Sunday, April 5, 2009

Small talk from Hotmama

Dah lama aku tak mengarut-ngarut dalam blog ni. Aku memang busy yang teramat-amat busy dan tambahan pulak kebelakangan ni asyik tak sihat memanjang.Ada je sakit yang datang dan itu membuatkan aku bertambah-tambah lemah.Mungkin sebab stress dan mungkin sebab sesuatu yang hanya Allah sahaja yang tahu. Aku tak nak pikir sangat sebab bagi aku hidup ni satu anugerah dan tak mungkin kita dapat rewind balik sampai bila-bila.Walaupun kekadang ada ketikanya kita akan merungut sebab manusia ni tak pernah sempurna dan ada saja yang tak kena kan tapi sebagai hambaNya aku tetap bersyukur sebab aku masih punya suami yang menyayangi aku,family yang sentiasa berada di sisi di saat susah atau senang dan jugak kawan-kawan untuk aku berkongsi segala suka dan duka.Itulah kehidupan dan jika aku tiada lagi sekalipun aku tetap puas dengan hidup ini sebab bagi ku segala-galanya adalah sempurna dan aku bahagia seadanya.

3 comments:

izzamil said...

hotmama .. comment kena link kan to a new window tanpa menghilangkan PAGE asal. Kalau tidak terpaksa Go To Previous Page atau Klik Pada Blog Header. Susah sikit kan ..
Apa pun bagus2 .. ada kreativiti ...

yuzz9071 said...

waduhs...kok byk sangat info kena letak kalo mau komen ..
manis bertudung biru tu.....hati hati jalan diluar...ada yg ngorat nanti

Hotmama said...

oklah sebab dah ramai sangat yang complaint nak comment susah kan,maka su letak balik comment yang asal