Friday, October 3, 2008

Di petang raya

Kitaorang sampai Sungai Dua dalam kul 4.30 pagi.Hujan lebat masa tu,punyalah sejuk masa tu.Masa sampai,mak dah siapkan sahur,cuma aku tolong gorengkan mak ikan je.Masa petang tu,aku berbuka kat my mom house.Mak aku cukup suka hubby aku nyer roti canai.Tiap kali dia balik,mesti dah kena tempah untuk buat roti canai.Bukan setakat family aku yg akan tempah,jiran-jiran aku pun order skali.Nama je cam order,tapi tak der bayaran,FOC.Tengoklah pakcik ni,orang nak tangkap gambar dia tengah uli tepung,dia posing ntah apa-apa.


Tugasku adalah untuk buat kuah nak cicah lah kan,so aku buat kari ayam.Ni tengah dok tumis bawang.


Guna tepung sekilo je,tapi dapat dekat 30 biji.Korang bayangkan orang yang berniaga roti canai ni untung banyak tau.Modal sikit je tapi untung banyak.Ingat nak suh hubby berniaga roti canai je nanti.InsyaAllah,kalau ada rezeki kan.

4 comments:

Eina said...

wow, leh la tuh....nanti buat la open house jamu kami ngan roti canai...

izzamil said...

..bagus cadangan tuh .. kita pakat panggil kawan ramai2 kita serbu rumah dia...lagi ramai lagi bagus

"..jemput datang semua.. jgn malu2 ajak semua kawan2 mai no ...."

Jim Broga said...

Sue, tu yang terkeluar lidah tu awatnya.. habih masuk air liur dalam tepung...hihihi

Hotmama said...

ha,mai lah open house.bila nyer tak tahu lagi.ala,org jauh tu nak ke datang?

Jim,tu yang sodap tuh