Thursday, September 18, 2008

Padah nyer tido lambat - Part 2

Wah,tajuk ni siap ada part 2 yer.Bukan apa,ni kisah lanjutan daripada aku tido lambat ni lah.Hari Selasa malam tu memang ingat nak tido awal tapi dah la balik dari opis dah kul 12 tgh malam pastuh gi makan ngan member opis skali dekat kedai my husband kerja dan last2 balik umah dah dekat pukul 2 pagi.Ermm..dah sampai umah tu kan biasalah,layan astro jap lah dan nak hampir kul 3.30 pagi baru tido.
Hari Rabu kan cuti,so ingat boleh la bangun lambat sket.Dalam kul 10 camtu, aku dah mula rasa sakit kepala.Mula-mula ok lagi lepas letak tiger balm rehat jap sebab nak mkn ubat takleh,kan puasa.Selalu kalau sakit,makan je panadol pastu hilang.Semalam aku relaks je,mandi semua pastu baring jap.Ingat makin okay tapi rupanya makin KO.
Aku bagi tahu kat hubby yang sakit dah tak tahan sangat so dia suruh je aku buka puasa dan makan ubat.Aku sayang la nak buka sebab dah pukul 3 ptg masa tu.Nasib baik hubby tak pi kerja lagi.Dia pun masak kan air,bancuh Milo kat aku dan aku makan la dengan dua keping biskut.Dah tu dia suh aku siap-siap untuk ke Klinik.Masa kat klinik,I told doctor yang aku sakit sangat kepala dan minggu ni aku susah tidur dan I dont Know why.Doktor cakap aku sakit kepala ni sebab tak tidur and at last dia bagi aku ubat tahan sakit dan ubat untuk rehat.Ni la ubat nyer..


Yang ubat rehat tu,dia suh aku malam je dan dia bagi aku dua biji je.Aku rasa tu ubat mesti kuat punya.So pendekkan citer,malam tu dalam kul 8.30mlm aku pun makan lah ubat yang rehat tu.Nak tau ubat tu punya lah mengantuk dan aku rasa relaks je tido.Aku tertido dalam pukul 10 malam and at last hari ni aku bangun tahu kul bape?11 pagi.Haaa....Husband aku saja je tak nak kejutkan aku tau.So aku masuk keje pun lambat lah.Malam ni nak mkn lagi ubat tu tapi apa-apa pun aku rasa cam relaks sket la sekarang ni tak derlah cam rasa nak pikir itu ini kan.Selepas ni,aku akan cuba untuk tido seawal yang mungkin.

6 comments:

sabrinaabubakar said...

giler kentang lambat gi keja..hihihi..repot repot

Hotmama said...

hu..hu...en azhar cuti lah.tu yang cam merdeka sket

Anonymous said...

Sian nko Su.....aku tahu macammana rasa tak boleh tido nie..hu!hu!
okey jangan fikir bebanyak tau...take yr rest!

Hotmama said...

thanks sue,I will

Men TheGreatEmperor said...

ha tu la ..org dh cakap ... tak pasal2 awk tak posa satu ari dn campur ngan ari yang wajib dah jadi byk ari ... kesimpulannya .. tahun ni kamu kensel raya .... dn tak leh raya ..

Hotmama said...

hep...mana ada banyak?dekat ngan 10 hari je...