Friday, May 15, 2009

Kata-kata Semangat

Pernah tak dengar ayat ni?"You try,you fail,You try,you fail.The biggest failure is when u fail and you don't try again."
Ermmm..memang betul kata-kata ayat ni.Tak kisah lah baper kali pun kita gagal,kita harus berani untuk cuba skali lagi.Jangan takut pada kegagalan sebab kejayaan takkan bermula tanpa kegagalan.Dengan kegagalan yang lalu itulah kita boleh jadikan pengalaman untuk berjaya .Tapi jangan takut untuk gagal kali kedua kerana gagal kedua kali bermakna,pengalaman kita untuk menuju kejayaan makin bertambah-tambah.Begitu lah juga seterusnya,sehinggalah kita menemui kejayaan itu.Ini kerana benda yang paling berharga dan tak boleh dibeli dalam hidup kita adalah pengalaman.Hanya diri sendiri yang boleh melalui dan merasainya.

Okay,ni lagi satu ayat,"Only the fool is satisfied".
Betul dak?ermmm,personally memang aku bersetuju.Tapi ada gak pro and cons dia kat sini.As a Muslim,kita patut bersyukur apa yang kita ada.Rezeki kita ditentukan oleh Allah SWT.Cuma kita sebagai manusia takkan nak dok tang tu je kan.Mestilah kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri kita supaya kita boleh pergi jauh.Bila kita tengok orang lain dapat,kita jeles dan kita mulalah nak salahkan semua orang.Ini yang salah sebenarnya,Sebagai manusia jangan cepat berpuas hati dengan setiap pencapaian kita.Kita harus berusaha keras untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi.

2 comments:

viruspadu said...

setuju2!!

(siap angkat tangan lagi ni, semangat habis)

Y u Z z 9071 said...

betul tu...

kena rjin berusaha...

rezeki tak datang bergolek kann