pulak orang kita nak ngomel.Semua negara luar buat semua bagus.Bila Malaysia buat,semua tak bagus.
Aku akui ada juga complaint yang masuk akal dan kami pihak MAB,akan ambik perhatian.Banyak sangat perubahan yang dilakukan kat KLIA ni yang kadang-kadang orang tak perasan.Apa yang depa tahu,nak complaint je.Kekadang mesin ATM yang berlambak kat KLIA ni pun dikatakan tak cukup jugak.Tak tahulah nak kata apa lagi.Adakah ini menunjukkan orang Malaysia ni manja atau pun mengada-ngada???
8 comments:
ketat ke security... aku rasa kat changi lagi ketat....since dah terbiasa keketatan kat sana aku rasa sini biasa je la... mamat ni kena travel lebih jauh la...
kalau zurich tak tau tak pernah samapai lagi.insya'allah nanti kalau pi jepun and holand lagi aku citer keketattan dia
Cuma orang yang biasa travel jauh je yang akan tahu.Memang kat KLIA ada dua security check point.Ini sebab satu untuk airport security dan lagi satu Airlines security.Lagi ketat security,lagilah bagus yang sebenarnyer.
Orang Malaysia ni tak reti bersyukur tau dak, tak faham tul la, kang kena bom ngan die2 sekali baru tau.. hehehhe...
So far yang tempat yang Sall dah gi, Heathrow ketat jugak la.. lagi la sebab busy giler airport die, punyala panjang kena beratur tau... dah la sorang2 masa tuh...
yess sall,mmg betul tu.Nak tahu,sebelum sampai Zurich,su transit kat Rome dulu,tapi kejap je.tapi beratur nak lalu security dia kat ngan 15 minute.Dah ler tu siap kena marah sebab kami ambik gambar.Hampir2 kena rampas lagi camera.Cuba kat mesia,ko nak posing camner pun tak kisah.Tu pun nak ngada-ngada lagi.
Yer la Sue, KLIA kira okay lagi la. Security ni penting untuk keselamatan jugak. Macam kay Auckland, BioSecurity is the most fussy nyer checking. Makanan dia check satu2..penat tunggu. Sementara berbaris tu..ada la officer yg bawak anjing lalu check beg..isk isk isk. Kalau bawak makanan based daging alamatnya masuk tong sampah la. It's rules...so terima jer la.
tu ler,kalau kat luar depa timer je apa2 pun yg kena tapi kalau kat mesia,kira nak complaint je.Tapi nak wat camner dah passenger kan.Kena la layan jugak.
memang ATM kat KLIA tu..melambak..duit je tak melambak mcm kat dalam ATM tu..kekekkekeke
ha'ah betul tu kak Y,saje je diaorg salahkan airport tak cukup ATM
Post a Comment