Friday, June 26, 2009

Benda paling gila yang pernah aku buat

Actually benda ni aku buat 8 tahun yang lepas dan masa tu aku keje ngan Synovate KL lagi.Nak dijadikan cerita,hari tu adalah hari Jumaat dan merupakan Birthday aku yang keberapa pun dah tak ingat. Tengah hari nyer aku dapat kejutan masa lunch kat food court Mid Valley.Memang meriah giler waktu tu,dan itulah sambutan hari lahir ku yang paling best aku rasa.

Malam nyer pula ada company dinner kat hotel apa aku dah lupa.Dinner tu habis dalam pukul 11 malam kalau tak silap.Masa tu aku,kakak angkat dan merupakan best friend aku kat synovate,dan ada lagi 3 orang iaitu Hairol (Husband Kak su sekarang),Prince dan Chin Yow (Depa ni semua aku dah lost contact)masing2 malas nak balik umah lagi.Jadi macam2 plan yang ada dalam otak ni.First,kami ingat nak makan satay kajang tapi dibatalkan sebab masing2 masih keyang.Lepas tu si Prince ni lak celupar teringin nak tengok rumah hantu,maka kami pergi ke sungai congkak dan masa tu hampir2 pukul 1 pagi.Masa sampai tu,adalah few things yang kitaorg rasa,jadi apa lagikk...cabut balik lah.Masa on the way balik tu,kitaorang ingat kalau lepak pantai best ni makanya dapatlah idea nak ke pantai Klebang kat Melaka.Bayangkan masa tu hampir ngan jam 2 pagi dah.Masa OTW tu jugak,si Hairol gatai pi bukak mulut,kalau kita pi Gunung Ledang lagi best,ermmm..apa lagik terus shoot ke Gunung Ledang dan sampai sana lebih kurang pukul baper aku tak ingat.

Sampai je,masa tu ramai gak orang lepak situ tapi nak masuk dalam dah tak boleh ditutup.Jadi lepak kejap je,dan balik ke KL balik.Tapi masa OTW balik,sempatlah jugak kitaorang singgah pantai Kelebang.Borak2 jap pastuh terus balik KL.Masa tu sampai KL dah kul baper eak....dalam kul 9 pagi kalau tak silap.

Sampai je,aku dapati yang aku kena demam campak.Sebab tu malam tu aku rasa sengal2 badan.Kebetulan pulak mak aku ngan abg aku memang nak datang KL sebab nak tengok aku konvo.Sekali konvo kemana apa kemana.Aku diangkut balik kampung lah.Sayang tul sebab pengalaman berkonvo tak sempat aku rasa.

Sekarang ni bila jumpa balik Hairol ngan Kak su,teringat aku waktu tu.Bayangkanlah kitaorang berlima dan pergi dengan menaiki kereta kancil je.Masa tu aku siap berbaju kebaya lagi,yerlah kira2 baru lepas dinner kan.

1 comment:

Anonymous said...

mmg giler ko sue...bukannyer dekat2 tuh...hish hish