Tuesday, November 4, 2008

Kenapa tak cukup dengan satu?

Aku pasti korang semua dah tahu kisah pasal Norman Hakim ngan Abby kan.Kat sini aku bukanlah nak ambik tahu hal umah tangga orang especially artist cam diaorang.Aku bukan nak busy body benda-benda macam ni.Tetapi aku kesian dengan Abby sebab aku sebagai perempuan,paham benar hati seorang perempuan.Dia dah bagi peluang kat husband dia dulu tapi husband dia buat balik.Dah lah dia dalam keadaan yang berpantang anak ke-tiga.Tak der perasaan ke kaum lelaki ni?Sakit isteri yang baru melahirkan anak belum pun habis,ini ditambah pulak dengan sakit hati yang teramat sangat.Perempuan dalam berpantang ni kalau jiwa dia kacau boleh buatkan perempuan tu gila "Meroyan".Aku taklah kata semua lelaki sama,ada segelintirnyer je.Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci.Perkahwinan juga adalah satu perjanjian antara lelaki dan perempuan dalam menempuhi kehidupan ini bersama-sama.Tak kiralah dalam keadaan apa jua sekali pun.Kita harus terima kelemahan pasangan kita sebab kita dah pilih dia sebagai teman hidup kita sampai mati.Jangan la pulak bila isteri dah beranak dua,tiga orang.Longgar sana sini,mulalah nak cari lain yang lebih bergetah.Kaum Isteri bukan tak sedaya upaya nak jaga badan tetapi kekadang paham-pahamlah kalau benda yang dah rosak kalau dibaiki macam mana sekali pun takkan boleh perfect balik macam asal.Mesti ada cacat dia sikit-sikit.Kaum wanita jadi macam ni pun sebab nak bahagiakan lelaki,nak bagi mereka zuriat dan keturunan.Takkan lah kaum lelaki tak boleh sedikit pun hargai kaum wanita yang dah banyak berkorban untuk mereka???

13 comments:

Eina said...

emosionalnyer sue...tp mmg betui pun. Laki nie ibarat kacang lupakan kulit ke aper kan?

SueCute said...

Fuyoo kawan emotionalnya nko mek!
Whatever it is aku mmg sokong nko 100% Su! Hidup wanita!(Eh aku plak yang emotional! ahak!)

Sall said...

Dasat kawan2 aku ni hehehehe... sian kat Abby kan.. mcm tak caya lak NH nak buat camtu lagik.. die kena tangkap basah ye?

yatie said...

hehehe..tu la Su..sebenarnye tak faham apa la lelaki ni nak dalam kehidupan dia..

yatie, sawanila.com said...

dia mmg nak kena belasah...laki kalau cam tu mmg nak kena...
dah tu sapa suh masuk lubang rimau

Men said...

.. dahsat2.. nuarr .. apa pendapat ko .. line tak clear ker ???

Hotmama said...

ha,men...jgn lak jd camtu bila dah kawin.

Jaafar-Fezah-Izzati-(Izzah) said...

Sabor banyak2 yer Sue...:)

Nuar okay??

Hotmama said...

nuar okay.hihihi

Men said...

...nuarr . haah ..lupa ...best jugak klu kita bincang bab2 ni yerr.. bukanya aper nuarr sekadar ingin tahuuu

Hotmama said...

lagi satu su nak tmbh,laki kalau bab2 camni mesti akan gunakan agama sebagai bahan rujukkannya.tapi bab2 lain tak nak lak dia guna bab agama.Am I right?

Sall said...

Betul ko kata tu Sue.. kenkadang sembhyg pun tak cukup 5 waktu tapi kalau bab ni, pandai lak bagi alasan pasal agama...

Ermmmm.... biarla die jawab kat sana nanti yer..

Men... ko blum kawin, duk diam2.. satu pun belum lagik, dah gediks cakap pasal kawin 2,3. Hahahahha...

Men said...

oooo. sal ko soh aku duk diam2 ??..

sebenarnya wanita byk dari kaum lelaki klu ikut populasi .. statistik dimana sy dapat jgn tanya ekk.. cari lah sendiri ..
so .. + - _ X @ = boleh lah lelaki pasang lebih ... sbb nyerrr .. ko org pun dah tahu kan ...