Wednesday, December 17, 2008
First time naik Monorail
Weii...aku ni dah dikategorikan sebagai agak jakunlah.Baper lama dok KL tapi nilah kali pertama aku naik monorail tau.Gayat sket sebab dia macam tergantung kat atas dan especially bila dia nak kona aku rasa cam nak jatuh kebawah je.Aku takut nak tengok luar,aku cuma mengadap hubby je dan pegang dia tak lepas.Aku naik Monorail untuk ke Low Yat sebab korang pun tahu kan naper.Ermm...pi hantar Handphone yang rosak lah.Sorry nak take pic guna hp hubby tapi dah tak ingat.Kitaorang parking keter kat KL Sentral dan lepas tu naik Monorail sampai Bukit Bintang.Low Yat kan kat blakang Bukit Bintang je.So,tak yah nak sesak-sesak dan selamat dah duit parking.Korang pun tahu kan parking kat area Bukit Bintang paling murah pun mahu Rm5 sejam.Tu pun orang dok kata parking KLIA mahal.Padahal tempat lain lagi mahal.Opsss..dah melalut pulak citer dari tajuk.Okay,nanti aku update apa yang jadi kat Low Yat tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment