Friday, January 28, 2011

Halal ke???

Actually entry kali ni agak2 keagamaan sket. Bukan nak tunjuk yang aku ni alim tapi just to share info yang aku nampak orang sekarang ni dah tak kisah bab-bab makan ni. Kekadang kita ni teruja lebih, yerlah tiba2 boleh jumpa orang femes kan, so dah tak pikir halal haram dah.
Sebelum aku menulis ni, I do make some research. Bertanya sendiri dengan orang yang belajar Shariah dan juga bertukar2 pendapat dengan orang-orang yang tidak rendah ilmunya. Kita diseru oleh Islam untuk memakan makanan yang halal samada halal dari segi makanannya mahupun proses untuk menyediakannya.

Bayangkan, anda berada di dalam restaurant yang sudah dijamin tidak halal tetapi kita masuk juga dan order makanan yang memang halal lah iaitu macam seafood ke kan, tapi please bear in mind yang restaurant tu ada serve menu yang mengandungi B**i. Automatically segala benda yang kita makan walaupun seafood ataupun sayuran...semuanya dah jadi tak halal.

Kenapa???Kita kena ingat yang proses nak sediakan makanan tadi tu mesti dari bahan yang sama. Nak cuci dia, dari sinki yang sama...periuk belanga lak? of course sama...how about sudu garpu?pinggan mangkuk?pisau?tempat nak siang?ermmmm......aku rasa budak sekolah tadika pun boleh pikir kot hukumnya. Unless...kita dalam keadaan darurat, kita pergi ke sesuatu tempat tu atas urusan kerja dan dah memang tiada kedai halal. Maka, dengan itu wajib kita makan tapi bukan B**i tu la kan...maybe seafood ke, vegi ke...masa tu kita Bismillah je dan makan. Tapi kalau saja2 pergi sana untuk melancong atau hanya kerana menang apa2 peraduan....ermmm, maka hukumnya haram jika makan.

Jadi saudara ku sekelian, bersama2 lah kita ingat mengingati kerana tak salah kita mengingatkan malahan wajib untuk kita ingatkan.

No comments: