Tuesday, September 23, 2008

Satu hari di Hari Raya

Aku percaya banyak kawan-kawan aku yang satu ITM dulu tahu kisah yang sedih yang pernah berlaku pada aku masa hari raya dulu.Orang yang amat kusayang telah kembali ke Rahmatullah pada 1 syawal 9 tahun yang lalu.Orang yang aku maksudkan adalah Bapa aku sendiri.Sampai sekarang aku takleh nak lupa apa yang terjadi.Dia pergi secara tiba-tiba.Masa tu petang raya,aku baru balik dari Shah Alam.Almaklumlah masa tu masih belajar kat ITM Shah Alam.Aku balik tumpang jiran aku sebab tiket bas dah habis masa tu.Arwah sanggup nak tawarkan diri ambik aku kat shah Alam sebab takut aku tak boleh balik.Aku sampai petang Raya.Masa tu mak tengah sibuk buat ketupat semua.Orang yang paling gembira sambut aku pulang hari tu adalah Arwah sendiri.Tak sabar dia nak tunjukkan baju raya yang dia belikan untuk ku.Arwah tanya aku,cantik tak?suka tak?FYI,setiap tahun masa aku kecil dulu,arwah yang akan pilihkan kain untuk aku.Semua pilihan dia memang aku suka sebab cantik.Pendekkan cerita,petang tu Arwah memang tak banyak cakap.Sepatah aku tanya dia,sepatahlah dia jawab.Aku mengadu kat dia,bilik aku tak der extension so aku takleh nak buka kipas.Arwah kata pas berbuka nanti dia belikan.Okaylah pas berbuka,dia gi solat Maghrib pastuh balik umah untuk makan nasi.Masa tu dia tak belikan lagi extension tu.So lepas dia makan nasi tu dia tunggu takbir raya.Tapi malam tu dia tunggu lama gak tapi still takbir raya tak ada.Dia pun merungut lah naper lambat sangat.Arwah malas nak tunggu lagi,so dia pergilah solat Isyak kat Masjid.Sebelum dia gi Masjid tu lah dia gi beli benda yang aku nak.Tapi apa nak buat,masa on the way dari balik pekan sungai Dua tu dan dia dah nak masuk pagar Masjid dah pun,dia accident.Dia tak meninggal kat situ tapi dah dalam keadaan yang agak kritikal.Dari hospital Seberang Jaya dihantar ke Hospital besar Penang.Dia koma hampir 24 jam.Kakak aku yang masa tu balik raya kat Johor terpaksa balik ke Penang jugak.Hanya Allah yang tahu perasaan kami adik beradik masa tu.Yang paling aku sedih bila tengok mak aku sendiri.Arwah meniggal di waktu Maghrib Hari Raya pertama tu.Walaupun sedih tapi kami redhakan juga pemergiannya.Boleh diakatakan satu kampung Sungai Dua seolah-olah tak beraya masa tu.Semua berkumpul kat umah aku.Jiran-jiranlah yang tolong buat persiapan apa yang patut sebelum Jenazah dibawa pulang kerumah.Kami sekeluarga amat bersyukur sebab dapat jiran kampung yang banyak tolong kami.Sampai sekarang,Mak takkan tinggalkan rumah sepanjang bulan Ramadhan.Katanya kalau dia tak der,nanti kalau roh bapa ku pulang dia sedih sebab tak der orang kat umah dan mengaji untuk dia.Itulah yang mak aku akan buat setiap tahun.Sapa yang nak berbuka ngan dia,kena balik umah kat sungai dua.Jangan haraplah dia nak ke umah anak-anak dia.Dia sanggup tinggal sorang-sorang dari tinggalkan umah tu kosong di bulan Puasa.

Walaupun dah 9 tahun berlalu,setiap kali menjelang 1 Syawal,akan rasa juga kesedihan tu.Apa yang kami boleh buat,sedekahkan Yassin pada Arwah.Aku sentiasa berdoa dia selamat diSana.Aku nak mintak kawan-kawan yang baca blog ni sedekahkanlah Al-Fatihah pada Arwah.Al-Fatihah...

8 comments:

Sall said...

Sue.. sabar yer... sedih nyer Sal ingat balik kisah ko ni kan, sampai Sal sebak lak baca entry ko nih.. Sama2 la kite berdoa tuk die kan.. Sal faham perasaan ko.. even bapa Sal dah takde dekat 20 tahun pun perasaan tu still sama lagi...

Jovey said...

Be strong, for Allah SWT knows whats best for us... everybody have lost somebody we love at one point of our lives. I'm sure your late father would want you to be happy... the most important thing is that we cherish the memories and shower our dearly departed with quranic verses...insyaallah..

izzamil said...

apapun sudah ketentuan Ilahi .. orang macam saya cukup faham dn mengerti .. apa itu kesunyian .. ketiadaan orang yang paling kita sayangi ... dan kita adalah serupa Sue .. tiada Ayah dan Ibu .. Nun jauh disana satu hari nnti kita tetap dan pasti bertemu mereka...

Eina said...

alfatihah kepada arwah bapa sue... mmg sedih la baca n3 kali nie. mengingatkan k ina ngan arwah tok yg baru meninggal beberapa bulan yg lepas. satu2nyer Tok yg paling sporting tau. Duk plak ngan mak ayah kt kg nun.

Yatie SawaNiLa.com said...

sue... aku terharu baca.... aku ingat lagi baju yg dia beli kaler maroon kan??? kalau tak salah aku sbb kau tunjuk kat aku....
bile aku baca pasal mak ..aku respect dia..cinta seorang isteri hingga ke mati kan.... (berair lak mata aku )

sabrinaabubakar said...

kaksu my dad hospitalised skrang dah cancer 3rd stage.doakan yer...

Hotmama said...

Kawan2..
Aku bertuah ada kwn2 cam korang.Aku tak nak hilang kawan cam korang.

Yat,Yup betul baju tu.sampai skrg aku masih pakai wat datang kerja.

wany said...

omg kak suraya..so saddd.. i still remember those sad moment vividly.. igt lg saat ad org dtg ckp pakcik tan accident n mtak tlg bwk gi spital..gosshh..sedeyh sgt masa pakcik tan meninggal..sdeyh sgt22..rs cm family sniri yg meninggal..may god bless him~