
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya).
Juga adalah suatu sunnah, apabila seseorang itu bersin, hendaklah dia menutup atau meletakkan tangannya atau bajunya (atau kain yang seumpamanya) kepada mukanya sambil merendahkan mukanya dan memperlahankan suaranya.
Tapi malangnyer orang-orang sekarang ni macam malu nak sebut Alhmadulillah bila bersin.Depa ni takut jatuh martabat laa kan.Mereka lagi suka menggantikan perkataan "Alhamdulillah" dengan "Execuse Me".Sebenarnyer bersin ni membuatkan badan kita buang sesetengah penyakit dalam badan kita.Sepatutnyer kita bersyukur bila bersin.Kalau dia bukan Islam,tak kisah lah kan tapi as a Muslim,nak wat apa malu???