Monday, November 3, 2008

Ciri-ciri bintang Scorpio

SCORPIO : YANG MANJA( 23 Oktober - 22 November )

Ciri Positif

Orang yang dilahirkan pada tarikh antara 23 Oktober hingga 22 November dikatakan bernaung di bawah zodiak Scorpio , yang berlambang Kala Jengking.Dengan yang demikian , Scorpio mempunyai daya penarik ,kreatif, ada keinginan yang kuat, punya stamina , daya seksual yang tinggi dan ada bakat menyembuh.


Ciri Negatif

Walau bagaimana pun , ada kalanya Scorpio mudah menaruh rasa cemburu , suka menuntut bela , suka ' membinasa diri ', melampau , fanatik ,tamak dan berdaya untuk menyerang.


Kualiti Astrologi

Scorpio termasuk dalam kategori tetap , iaitu mempunyai daya kestabilan, daya ketabahan , daya ketahanan dan daya kesempurnaan . Dengan kualiti ini , anda adalah baik untuk memastikan sesuatu projek itu berjalan dengan lancar atau dapat memperlihatkan hasilnya.


Scorpio Sepintas Lalu

Lambang : Kala Jengking

Kunci Kata : Kreatif

Kekuatan : Kuasa Menukar Kehidupan
Sepenuhnya

Perlu Perbaiki : Pengetahuan Wang dan Pemilikan

Cepat Mesra Dengan : Pisces

Perlu Belajar Daripada : Taurus

Untuk Keselamatan Berpaling

Kepada : Aquarius

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh : Leo

Perkara kerohanian Mudah

Dibantu Oleh : Cancer ; Libra

Warna : Ungu Merah

Warna Yang Membuahkan Cinta,

Asmara dan Harmoni : Hijau

Warna Yang Menampilkan

Kehebatan Diri : Biru

Batu Permata : Batu Darah ; Malakit;
Manikam
Kuning ( Topaz )

Logam : Besi ; Waja ; Radium

Bau - bauan : Kelapa ; Ceri ; Cendana
;
Tembikai

Hari Terbaik : Selasa


Gelagat Perhubungan

Di sebalik penampilan yang agak kasar ,Scorpio adalah seorang yang lemah .Anda suka disanjung dan takut pada kritikan. Anda sangat mengharapkan kejujuran kawan atau pasangan anda sehingga anda sampai menjadi seorang yang pengongkong dan mudah cemburu.Kalau anda disakiti , anda cepat melenting. Dalam hubungan ini ,kawanatau kekasih yang ideal bagi Scorpio adalah seseorang yang mempunyai daya kesabaran yang paling tinggi dan berupaya menawan kekasaran anda.Orang yang bernaung di bawah lambang Taurus ( 21 April - 20Mei) dan Cancer ( 21 Jun - 20 Julai) merupakan pendamping yang sesuai yang diperlukan oleh Scorpio. Sebaliknya, orang yang bernaung di bawah naungan Aries ( 21 Mac - 20 April ) dan Gemini ( 21 Mei - 20 Jun ) pula perlu dihindari oleh Scorpio.Taurus adalah pedamping yang diperlukan oleh Scorpio .Dengan kesabaran yang ditunjukkan oleh Taurus , Scorpio mampu melenyapkan
sikap kasarnya.Dengan sikap Taurus yang matang dan mantap akan menyebabkan sifat
Scorpio yang pencemburu itu akan mudah berasa damai ( tenang ). Berpasangan dengan Cancer pun akan menyenangkan Scorpio. Cancer biasanya seorang yang boleh dipercayai dan mantap . Dia mampu memberi perlindungan dan kedamaian yang diperlukan. Tambahan pula , Cancer
juga berpandangan konservatif seperti Scorpio.

Sebaliknya, Aries bukanlah pasangan yang idela bagi Scorpio . Aries cenderung memperkatakan sebarang perkara , sedangkan Scorpio takut dikritik. Demikian juga dengan hubungan Scorpio - Gemini . Sifat Gemini yang keanak - anakan tidak sesuai bagi Scorpio yang juga cenderung
bersifat demikian.


Perhubungan Seks

Scorpio sememangnya lambang zodiak yang seksi . Cubalah tanya pada orang yang pernah bercinta dengan Scorpio , tentulah dia setuju dengan hakikat itu . Scorpio laksana magnet dan orang lain akan mudah tertarik kepadanya. Sayang sekali , sesiapa yang bukan dari jenis yang setia ,jangan cuba - cuba mendekati Scorpio . Orang berlambang Scorpio sentiasa berhati - hati dan sekiranya dia mengetahui dirinya ditipu, tunggu sajalah sengatanya yang berbisa !

Orang kelahiran Scorpio mungkin seorang yang cemburu dan kadang - kala sukar untuk dijangka tindakannya. Namun , anda dapat mempastikan bahawa tiada sesiapa yang betul - betul menyintai anda sebagaimana yang dapat diberikan oleh Scorpio.Tetapi , apabila anda mendapat kepercayaan daripada Scorpio,sudah pasti anda akan dicintai sepenuhnya sehingga anda tidak memerlukan orang lain.


Kerjaya dan Kewangan

Scorpio ingin menjadi pemimpin . Namun , hasrat itu sentiasa dirahsiakan dan tidak dinyatakan secara umum , barangkali sebagaimana orang berlambang Leo . Cita - cita utama Scorpio dalam hidup ialah supaya diangkat oleh teman - teman atau masyarakat sebagai sumber kehidupan dan kebanggaan. Scorpio biasanya berjaya sebagai akauntan , peguam , pengurus atau ahli
bank.Dari segi kewangan pula , wang ringgit adalah kuasa bagi orang Scorpio. Wang akan menjadi penyebab kepada perubahan dan pengawalan .Dalam hubungan ini, jika tidak dikawal . orang Scorpio mudah menjadi manusia yang mengutamakan kebendaan dan dikuasai oleh tujuan
mendapatkan wang semata - mata !Dari segi lain , kerjaya kebanyakkan orang berlambang
Scorpio akan terlibat dalam bidang kewangan seperti akauntan atau pengurus bank. Tetapi , perlu berhati - hati supaya tidak berlaku penyalah - gunaan kuasa wang ! Walau bagaimana pun , biasanya Scorpio memperolehi wang dari usaha sendiri yang gigih.


Keluarga dan Rumah Tangga

Scorpio sememangnya inginkan keluarga dan rumah tangga yang harmoni .Namun , cara yang dilakukan untuk menimbulkan suasana tersebut kadang -kala dilakukan secara paksaan yang sudah tentunya menyinggung setiap ahli keluarga.Dalam hubungan ini , nampaknya Scorpio perlu membina sikap mengutamakan kehidupan berkeluarga dan rumah tangga . Scorpio
sepatutnya menimbulkan suasana melayan aktivit keluarga sebagai satu pasukan , yang mana setiap ahli keluarga perlu menyumbangkan peranan dan tugas yang sesuai.Ini adalah penting kerana sikap Scorpio yang rakus ,bersemangat dan sedia memberi penumpuan , jika tidak diimbangi dengan sikap bertolak ansur , boleh membawa kearah sikap ' kuku besi '. Dengan yang
demikian ,sewajarnya Scorpio mempelajari ilmu dan teknik penjagaan anak , rasa bertolak ansur dalam keluarga dan berusaha mengurus rumah tangga secara persefahaman .

6 comments:

Nurhayati said...

akulah scorpio itu... hihihi

Hotmama said...

ye ke?samalah kiter...hihihih.baper hb?

Anonymous said...

err, suka lagu scorpion jer..rock kapak

Hotmama said...

rock kapak yang menyengat.hihihi

Anonymous said...

Alamak Su, actually aku dah silap komen nie...aku nak komen entry nie pasal kita sama bintang..Scorpio...he! he! so komen aku kat entry nko bfr this erk!

Hotmama said...

su,eh ko bln 11 eak?leh celebrate sama2 kan