Showing posts with label personal journal. Show all posts
Showing posts with label personal journal. Show all posts
Monday, November 3, 2008
Kalaulah aku ni bos.
Kan best kalau diri sendiri jadi bos.Order je ngan orang bawah nak apa pun,mesti dapat.Kebanyakkan bos-bos ni,tak paham dan memang tak nak paham dengan kesusahan orang bawahan dia.Ikut suka hati je nak itu,nak yang ini dan yang paling aku benci kekadang benda yang dia nak tu,last minute baru nak cakap.Macam lipas kudung je kita ni kena buat kerja.Lagi satu pulak,kekadang bos ni,tak semua benda dia pandai tau.Kekadang kita lagi pandai dari dia tapi yang bencinya tu dia taknak terima kelemahan dia.Tak nak langsung dengar cakap kita.Tapi bila dah kena,pandai la pulak dia tunding jari kat kita.Nak suh buat justification la,itu lah,ini lah.Mungkin inilah sifat yang ada kat semua bos kot kan.Tetapi,aku tak nafikan yang ada jugak bos yang baik hati.Belanja staff dia makan lah,sembang macam kawan-kawan,tanya masalah staff dia.Betul dak?Kalau ada mana-mana Bos yang terbaca blog I ni,tolonglah paham hati dan perasaan pekerja dia.Tak semua orang perfect dan tak semua orang bodoh.Jadi,kekadang terimalah dan pertimbangkanlah pendapat your staff sebab itu akan buatkan your staff akan rasa seperti dihargai.Lagi satu,janganlah suka-suka hati nak maki-maki your staff depan orang ramai.Kalau dia buat salah sekali pun,panggil dia masuk bilik you dan cakap kat situ.Sekurang-kurangnyer,jagalah maruah dia sket.Kita manusia ni semua sama,cuma yang membezakan kita ni pangkat dan kedudukan kita masing-masing.Tapi disisi Allah,semuanya sama sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)