Wednesday, November 19, 2008

Keluar tengok bulan,balik pun tengok bulan.....

Hari ni,pukul 4.30 pagi lagi aku dah bangun.Me and hubby kena sampai airport sebelum pukul 6 pagi.Bercinta siot nak bangun pagi tadi.Udah ler pukul 1 baru tido.Terpaksa buat macam ni selama seminggu start dari hari ni.Balik pulak,kul 12 tengah malam baru balik.Nak sampai umah,pukul 1 gak la kot.Korang mesti nak tahu apa kitaorang buat kan kat airport hari-hari macam ni.Actually,currently kitaorang tengah jalankan satu study tentang Transfer pax from LCCT to MTB dan juga dari MTB ke LCCT.Not only me and hubby lah yang buat tapi ramai lagi.Aku suruh hubby bercuti sekejap dan buat ini sebab incomenyer.....Ermmm,boleh tahanlah sebab keje seminggu je dah nak cecah RM2k.Lagipun my hubby dah nak start business sendiri by end of this month.Business apa???itu rahsia yer,bila dah setup semua baru aku inform.Okay,back to cerita asal tadi.Sebenarnyer,aku tak terlibat secara langsung for this study because I have another study tengah run sekarang ni.Tapi sebabkan hubby aku buat part time kejap kat opis aku ni,so aku ndak tak ndak kenalah ikut dia tiap2 pagi dan balik sama2 tiap2 malam.Takperlah papa,seminggu je,nanti dah dapat habuan jangan lupa janji papa kat mama yer for the second birthday present.Kena cover lah sket kat opis sebab laki aku ada kat sini.Tapi tak per,dia tak selalu ada kat dalam opis.Boleh dikatakan 95% masanya akan dihabiskan kat LCCT ataupun KLIA tapi level bawah yang tempat bas tu.Kira selamat lagilah aku.Huhu...

8 comments:

yatie.sawanila.com said...

masyuk nye

Jim Broga said...

business apa tu Su? 2k sebulan... menarik tul. Kirim salam kat yatie yek...

Hotmama said...

business jual orang.hihihii......ha okay nanti su kim salam

Sall said...

Waa... bestnya. Gud luck guys...

Men said...

... aku boleh wat part time ker...

Hotmama said...

sorry....permohonan dah ditutup.

Men said...

... amboi !! punya lah eksen ... lebih kurang mcm pompuan kt airport tu ...

Hotmama said...

Oit pakcik,dua minggu lepas orang dah advertise tau pasal job vacancy tu tapi naper tak layan???????tarikh tutup permohonan adalah pada ermmm...tak ingat,tapi dah tutup.Amboi2x suka2 hati nak samakan kita ngan pompuan tu.