Sunday, January 30, 2011

Filem & Lagu Hindustan

Suka tak tengok citer hindustan? okay hari ni nak share sket pasal filem hindustan dan jugak lagu2 dia. Orang selalu kaitkan kalau minat hindustan ni mesti dia ni jenis jiwang karat dan lain2 lagi lah. Hahahaha....becoz my friend and my husband pun selalu cakap camtu tau. Actually tidakkk...cuma kekadang yang seronok citer hindustan ni sebab hero dia macho2 dan heroin dia tok sah cakaplah seksa nya nyah...

Tapi aku kalau tengok hindustan ni suka kalau citer pasal kekeluargaan dan cinta. Perghh mmg jiwang karat lah minah ni. Lantaklah orang nak cakap apa pun. Dah nama anak mami Penang kan, mana boleh pisah dengan hindustan2 ni.

Apa2 pun, tak semua citer aku layan, tengok gaklah yang macam mana. Lagu pun sama, tengok gak yang macam mana kan. Jadi hari ni jom ramai2 kita dengar lagu ni....Filem ni pun one of my fev jugak tau. Ni citer tentang pengorbanan seorang adik sebab nak kakak tiri dia bahagia. Mak tiri dia memang benci dia dari mula lagi. But at last, mak tiri dia nampak yang dia ni memang seorang anak yang baik dan terima dia sebagai anak dia sendiri. Masa tu, dia gembira sangat2...walaupun dia sayangkan laki tu, tapi setelah bertahun2 menagih kasih mak tiri dia dan sekarang baru dapat, maka dia korbankan cinta dia sebab baginya kasih ibu tiada tandingannya walaupun cuma Ibu tiri.

Jom Layannnnnnn

2 comments:

Norfa said...

Suka tgk prety zinta berlakon

Hotmama said...

norfa, yess....mmg suka, especially dia punya lesung pipit yang cute tu