Pernah dengar tak pasal penyakit ni?Penyakit ni hanya berlaku kepada 1 daripada 15 orang wanita di dunia ni.PCOS adalah satu penyakit dimana berlakunya ketidakseimbangan hormon dalam badan seseorang wanita tersebut.PCOS akan menyebabkan seseorang wanita tersebut mengalami masalah kesukaran untuk pregnant,period yang tak betul,masalah lebihan bulu kat badan(example ada misai,bulu kaki yang banyak),rambut gugur,berat badan cepat bertambah dan susah untuk kurangkan berat badan.Kesan dari penyakit ini yang paling ketara adalah kencing manis dan keduanya kanser pangkal rahim.
Jadi kepada wanita yang punya masalah sukar untuk mengandung walaupun dah kahwin hampir 2 tahun,pergilah dapatkan rawatan.Tak ada penyakit yang tak boleh diubati.Treatment yang paling berkesan untuk PCOS ini adalah kurangkan berat badan.Tujuan untuk kurangkan berat badan adalah supaya period kita jadi stabil balik,dan bila period mula stabil maka chances untuk pregnant is very high.Secondly pergi dapatkan rawatan susulan dari doktor pakar sakit puan kat mana-mana hospital.Dapatkan medication yang sesuai untuk penyakit ini.
As a woman,perkara yang paling penting dalam hidupnya adalah mempunyai sebuah keluarganya yang lengkap.Baru sempurna hidup seorang wanita itu bila dia mempunyai anak dari darah dagingnya sendiri.Semua ini adalah rezeki dari Allah SWT dan hanya dia sahaja yang mengetahui segala-galanya.Wallahualam....