Sunday, November 9, 2008

19 Keistimewaan Wanita

Berbahagialah menjadi seorang wanita kerana dia amat istemewa disisi Allah SWT.Hayatilah setiap keistimewaan yang Allah telah berikan kepada wanita(Rujukan dari http://www.nursyifa.net).

1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

Sesungguhnyer semua orang ada kelemahan masing-masing termasuklah wanita sendiri.Jadi janganlah lelaki mengharapkan sesuatu yang amat sempurna dari seseorang wanita itu.Sebagai perempuan,kami dah melakukan sebaik yang mungkin untuk menggembirakan hati Lelaki(Suami).Janganlah kami dihukum jika kami tak dapat beri segala yang diminta.

9 comments:

Men TheGreatEmperor said...

... tak dapat nak dinafikan tentang istimewanya wanita ...
apapun..setiap wanita jgn alpa kerana
akibat membawa kepada lupa diri ...

... boleh tolong citer tentang keburukan wanita pulak ?

Hotmama said...

jangan kata wanita je yang alpa tetapi lelaki lagi banyak alpanya.wanita dan lelaki sama-sama ada keistimewaan dan sama-sama ada keburukkan.Jadi pikir sendiri lah yer.

Sall said...

Good info ... bunyinyer senang je kan tapi amat payah nak dilakukan... :). Semoga kite sama-sama akan jadi wanita yang baik kan Su kan...

Hotmama said...

yes sal,mmg susah nak buat walaupun macam senang.Doa banyak-banyak semoga kita boleh lakukan semua tu.

Men TheGreatEmperor said...

... aku paling tak suka... klu ada tok2 ke nenek2 ke .. letak curut kt celah gigi .. pastu dier isap2 ... hahaha ..
sok sok klu dh jadi mcm nenek ni .. ko orang jgn wat yerr..

sbb ... aku dh dapat bayangkan klu ko orang ni wat mcm tu ..hahaha

Hotmama said...

biarlah tu orang tua-tua.Ermmm...apa kaitanyya ngan topik aku ni yer????iskkk lari jauh benar ngan topik.

Sall said...

ha'a la.. Sall pun sedang memikirkan aper kaitan cerut ngan citer ni yer...

Men TheGreatEmperor said...

... lari topik ker ..sbenarnya topik ini menyeluruh ... jdi jgn lah buat2 tak faham ..
aku bukannya apa2 .. cuma tetiba terbayang kan ko orang ni bila dh tua kan .. macamanalah muka korang ni bila selit cerut celah gigi .. pastu membebel kt anak cucu ..
kah!kah!kah!..

jangan marah ekkk .

Hotmama said...

ermm...baiklah cik abang.Awak tu sok dah tua,camner yer?tak dapat kubayangkan.