Showing posts with label KLIA. Show all posts
Showing posts with label KLIA. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

Sayangilah KLIA

Orang mesti kata..mentanglah kau keje kat KLIA, nak promote airport nampak...Hello, For your information, KLIA ni hak semua tau. KLIA adalah kebanggaan Negara sebab korang tengoklah betapa cantiknya struktur dia. Mat Salleh sendiri kagum ngan keindahan KLIA, inikan pulak kita....we are Malaysian okey. Kita kena proud sebab ada Airport yang cantik cam gitu. Jangan asyik nak mengomplen aje keje nya yer.Im sure semua dah tahu kan yang KLIA 2 dalam pembinaan. Actually ia adalah untuk menggantikan LCCT sekarang yang penuh sesak itu. Kenapa yang ni tak dipanggil LCCT jugak, kenapa KLIA 2?sebab, all facilities kat situ adalah sama yang macam ada kat KLIA sekarang dan lagi dekat berbanding sekarang. Kalau yang transit2 kat KLIA dan lepas tu nak tukar naik Air Asia, tak yah susah2 nak ambik taxi atau bas dah lps ni....boleh naik tren je terus pergi.

Okay, now aku nak share apa facilities yang ada kat KLIA ni yang mungkin korang tak tahu.Actually, KLIA semuanya ada tau cuma perasan ngan tak perasan je.Ini adalah contoh2 nya....
1. Sport lounge
2. Movie lounge
3. News lounge
4. Free internet kiosk
5. Free Wifi
6. Free handphone charger
7. Ayer Spa
8. Foot Reflexeology
9. KLIA Jungle Walk
10.Children play area.
Nak lagi details, sila lah layari website KLIA ni.
Sekarang aim kami warga KLIA adalah untuk mendapatkan gelaran Airport terbaik didunia. Bayangkan Incheon dah 6 kali berturut2 boleh dapat No.1 tau, inikan pulak kita. Sama je orang depa ngan orang kita, tapi kenapa depa boleh? kita pun mesti boleh punyalah....Apa2 janji semangat Malaysia Boleh tu kena ada dalam jiwa semua rakyat Malaysia.

Wednesday, June 17, 2009

Entry Campur campur

Aku punyalah serious bz seumpama seriousnya H1N1. Aku rasa lagi teruk dari H1N1 kot.Sebab tulah blog ni dah rasa umpama berkurun tak update.Hari ni akan tetap aku meluangkan masa sket untuk update sket.Minggu lepas aku ada dateline yang nak dikejar lepas tu lak Isnin ngan semalam,kena bagi training kat vendor baru yang masuk join department aku nyer project. The best part is company yang masuk ni adalah ex comapany aku dulu.Rasa happy sangat sebab dapat jumpa balik kawan lama dan juga ex boss aku dulu.Diaorang pun terkejut sebab akan berjumpa ngan aku lagi.Hihihi...agak pelik bila dulunya aku bekerja kat sana tapi sekarang aku dah jadi client diaorang pulak. Yang paling kelakar bila aku bangun untuk brief aku nyer part,semua bertepuk tangan.Malu giler waktu tu tapi besttt.

Ermm..korang pun tahu kan H1N1 makin bertambah kan jumlah dia.FYI,aku pernah termasuk kat dalam satu flight ni yang nak ke Bali.Dalam flight tu banyak passenger dari US yang dari New Wark transit kat KLIA sebelum ke Bali. Kebetulan pula ada kes H1N1 rupanya yang dikesan dari flight dari New Wark tu tapi aku tak tahu. Malam esoknya baru masuk berita dan aku terkejut dan hubby terus tanya,ada demam ngan selsema tak???nasib baik tak der apa2,kalau tak....ermmmm,tak dapat aku nak bayangkan.

Takkan aku nak pakai mask all the time lak kan,takkan nak bercakap ngan passenger aku nak pakai mask,rasa cam tak best je.Jadi HR MAB dah kluarkan arahan supaya semua staffnya untuk mengambil suntikan untuk mengelak kejadian yang tak diingini berlaku.Tapi seperti semua tahu,masih belum ada anti vaksin yang betul2 kuat untuk melawan H1N1,jadi kalau orang tu antibodi tak kuat,maka senanglah kena.Takut gak aku sebab aku nyer antibodi mmg tak kuat.Tak kisahlah,ambik dulu suntikan tu,janji kita dah prepare apa yg patut kan.So,esok nak gi cucuk....arghhh tak suka,mesti sakit.

Punyalah sibuk,maka aku nak mohon ampun banyak2 kat Yuzz,tak dapat nak jawab tag tu buat masa ni.Bila su dah tak busy nanti,su buat eh.

Sebab tulah tajuk entry ni campur-campur,sebab semuanya all in one.Nak wat camner,nak savekan masa ni ha.Last but not least,aku nak tempek muka aku kat sini,jadi korang boleh tahu betapa serious bznya aku sekarang sbb gambar ni cam serious je aku rasa.Hihihi...serious kan,kan,kan...

Monday, March 9, 2009

Lemon Tree

Tak ada idea wat masa ni nak tulis kat sini.Tadi baru balik dari hantar Yatie kat KLIA.Dia kan nak fly ke Holland malam ni.Nantilah citer lagi pasal tu sebab adalah few pic yang di ambil.Dah upload nanti i citer okay.Sekarang ni jom layan dulu lagu ni.Lemon Tree dari Fool Garden.
P/s Teringat masa zaman kat UITM dulu.Masa tu ngah femes lagu ni.

Wednesday, January 28, 2009

New collection @ Tie Rack KLIA - Part 5

Dah lama kan tak dak entry baru kat blog ni...cam sunyi je kan.Okay hari ni aku nak letak collection terbaru yang ada kat Tie Rack KLIA ni untuk santapan korang semua.

TR01
TR02

TR03

TR04

TR05

TR06
TR07

TR08

TR09

TR10

TR11

TR12

TR13 (Sold Out)

TR14

TR15 (Sold Out)

TR16

TR17

TR18

TR19

TR20


Harganya macam biasalah kan iaitu RM59.90 not include the postage yer.Jadi kepada sesiapa yang berkenan,bolehlah hantar kat comments kat sini atau pun email je pada saya iaitu di anuorismail@gmail.com

Wednesday, January 21, 2009

KLIA Shopping campaign 2008/2009 - Part 2


Ingat dak aku pernah letak pasal entry ni dulu.Actually this campaign still continuously untill sekarang.Sesapa yang selalu dok mai KLIA ni,why not masuk this competition.Bukan apa,kalau menang kan perghhhh dapat keter Lexus GS300 tau.Jom kita overview sket keter tu nak tak?

Senang je,pada yang kaki shopping tu just shop until you drop lepas tu submit lah kat counter yang kat level 5 yang tepi ngan keter ni jugak.Ala...kat area2 Body Shop semua tu.....Okay eak,Good Luck

Bunga Bunga Cinta

I wrote this entry after 5pm at my office.I should go back by this time tapi sebab aku tak bawa keter dan malas nak naik bas maka,I ask hubby to come untuk ambik.While waiting for him,aku naik lah kat level 5 saja jalan-jalan dan aku snap few gambar bunga which is its attract me a lot.

Cakap pasal bunga ni kan,I still remember lagu "Bunga-bunga cinta" sang by Misha Omar.Actually lagu ni my hubby mmg minat giler tau.Masa lagu ni tengah hits aku baru kawan ngan hubby tak sampai seminggu rasanya.Kira ni lagu kami ler masa tu..Masa tu kan baru bercinta,of courselah kalau dalam tepon harus romantik kan main kan.But fortunately even dah 6 years kami bersama but he still romantic for me,unless kalau bergaduh ler.Yang tu sendiri mau ingatlah kan.Tanya sepatah,jawab sepatah dan kekadang satu patah pun tak der but,after dah okay harus romantik balikk...Biasalah asam garam rumah tangga ni,tak adventure kalau tak der adegan gaduh2 ni.Tapi idok ler gaduh sampai naik kaki tangan tu.Setakat gaduh2 manja tu adalahhh.Hikksss,malu lak citer.Okaylah before nak tutup entry ni,I want to share lagi satu pic yang aku snap tadi.Gambar Tang Long sempena Tahun Baru Cina next week.Cantikkk kan......

Nak wish Happy Chinese New Year in advance leh dak????Raya cina ni kan my fav adalah Limau Mandrin tu.Pernah sekali aku ngan member aku si Yatie dari Sawanila.com boleh habiskan sekotak limau sehari dan hanya berdua je.Terror dak?????Ingat tak Yat????

Besar jugak eak....

