Sunday, October 19, 2008

Kenapa mesti kedekut?

Selalu tak jumpa manusia yang kedekut ni?kedekut tak bermaksud kita cuma kedekut akan harta benda tapi macam-macam lagi.Ada bermacam-macam jenis kedekut kat dunia ni.Antaranya ialah:-

1)Kedekut Harta Benda
Ha,nilah paling banyak yang berlaku sekarang ni.Kadang-kadang kita sanggup berbelanja beriban-riban tapi kalau nak belanjakan kejalan yang lebih baik umpamanya menolong orang yang susah,cukuplah berkira.Terketar-ketar tangan ni nak ulurkan bantuan.Macam-macam alasan yang diberikan.Nak kata tak mampu,hari-hari makan mewah,pergi sana pergi sini,hari-hari shopping.Ni tak der perkataan lain yang lebih sesuai melainkan kedekut Haji Bakhil.

2)Kedekut Ilmu
Ermm..ni pun berat jugak ni.Dia nak sorang je yang pandai ataupun dia je yang dipuji.Bila tanya semua tak tahu,tapi tup-tup kot belakang lain pulak.Orang macam ni dia depan kita memang sumer tak tahu tapi bila dah ramai-ramai,mulalah nak tunjukkan kepakarannya.Orang macam ni memang pun kedekut ilmu.Dia bukan apa,tak suka orang lain lebih dari dia.Biar dia sorang je yang naik,orang lain tak yah.

3)Kedekut pertolongan.
Ha,ni pun salah satu kategori kedekut jugak.Bila dia nak minta tolong orang,bukan main terhegeh-hegeh kat kita.Tapi bila giliran kita pulak nak mintak tolong,alahai punyalah susah.Macam-macam alasan dan kekadang,senyap macam tu je.Nak kata boleh pun tak,nak kata tak boleh pun tak.Tak perlah,orang macam ni dia dah senang lenang,tak ingat asal usul kekadang.Kadang-kadang asalnyer kampung je tapi berlagak macam dok bandar.Jadi bila dah kaya sikit,orang lain mintak tolong pun dah tak nak pandang lagi.Ingatlah wahai kalian pepatah ni.Hari ni,hari aku mana tahu esok-esok hari kau pulak.Betoi dak?Jangan sampai bila dah tersadai atas jalan,orang lalu pun buat tak peduli,masa tu baru nak nyesal?Tak yahlah....

Ada lagi ke jenis kedekut?Aku rasa yang ni je kot.So,kalau korang ada jenis lain,rogerlah kat i yer.Kita jangan kedekut untuk share ilmu tau.Adios,Amigos....

5 comments:

Sall said...

Sue.. ko dah ok ke? Sian ko.. ingatkan leh jumpe ko semalam kat Sunway, ko tak leh gi lak. Yat pun takgi... Sal call die tak angkat pulak.

Hotmama said...

su dah ok sket,tu ler nak wat camner.nak pi tp hubby tak hrp pi sorang2.dia takut su pening.eh nanti upload byk2 yer gmbr.dan lg satu,su dah tag sall tu,jgn lupa tau

Y u Z z 9071 said...

sapa kedekut ni muka dia cepat berkedut..hahahah...

Yatie SawaNiLa.com said...

amik award from me....

Hotmama said...

yuzz;
memang betul pun akan berkedut.

Yatt;
Award apa?