Sunday, May 17, 2009

Ungu - Surgamu

Mood untuk berblogging tiba-tiba jadi malas.Tetapi I still nak share this beautiful song and video klip ngan semua orang.Jom dengar dulu...

I dont know why this song betul2 memberi seribu makna kat aku.Sebagai hambanya,aku akui kekadang aku terlupa akan suruhannya.Aku terlupa bahawa dunia ni hanyalah pinjaman semata-mata.Nyawa yang ada kat badan aku hanyalah pinjaman semata-mata.Bila-bila masa saja DIA boleh mengambilnya.Tanpa lambat atau cepat sesaat pun.Aku selalu terpikir,bila aku akan mati?adakah aku dah betul2 bersedia untuk menghadapNya?Bila dipikirkan itu,aku takut dan aku akan menangis seorang diri.Pernah sekali aku bermimpi,nyawa aku dah hampir dicabutnya,terasa akan kesakitannya tapi Alhamdulillah,aku tersedar dan waktu tu,masa nya sama je dengan masa yang aku tengok dalam mimpi tu.Adakah ini satu petanda bahawa Allah masih lagi memberi aku peluang untuk aku bertaubat?YaAllah,sesungguhnya hamba mu ini banyak berdosa padamu dan tak terpikul dosa ni jikalau hendak dikira2kan.Masih adakah lagi pintu taubat buatku?Amin Yarabbal Alamin...

2 comments:

Y u Z z 9071 said...

semoga kita syukur atas apa yg dikurniakan untuk kita..

Tuhan itu Maha Pengasih ...

Men said...

Hendaklah kita sentiasa beriktikad kepada rukun Islam itu... kerana tanpa salah satu perkara yang 5 itu maka sudah tentu tidak sempurna Islam kita.