Tadi masa jalan-jalan kat KLIA ni,aku nampak advertisement ni tau.Nak tahu tulis apa...ha,korang baca. Maka aku pun baru sedar betapa besarnyer KLIA ni.Boleh di katakan hampir setiap hari gaklah aku akan jalan-jalan pusing2 kat dalam airport ni.Ini bermakna,aku berjalan sejauh 72 padang bola punya luas.It means that,AKUUUUU DAHHH PATUT KURUSSSS SEKARANGGGG,TAPI INI MAKIN BERTAMBAH ISI ADALAH.....WAAAAAAAAA,TENSEN........

Thursday, January 15, 2009

KLIA-East @ Labu

Hari-hari aku baca pasal kes Air Asia nak bina Airport sendiri kat Labu,Negeri Sembilan.My view as MAHB personnel,I would say that,this project will give a very big impact to MAHB.I just cant understand why Government approved this project as we all know Sime Darby and MAHB is a GLC company.Government should realise that currently MAHB has a very good reputation in handling all airports inside and outside Malaysia.Alasan utama yang diberikan oleh Air Asia dalam hal ini adalah sebab LCCT yang disediakan oleh MAHB adalah terlalu kecil dan tak dapat menampung keperluan mereka.Flight delay banyak pun sebab salah MAHB.FYI,LCCT was build based on Air Asia punya info.Kalau kita tengok International nyer departure lounge lagi kecil dari Domestic lounge kan.Nak tahu tak kenapa?sebabnya adalah,Air Asia inform MAHB that,until 2011,their passengers movement will be 40% International and 60% Domestic.That is why MAHB build domestic lounge bigger than International.Tapi sekarang sudah terbalik iaitu International dah jadi 60%,Domestic lak jadi 40%.Semua ni silap Air Asia sebab bagi info yang salah pada MAHB.Bila dah bagi info silap,sebab tu lah LCCT sekarang bagaikan Pudu Raya,dan rasanya lagi teruk dari Pudu Raya.

Bila MAHB sedar akan keadaan ni,maka MAHB dah spend millions untuk expand current LCCT before they built new LCCT near to Kompleks Bunga Raya in 2011.Bila dah almost 90% siap,tup-tup Air Asia and Sime Darby buat announcement mengatakan yang Government dah approved for them to build their own Airport at Labu.Actually Sime Darby only the developer and Air Asia will be the operator who operate that airport in future.It Cost almost 1.6 Billion dan itu tak termasuk tanah lagi tau.It just about 10 kilometers from KLIA.I just cant imagine how two airports can be operated dalam distance yang begitu dekat.They need their own ATC,their own Runaway and etc...

Finally,semua cost pembinaan akan di caj balik pada passenger.Nama je tiket murah tapi hidden charge ermmm...sama je macam airlines lain.Hari ni aku baca paper Air Asia akan suruh all staff cerita kat malaysian through their blogs or what so ever pasal the advantage on having their own airport at Labu.Ini caranya untuk depa dapat sokongan dari Malaysian untuk buat Airport baru ni.

Me as Malaysian,totally not agree,how about You?????

Thursday, December 11, 2008

Sales at Tie Rack KLIA

Kepada penggemar-penggemar Tie Rack,Ha mai sini nak habaq mai,la ni ada sales 20% untuk semua jenis scaft.Tapiiiiii....saya mintak maaf la no sebab saya tak dan nak pi ambik gambar pasai cek la ni busy terlampau-lampau.Tapi kalau nak tahu design-design yang ada sales tu camner,lebih kurang macam yang ini dan yang ini. Tetapi sesapa yang dok dekat-dekat ngan KLIA ni,mai je lah tengok depan mata,lagi puas hati.Opsss..lupa nak bagi tau,sales dia 20% tau.Ermmm...bolehlah sebab lagipun harga kan dah naik dari RM49.90 kepada RM59.90.Bila ada sales 20% ni,kira oraitlah jugak kan.Kalau nak tengok jugak apa design yang ada,please tunggu minggu depan yer sebab minggu ni cek memang tak menang tangan nak jadi photographer ni.wokey....chowwww

Tuesday, December 2, 2008

Inside the meeting room

Pagi tadi ada meeting.Meeting pasal KLIA ler,meeting ni akan dijalankan pada setiap 3 bulan skali kalau tak silap lah.Start pukul 9am tapi nak tunggu giliran untuk team aku bagi presentation punyalah lama.Boring giler aku,siap surf internet guna hp lah,so sempatlah jugak balas komen-komen yang ada dan sempat chat ngan member aku guna mobil YM.Hihihi..jahat kan.Alaa...bilik meeting tu besar benar,tak der sapa perasan yang aku buat.Orang kat sebelah aku tu lagilah,siap main game lagi guna blackberry dia.Makanan yang dihidangkan pun dah nak hampir lincin.Korang tengoklah....Lepas tu aku nak snap satu handbag ni tau,tapi tak jadi sebab tiba-tiba je kerusi tu tergerak.Ades tensen tul,memang cantik beg tu.I likee....Secara kesimpulannya,kalau meeting besar-besar ni,banyak masa aku akan terluang untuk melakukan aktiviti tanpa pengetahuan orang.Hiksss.

Sunday, November 30, 2008

Scarfs @ Tie Rack KLIA Part 3

Sorry guys,Aku tahu ramai yang dok tunggu the latest collection dari Tie Rack ni.Tapi sampai sekarang belum ada new collection.I pun dont know why.Harga pun dah mula naik RM10,so maknanya sekarang from RM49.90 dah nak RM59.90.Hari-hari aku lalu kat Tie Rack tu,asyik-asyik design yang sama je.Tak menarik langsung.Jadi,bila ada je collection terbaru,aku akan cepat-cepat update kat my blog ni okay.Jadi,Tunggggguuuuuu.

Wednesday, November 19, 2008

Keluar tengok bulan,balik pun tengok bulan.....

Hari ni,pukul 4.30 pagi lagi aku dah bangun.Me and hubby kena sampai airport sebelum pukul 6 pagi.Bercinta siot nak bangun pagi tadi.Udah ler pukul 1 baru tido.Terpaksa buat macam ni selama seminggu start dari hari ni.Balik pulak,kul 12 tengah malam baru balik.Nak sampai umah,pukul 1 gak la kot.Korang mesti nak tahu apa kitaorang buat kan kat airport hari-hari macam ni.Actually,currently kitaorang tengah jalankan satu study tentang Transfer pax from LCCT to MTB dan juga dari MTB ke LCCT.Not only me and hubby lah yang buat tapi ramai lagi.Aku suruh hubby bercuti sekejap dan buat ini sebab incomenyer.....Ermmm,boleh tahanlah sebab keje seminggu je dah nak cecah RM2k.Lagipun my hubby dah nak start business sendiri by end of this month.Business apa???itu rahsia yer,bila dah setup semua baru aku inform.Okay,back to cerita asal tadi.Sebenarnyer,aku tak terlibat secara langsung for this study because I have another study tengah run sekarang ni.Tapi sebabkan hubby aku buat part time kejap kat opis aku ni,so aku ndak tak ndak kenalah ikut dia tiap2 pagi dan balik sama2 tiap2 malam.Takperlah papa,seminggu je,nanti dah dapat habuan jangan lupa janji papa kat mama yer for the second birthday present.Kena cover lah sket kat opis sebab laki aku ada kat sini.Tapi tak per,dia tak selalu ada kat dalam opis.Boleh dikatakan 95% masanya akan dihabiskan kat LCCT ataupun KLIA tapi level bawah yang tempat bas tu.Kira selamat lagilah aku.Huhu...

Tuesday, November 18, 2008

Perempuan sombong @ KLIA

Tadi,aku follow part timer pergi buat survey kat Domestik area.Macam biasalah kitaorang distribute survey form kat passenger yang dalam waiting lounge.Lepas tu,aku adalah approached dua orang perempuan melayu ni.Dari segi pemakaian,memanglah kita tahu yang dia tu wanita Islam sebab bertudung bagai kan.Tapi bila aku bagi salam,hampeh dia tak jawab.Memang menjadi kepantangan aku bila diberi salam tapi tak pandai jawab dan buat muka macam dia lah wanita terlawa di dunia ni.Aku tak dapat nak gambarkan betapa berlagaknyer dia.Tapi,aku stay lagi,aku kenalkan diri aku,aku buat apa kat situ dan lastly aku tanya lah pasal opinion diaorang pasal KLIA.Aku suruh bagi rating dari 1 hingga 5,baper dia nak bagi kat KLIA ni.Dia bagi 3 je,dan ermmm....what to do,tu dia nyer opinion kan.Kawan dia lak bagi 4,dan bila aku tanya nape dia kata airlines staff kekadang sombong,unfriendly.Hah...tahu korang marah bila orang lain sombong ngan korang.Yang dia buat muka tu,ingat lawa sangat????Aku nak attached gambar dia kat sini.Aku curi-curi ambik kat blakang part timer aku.
Ni baru nak pi penang dah berlagak dah,blom lagi fly pi jauh cam Europe ke,US ke kan.Iskkk....ada lagi manusia sombong dalam dunia ni.Tapi aku rasa,kalau lelaki hensem pi dekat dia,confirm dia layan kan kan kan.

