Wednesday, January 12, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Sekali dengar memang cam tak best....dua kali dengar, agak best....bila dah masuk 3 kali dengar, memang best. Ramai eak yang pertikaikan kemenangan Anna Raffali dalam AJL25 ni. Ermm, at first aku pun terkezuttt ler sebab dalam kepala otak ni memang tak terlintas langsung yang lagu ni boleh menang.Okay, for me this is juara lagu. Ketua juri pun bukan calang2 punya orang, Sifu M.Nasir tu... Juara lagu bermaksud, lagu tu sendiri...cara susunan dan maksud dalam lagu tersebut. Ni bukan AF beb, suka2 hati je vote tengok lawa ke hensem ke...ni juara lagu. Bagi aku bila dihayati lagu ni, mmg dia layak digelar sebagai lagu terbaik dalam AJL25 ni.

Bukan hanya lagu, tapi Anna sendiri bawa lagu ni memang best...suara dia best.For me, she's very talented. Jadi takyahlah kita pertikaikan yang dia layak atau pun tidak. Orang kita ni, komen orang kalau memang No.1....tapi dia tak sedar satu jari dia tunding orang, 4 jari lagi dok tunding kat diri sendiri. Okay, jom kita layan lirik lagu "Tolong Ingatkan aku" ni dengan lagu dia skali na...



Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa


Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


1 comment:

yatie said...

memang tak sangka lagu ni menang. tapi juri lagi arif kan..rezeki dia lagi pun..:)