Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, September 18, 2008

Solat Tarawikh

Semalam masa nak tutup TV, aku tertengok siaran langsung Solat Tarawikh di Masjidil Haram Makkah dekat Astro Oasis.Masa tu Imam tengah baca doa penghabisan.Yang buat hati aku sayu bila Imam yang baca tu menangis-nangis baca dan semua Makmum pun nangis-nangis.Betapa mereka menghayati dan betul-betul menyerahkan diri pada Allah pada masa tu.Walaupun aku tak paham doa yang dibacakan sebab dalam Bahasa Arab,tapi tiba-tiba je air mata aku mengalir seolah-olah aku memahami doa yang dibacakan oleh Imam tu.Pada waktu aku merasakan betapa kerdil dan hinanya diri ku ini.Aku merasakan kebelakangan ini aku selalu membelakangiNya setiap kali aku ditimpa masalah.Semalam tiba-tiba je keinsafan itu timbul dalam hati kecil ku ini.Habis solat tu dalam pukul 4 pagi.Ermmm..tido lambat lagi yer.

Wednesday, September 3, 2008

Boring nyerrr

Eeeeiii bosan tullah hari ni. Keje banyak, pastu pulak pc ni asyik hang je. Nak surf internet pun slow giler. Hari tu masuk virus pastuh dah ok, tapi hari ni buat hal la pulak.Tensionnyaaa....
Normally aku awal-awal bulan ni mesti sibuk pastuh bila dah masuk minggu ke-3 dah tak sibuk langsung.Datang opis pun goyang kaki je.Bulan puasa ni balik awal iaitu kul 4pm.Tapi semalam aku terlupa yang kitaorg balik pukul 4,Pukul 5 lebih baru nak balik dan pastu baru sedar yang tak der sapa kat opis depan semua dah balik. Oklah nak wat camner kan, dapat gaklah claim ot walaupun sejam.Hari ni aku berbuka kat opis je sebab my husband tak der. Nak buka apa nanti tak tau lagi, nantilah gi survey kat food garden kat bawah tu. Memanglah mahal makan kat KLIA ni tapi nak wat camner kan no choice. Nak keluar gi beli kat luar pun malas sebab punyalah jauh nak jalan dari opis ke parking adalah lebih kurang 10 minit gak lah. Aku balik lambat hari pun bukan apa sebab kena habiskan keje ni sket dan pastuh nak buat claim untuk part timer dan diri ku skali. Dapat sebelum hari raya claim tu sedap la jugak.Aku dah 3 bulan tak hantar claim, so totalkan 3 bulan ni memang sedaplah RM nyer especially nak raya ni kan.