Monday, November 10, 2008

Manja atau mengada-ngada???

Okaylah aku nak story sket kat sini pasal kisah yang selalu berlaku kat Airport ni.My job kan memerlukan aku untuk berinteraksi ngan passengers yang guna KLIA ni.Ini adalah salah satu cara untuk KLIA memperbaiki apa-apa juga kelemahan dia supaya dia akan kekal sebagai Airport terbaik di dunia.Okaylah,so far banyak feedback yang aku dapat dan banyak lah jugak perubahan yang dilakukan dari masa ke semasa.Target passenger tak kira dari mana-mana negara sekali pun.Malaysian pun kami pilih jugak sebab yerlah,kita nak juga dengar pendapat orang Malaysia sendiri kan.Dari feedback yang kami dapat,Non-Malaysian tak banyak sangat complaint dan overall mereka amat berpuas hati dengan apa yang Airport kita ada.Tetapi macam negara jiran kita,mestilah bagi mereka their Airport is the best.Ermm...biasalah,tak kisahlah itu kan pendapat masing-masing.Tapi yang aku sedih sangat bila dengar orang Malaysia bagi feedback,punyalah tak munasabah.Bagi aku seolah-olah orang Malaysia ni macam manja sangat.

Last week,ada satu mamat ni complaint,naper susah sangat nak dapat parking yang dekat ngan pintu nak ke terminal?Hey come on Bro,nama pun International Airport dan laluan keluar masuk Negara,Of courselah sibuk dan ramai orang.Takkan nak satu parking khas untuk kau semata-mata?ataupun kalau dah manja sangat,bawa je keter tu sampai kat runaway dah tu,turun keter terus naik kapal.Kan senang camtu.

Lagi comment yang aku dapat,Ni dari Malaysian la jugak.Dia complaint parking rate kat KLIA mahal.Now aku nak korang cuba compare KLIA ngan other places kat KL ni contoh macam KLCC lah paling senang.Baper sejam kat KLCC?Kat Bintang Walk?Kat KLIA ni cuma RM3.50 sejam tau.Tu dah kira normal kalau nak dibandingkan ngan Changi ataupun other airport cam kat Zurich.

Another comment,orang kita selalu complaint pasal sekuriti kat KLIA ni ketat sangat.Hello,kalau tak ketat,kang ada orang bom Airport ni camner?Kalau jadi camtu,MAB juga yang salah.Kalau korang nak tahu,Europe country punya security lagilah ketat.Masa aku gi Zurich,bukan takat kasut kena buka,aku nyer blazer pun kena buka tau.Nasib baik kat dalam aku pakai baju lengan panjang juga,cuba kalau pakai baju yang takder lengan,camner???Kat sana tak ada pulak orang kita nak ngomel.Semua negara luar buat semua bagus.Bila Malaysia buat,semua tak bagus.

Aku akui ada juga complaint yang masuk akal dan kami pihak MAB,akan ambik perhatian.Banyak sangat perubahan yang dilakukan kat KLIA ni yang kadang-kadang orang tak perasan.Apa yang depa tahu,nak complaint je.Kekadang mesin ATM yang berlambak kat KLIA ni pun dikatakan tak cukup jugak.Tak tahulah nak kata apa lagi.Adakah ini menunjukkan orang Malaysia ni manja atau pun mengada-ngada???

