Thursday, November 27, 2008
Kemanakah tanggungjawab kita sebagai Manusia?
Hai..Im back,walaupun still soseh soseh kat opis ni tapi aku tetap kembali sebab keje dah bertimbun-timbun siot.Actually aku nak citer kisah ni dah lama.It happened 3 days ago.Masa tu pukul 7.15 pagi kalau tak silap,me and my friends tengah on the way nak balik ke LCCT.Aku yang masa tu tengah pening-pening baring kat belakang keter,tiba-tiba my friends cakap ada accident.Aku pun terkejutlah tengok cam tak ada apa-apa pun.Diaorang patah balik dan baru nampak ada sorang tengah baring cam tak sedarkan diri dan motor dia terbalik.Memang kalau tak tengok betul-betul orang mesti ingat motor terbalik tu rosak ke apa sebab tak nampak tau orang tu.Memang tak der orang yang perasan dan berhenti masa tu.Kebetulan kitaorang lalu dan berhenti maka ada lagilah satu Airport Limo juga berhenti.Tapi berhenti saje lah kan,tak wat apa pun.Aku takut nak pergi lagi dekat but my friends pergi dekat dan tengok orang tu macam pengsan.Kawan aku yang sorang ni try to call police and ambulance.Tiba-tiba orang tadi tu pun tersedar dan bila ditanya,apa-apa pun takleh cakap.Aku cuma dengar dia meraung je.Kesiann yang amat-amat.Kitaorang try cari apa-apa yang boleh kitaorang call,apa pun tak ada.Aku pun heran macam mana dia accident dan teruk macam tu.Nak kata ada bleeding apa pun tak der.Cara dia bernafas dan meraung seolah-olah macam dah nak sampai ajalnyer.Menunggu ambulance punyalah lambat,aku rasa kalau orang tu nak mati,dah lama leh mati tau.Tiba-tiba ada satu van MAB lalu,so depa angkat ramai-ramai masuk kat dalam van dan bawa ke klinik berhampiran LCCT iaitu Pusrawi.Unfortunately klinik tu tutup.Bengang giler kitaorang,satu hal pulak nak patah balik ke KLIA.So,driver tadi mintak kebenaran security untuk ikut jalan pintas supaya dekat ke KLIA.Aku follow lagi sorang kawan aku manakala lagi sorang follow dalam van sebab nak jaga mangsa tu lah.Masa dalam van,member aku cakap nampak dia cam dah 50-50.So,my friend tadi ajar dia mengucap.Sampai je kat Pusrawi,kakitangan pusrawi bukannya nak angkat dia masuk dalam ambulance dan direct to Hospital yang berdekatan.Terhegeh-hegeh tolak masuk dalam klinik dulu sebab nak cari detail dia.Kata mereka kalau tak der detail,Hospital Putrajaya susah nak terima pesakit.Aku dalam hati masa tu memang maki berapi.Kepala otak betul,orang tu dah setengah nyawa still nak kena buat surat bagai.Okaylah cari-cari punya cari,apa2 pun tak ada kat orang tu.Seolah-olah dia dah disamun.Bayangkan apa pun tak dak kat dia.Dompet dia,beg ke apa ke pun tarak.Aku takleh banyangkan orang yang sanggup buat macam tu pada orang yang dalam keadaan nazak macam tu.Mana perikemanusiaan kita semua???Memang sedih aku tengok dia.Akhirnya dia dibawa juga ke Hospital Putrajaya dan apa yang berlaku pada dia next aku dah tak tahu.Macam nak jugak tahu tapi try tanya Klinik Pusrawi depa kata tak tahu.Macam mana tu???I asked my friend ni sebab dia polis bantuan untuk check ngan balai keadaan orang tu macam mana.Kami harap sangat dia okay yerlah kalau jadi apa-apa kat dia,rasa macam ralat sangat sebab kitaorang dah cuba sedaya upaya nak selamatkan dia.Sama-sama lah kita doakan dia selamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment