Monday, November 3, 2008

Kalaulah aku ni bos.

Kan best kalau diri sendiri jadi bos.Order je ngan orang bawah nak apa pun,mesti dapat.Kebanyakkan bos-bos ni,tak paham dan memang tak nak paham dengan kesusahan orang bawahan dia.Ikut suka hati je nak itu,nak yang ini dan yang paling aku benci kekadang benda yang dia nak tu,last minute baru nak cakap.Macam lipas kudung je kita ni kena buat kerja.Lagi satu pulak,kekadang bos ni,tak semua benda dia pandai tau.Kekadang kita lagi pandai dari dia tapi yang bencinya tu dia taknak terima kelemahan dia.Tak nak langsung dengar cakap kita.Tapi bila dah kena,pandai la pulak dia tunding jari kat kita.Nak suh buat justification la,itu lah,ini lah.Mungkin inilah sifat yang ada kat semua bos kot kan.Tetapi,aku tak nafikan yang ada jugak bos yang baik hati.Belanja staff dia makan lah,sembang macam kawan-kawan,tanya masalah staff dia.Betul dak?Kalau ada mana-mana Bos yang terbaca blog I ni,tolonglah paham hati dan perasaan pekerja dia.Tak semua orang perfect dan tak semua orang bodoh.Jadi,kekadang terimalah dan pertimbangkanlah pendapat your staff sebab itu akan buatkan your staff akan rasa seperti dihargai.Lagi satu,janganlah suka-suka hati nak maki-maki your staff depan orang ramai.Kalau dia buat salah sekali pun,panggil dia masuk bilik you dan cakap kat situ.Sekurang-kurangnyer,jagalah maruah dia sket.Kita manusia ni semua sama,cuma yang membezakan kita ni pangkat dan kedudukan kita masing-masing.Tapi disisi Allah,semuanya sama sahaja.

8 comments:

Eina said...

tu la sebabnyer ko x leh jadi boss Sue.Boss baik hati sgt pun susah gak. Kang kena pijak kepala.

Hotmama said...

hahahaha...su baik ke kak eina?hihihi

Sall said...

Yes.. u are.. tul tu Ina.. kalau minah ni jadi bos.. tak tau la..

Tapi kan, takut lak minah ni yang luper diri.. heheheh.. ko jgn marah Sue.. I gurau je tuh..

Hotmama said...

Ewah,bukan main yer korang.Ha,ingat su tak leh jadi bos ke?su akan jadi seorang bos yang tegas tetapi penyayang pada staff dia.Nak buat apa pun boleh,nak main game pun boleh.Nanti su join skali.Tapi yang penting,kerja kena siap lah yer.Kalau idak,semua kena denda balik lambat.

Y u Z z 9071 said...

betula laaaa....setuju..

kalo dpt boss yang pandai ambik hati takpe jugak

Hotmama said...

ermm...betul.ni tak,boss cam hampeh.dpt bos sekepala mmg bos.dia cover kita,kita cover dia.Macam i nyer bos.Sebab tu selalu lewat 2 jam tu.hihihihi...tp xler selalu

Men said...

...ooo...lingkup... klu boss satu kepala .. boss mesti garang mcm nak makan orang .. baru yg len kecut perut ..

SueCute said...

Su jangan lupa aku pun of them....Scorpio...my coming birthday on 21/11 nie...ahak!
tapi abg aku March okey je...ramai
yang kata matching je...so nko punya tilikan nie tepat 87% dalam hidup aku ahak!...