Sunday, November 9, 2008

Tempat makan murah kat KLIA

Kalau kita sebut tempat makan kat Airport mesti kita ingat mahal kan.Ermm...memang tak dinafikan harganya mahal tetapi hari ni aku nak bawa korang ke tempat makan yang murah kat KLIA iaitu Airport Limo Cafe.Dia kat luar bangunan KLIA dan disitu cam warung je.Tapi kira oraitlah kan kalau nak berjimat.Tadi untuk dinner aku kesana ngan my office mate.Jangan kata pompuan tak makan kat tempat-tempat macam tu tau.Sebabkan hari ni tak makan nasi lagi,so aku pun makan lah nasi goreng biasa ngan Nescafe O panas.Harganyer cuma RM4.00 sahaja.Nasi dia punyalah banyak,rosak lah diet aku.Tapi tak perlah makan skali je sehari,rosak mendenyer kan.Tengoklah jejaka pemalu kat Airport ni,nak tangkap gambar pun susah patutlah ada jejaka lain yang terbekenan.Oppss...
Inilah tukang masak dia...
I like this angle sebab background dia nampak KLIA "World Best Airport"

So,kesimpulannya,Janganlah korang anggap makanan dekat KLIA ni semuanya mahal yer.

Friday, October 31, 2008

Congratulation to KLIA & also to Myself


Ingat tak aku ada cakap ada berita gembira yang aku nak share bersama-sama ngan semua readers hotmama ni?Okay macam ni,baru-baru ni KLIA telah kembali merebut title nyer sebagai World Best Airport in the World untuk kali ke-2 pada tahun ni.Masa 1st Quarter tahun ni,KLIA no satu dan diikuti ngan Singapore.Tapi pada 2nd Quarter nya,jatuh no.2 dimana firstnyer diambik alih oleh Incheon.Tapi bagi 3rd Quarter,KLIA dah rampas balik gelaran no.1 dimana Icheon jatuh ketempat ke-2 balik.Mintak-mintaklah 4th Quarter nanti kita masih no 1,dan dengan itu secara rasminya,KLIA akan digelar sebagai World Best Airport in Asia Pacific and of course in the World.Sebenarnyer bukan senang nak dapat gelaran ni tanpa kerja keras dari semua pihak.KLIA sekarang ni pun dah banyak penambahbaikan sedang dilakukan untuk kekal kan nyer sebagai World Best Airport.Apa-apa pun,aku berbangga sebab bekerja kat tempat yang terbaik didunia ni.

Friday, September 26, 2008

Gambar Kartun

Nak tengok muka ku dalam bentuk kartun?lihat ler...

Hihihi,sebiji tak?lukisan ni free tau.Sesapa nak mailah KLIA level 3.Dia ada sampai hari Ahad ni.Memang ramai tadi beratur nak lukis gambar masing-masing.Pelukis dia biasa je,suka tengok cara dia lukis macam senang je.


Korang boleh masuk Website dia kat www.cariambo.com.Pasni aku nak frame la gambar ni,bukan senang tau orang nak lukis muka kita free of charge.

Saturday, September 20, 2008

Look & Think

Tadi aku ke Satellite sebab ada keje sket lah.Masa dok kat dalam Waiting Lounge untuk flight yang ke Frankfrut tu tiba-tiba aku terpandang sesuatu yang tak pernah aku lihat sebelum ni.Cuba korang tengok gambar ni yer...

Bukan maksud aku yang aku tak pernah tengok orang sembahyang.Tapi tengoklah kat mana depa solat?tengah-tengah jalan orang dok lalu lalang tu.So kat sini,benda utama yang aku terpikir adalah tak dak alasan untuk kita berkata "TIDAK" bila datang nyer bab solat.Actually ini adalah satu peringatan untuk diri ku jugak sebab kadang-kadang terabai jugak benda wajib tu.Second thing yang aku terpikir adalah,KLIA masih belum cukup sediakan kemudahan untuk passengers.Yes it is memang ada surau disediakan tapi mungkin tak cukup atau terlalu jauh dari waiting gate area.So,alang-alang aku memang kerja buat survey-survey ni kan,sesapa yang boleh feedback kat aku apa yang korang rasa sepatutnyer ada kat KLIA ni tapi tak ada.Mungkin your opinion and suggestion will helps KLIA to improve more and more.

Tuesday, September 16, 2008

Scaft @ Tie Rack KLIA Part 2

Tadi aku dapat satu permintaan dari one of my reader untuk ambik gambar tie rack yang terbaru.So,aku pi lah tengok tadi, adalah 2-3 product baru tapi kureng cantiklah sket pada mata aku.Tapi tak tahulah kalau ada yang suka kan.Apa-apa pun Hana, ini lah few scaft yang baru ada kat Tie Rack.Sorrylah gambar agak kabur sebab I cuma guna camera HP je.So,kalau terbekenan di hati bolehlah bagi tahu kat I kay.



Ermmm...Amacam?