Monday, October 27, 2008

Alhamdulillah Vs Execuse Me

Aku percaya,semua orang kat dalam dunia ni,tak kira lah bayi,budak-budak,remaja,orang muda dan orang tua mesti akan bersin.Sebenarnyer bersin ni adalah satu aktiviti yang disukai oleh Allah. Apabila seseorang itu bersin, maka dengan itu hendaklah dia memanjatkan pujian kepada Allah, dan kepada saudaranya yang mendengar saudaranya yang bersin itu, maka hendaklah dia mendoakannya.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya).

Juga adalah suatu sunnah, apabila seseorang itu bersin, hendaklah dia menutup atau meletakkan tangannya atau bajunya (atau kain yang seumpamanya) kepada mukanya sambil merendahkan mukanya dan memperlahankan suaranya.

Tapi malangnyer orang-orang sekarang ni macam malu nak sebut Alhmadulillah bila bersin.Depa ni takut jatuh martabat laa kan.Mereka lagi suka menggantikan perkataan "Alhamdulillah" dengan "Execuse Me".Sebenarnyer bersin ni membuatkan badan kita buang sesetengah penyakit dalam badan kita.Sepatutnyer kita bersyukur bila bersin.Kalau dia bukan Islam,tak kisah lah kan tapi as a Muslim,nak wat apa malu???

4 comments:

Men TheGreatEmperor said...

..tp kan kalu terbersin kt muka orang .. lepas tu trkena pulak sisa2 toksid kt muka dier .. haaa.. apa kita nk sebut ..

soklan cepumas .. brjaya kalu .. makan dan bungkus kt KFC sy bayar..

Hotmama said...

Awak ni,soklan punyalah senang.Sebutlah Alhamdulillah dulu pastuh say lah sorry kat orang tu.Dan lagi satu yang pi bersin kat depan muka orang tu wat apa?sunnah Nabi sendiri cakap,kalau dah bersin tu hendaklah dia menutup atau meletakkan tanganya atau bajunya kepada mukanya sambil merendahkan muka dan memperlahankan suaranya.Tu kan semua ada dah ditulis kat situ.Awak kan lain kali nak tanya,tanyalah soklan yang paling susahhhh.Hah,jangan lupa KFC satu.

Men TheGreatEmperor said...

.... ni cek kak oii .. sy kata trrrrr bersin ....

amboih ..cenge sungguh ..

kensel hadiah ..tak leh bagi...

Hotmama said...

Mana ada terrr?kita nak bersin kalau cepat2 lah paling muka tu.Janganlah dok tahan kat situ.Ah,tak kira,nak gak hadiah tu.Sebab org dah leh jawab tadi.